Preparation for many occasions

 

 

 

 

 

 

 

 

AsSalam semua,

 

Lama sungguh tak update blog. Dah berkulat kut blog nih. So, sebelum jadi bertambah kulat lapuk (ada ker istilah ni??) meh kita update sikit deh.

Okey.. Ajue sekarang tersangat amat busy dengan persedian beberapa perkara penting dalam Oktober dan November ini. Pertamanya, Hari Perasmian Surau sekolah yang di bawah projek PIBG. Alhamdullilah surau kami dah siap sepenuhnya dan sudah pon digunakan oleh pelajar pelajar sekolah terutama Tahun 6. Jadi kami PIBG amat berbesar hati dan sukacitanya ingin mengadakan perasmian serentak dengan Majlis Doa Selamat sempena persaraan Guru Besar sekolah SK 24 nanti.

Tarikh yang dipilih ialah 11 Oktober 2014. Jadi sudah tentulah pelbagai persiapan perlu kami lakukan kerana kami juga menjemput VVIP penyumbang projek Surau, dan juga istimewanya kepada semua ibu bapa yang telah lama memberikan sumbangan sejak 5 tahun sebelum ini. Sudah tentu hari bersejarah itu nanti mereka akan diraikan oleh program PIBG ini.

Keduanya, Shahril akan berangkat ke Riyadh dalam Oktober jugak, beberapa hari lepas hari Perasmian Surau SK24. Again, tugas Ajue untuk pastikan segala persiapan dan kelengkapan dikemas kini. Tambah lagi insyaAllah Ajue dan anak anak akan menyusul kemudian awal tahun depan. Jadinya….. rumah, kereta.. sekolah anak anak dan yang penting perjalanan business Ajue nanti kena diatur rapi. Timeline Ajue setiap hari dipenuhi dengan semua aktiviti ini.

Ketiganya, proses jualbeli rumah Ajue yang dekat Ampang sudah masuk fasa terakhir. Kalau ikutkan jadual Ajue kena serah kunci rumah hari ni. Tapi memandangkan beberapa perkara dari pihak lawyer belum selesai maka terpaksa lah Ajue tunggu lepas Raya Haji nanti. InsyaAllah kalau dah rezeki tak kemana cuma masa saja yang menentukan.

Keempat, peperiksaan besar UPSR dan PT3. Semua tahu kan, UPSR tahun mencatat sejarah kerana ada peperiksaan ulangan. Mudah mudahan anak anak Ajue seramai lebih kurang 200 orang menemui kejayaan yang besar dan tabah menghadapi dugaan ini. PT3 pula berkenaan dengan anak sulong Ajue. Persiapan serta persediaan pon Ajue haruslah ambil berat terhadap beliau. Bermula 12 Oktober nanti. Lepas tu Adlan bercadang untuk habiskan 30 juzuk hafazan beliau sebelum berangkat ke Riyadh January depan.

Okay, tak nak panjang panjang kali ni. Nanti kita sambung lagi yer. BTW, gambar dibawah sebahagian dari persiapan dan aktiviti Ajue bagi semua projek diatas. Harap dipermudahkan segala urusan serta mendapat keberkatanNya. InsyaAllah

 

 

 

image

 

 

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

 

10697333_10153131025457506_8381260346779927751_o

 

10632672_10153127408872506_6173178651770140044_n

 

 

Ceramah Motivasi Komuniti Tahun 6 2014

Salam semua..

Semalam berlangsung satu ceramah motivasi khas untuk kelab komuniti Tahun 6 SK24.

Komuniti ini terdiri daripada parents kelas 6A dan 6B sahaja demi membantu anak anak dalam kejayaan untuk UPSR nanti.

Sudah 4 tahun Komuniti Tahun 6 diadakan. Dan Ajue juga pernah menjadi AJK pada 2011 dan 2012 yang lalu sebab Adlan dan Aisyah keduanya mengambil UPSR pada tahun tersebut.

Tahun 2011 menyaksikan kenaikan sebanyak 110% keputusan UPSR atas hasil usaha sekolah, anak anak serta kami Komuniti Ibu Bapa tahun tersebut.

Semoga kejayaan berulang kembali pada tahun ini. Apa yang penting atas sesebuah kejayaan ialah pengorbanan serta kerjasama antara semua pihak. InsyaAllah.

Semoga usaha kami mendapat keberkatan serta keredhaanNya. Ameennn.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Road Run SK24 2014

Salam larian semua..

Hehe. Okaies.. ni aktiviti pertama yang melibatkan PIBG bagi tahun ini.

Road Run.

Setiap tahun acara ini dijalankan. Bagi menguji stamina pelajar pelajar sekaligus menentukan markah pembukaan bagi setiap rumah sukan di kejohanan sukan tahunan nanti.

Macam tahun lepas jugak Ajue ditugaskan untuk melepaskan beberapa kategori dalam Road Run ini.

Macam macam ragam larian mereka tadi. Walaupon Sir Azwa dah berpesan namun kalau dah nama budak kan. Bertolak tolak nak lari cepat. Namun tiada kecedaraan serius dilaporkan. Alhamdullilah.

Terima kasih tak terhingga Ajue ucapkan kepada guru guru yang berusaha bertungkus lumus untuk acara ini. Dan yak lupa juga kepada para ibu yang meluangkan masa memberikan tenaga menjaga check point semasa acara berlangsung.

Kerjasama serta pertolongan ini amat dihargai dan semoga ikatan sesama ibu bapa dan guru terus kuat terjalin sampai bila bila. Tahniahh warga SK24!

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Taichi di hujung minggu

 

Wah wah.. sejak akhir akhir ni Ajue banyak bersenam. Kalau hari biasa Ajue hanya jogging sekitar taman seksyen 18, tapi kali ni Ajue cuba kat tasik shah alam pulak. Itupon lepas diperkenalkan oleh Kak Kharsiah. Komuniti kejiranan Ajue dan jugak Komuniti Ibubapa Tahun 6 2011 dulu.

Best jugak kat sini, lagi meriah. Tehn jam 7.45 pagi ada Taichi pulak oleh penduduk kat shah alam. Just join jer. Bukan bayar apa apa pon. Taivhi ni nampak jer slow motion tapi berpeluh peluh dibuatnya. Best best. Takyah jogging lama lama. Cukup dengan Taichi boleh keluarkan peluh.

 

Ajue ditemani oleh princess. Dia nak sangat jogging. Kalau boleh hari hari dia nak ikut Ajue jogging. Tapi memandangkan sekolah kan. So hujung minggu jer la boleh bawak dia.

Pastu Sir Hazrean kat skolah SK24 pon bagitau kat Laman Budaya pon ada aerobik. Menarik jugak kan. Boleh try weekend ni. Jom warga shah alam, join aerobik CNY ni..

“akal yang sihat datangnya dari badan yang cergas”

 

1622057_10152549492872506_487566110_n

1656155_10152549492997506_507830849_n

1017367_10152549493092506_1050980430_n

1014412_10152549493642506_1223686322_n

1656227_10152549493427506_1754387821_n

1653694_10152549493727506_2074928142_n

Back To School 2014

Alhamdullilah..

 

Gambar sekitar hari pertama persekolahan anka anak 2014.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Karnival Fiesta SK 24

Salam semua,

Hari ni masuk hari ke lapan bulan Oktober. Kejap jer masa berlalu kan. Lagi sebulan lebih sekolah nak tutup dah. Macam baru jer bukak sekolan awal tahun dulu kan. Haishhhh masa ibarat emas, kalau tak dimanfaatkan secara betul kita akan didalam kerugian, betul tak..

Ok, cakap pasal sekolah, hujung minggu baru ni iaitu 2 hari lepas telah berlangsung satu acara karnival bagi tujuan mengutip dana PIBG dan sebahagiannya untuk menampung perbelanjaan kos membina surau sekolah.

Karnival ini berjaya membuat kutipan sebanyak RM70k lebih. Alhamdullilah cuaca baik mengiringi sepanjang acara berlangsung.

Kalau 3 tahun lepas Karnival seumpamanya telah menjemput maskot Upin Ipin sebagai tarikan utama kanak kanak, tahun ni kita bawak watak Boboiboy pulak. Ajue sendiri yang menguruskan kedatangan maskot Boboiboy tu.

Dan pada kali ini, Karnival Fiesta SK24 telah dirasmikan oleh Tun Haji Ghazali, pengarah PPD sendiri.

Kepada yang berjaya membuat kutipan diucapkan berbanyak terima kasih atas usaha murni kita semua demi sekolah SK24 yer. Akhir kata, buatlah yang terbaik sayangilah sekolah kerana disinilah anak anak kita menimba ilmu serta pengalaman yang tak mungkin dapat mereka lupakan apabila mereka dewasa kelak.

Syabas SK24!

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sambutan Aidilfitri oleh Dun Batu Tiga

Salam Raya 6,

Wahh apa tu. Yerla, kalau dah habis puasa sunat 6 syawal, lepas tu boleh la raya. Betul tak. So, jumaat lepas Ajue dah complete kan 6 hari puasa sunat bulan Syawal. Alhamdullilah.

Kebetulan pulak ada sambutan hari raya anjuran Dun Batu 3, YB Rodziah.  Ajue ambil kesempatan ni untuk berjumpa dengan YB sebagai tanda terima kasih YB terhadap sumbangan beliau kepada sekolah SK24 selama ini.

Kebetulan masa Ajue sampai tu, majlis diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Seri Wan Azizah. Ajue sangat bertuah kerana dapat makan satu meja dengan YB dan jugak Datuk Wan Azizah. Banyak benda sempat sembang tentang sekolah, dan kebajikan anak anak di Seksyen 24 ni. Alhamdullilah.

Kesempatan itu jugak Ajue sempat bercerita tentang GLAM. Tentang usaha kami usahawan bumiputra terutamanya wanita dalam industri ini.

Dulu, masa masih bekerja di syarikat lama, Ajue suka sangat buat kerja kerja kebajikan macam ni, jadi ahli persatuan itu ini. Bantu masyarakat sekeliling, terutamanya masa depan anak anak kecil sekarang dengan pelbagai program motivasi, team building, kem remaja , klinik UPSR dan sebagainya. Tapi, disebabkan kekangan waktu bekerja banyak kali Ajue tak dapat join beberapa aktiviti.

Jadi, sekarang ni Ajue gunakan peluang yang dengan sepenuhnya, masa terletak ditangan kita untuk kita penuhi dengan sebaiknya. Seronokkan. Boleh buat macam macam sekarang ni. Seronok pulak buat kebajikan, walau tak dibayar satu sen pon tapi Ajue suka dapat menabur bakti dan hulurkan bantuan. Rasa dekat diri dengan masyarakat. Semakin banyak benda Ajue belajar erti kehidupan, semakin dekat diri dengan Allah. Bila merenung balik nasib segelintir masyarakat yang dalam kekurangan, kita rasa makin bersyukur dengan segala nikmat yang ada.

Kepada blog reader Ajue, jika membaca ni, kami warga sekolah masih lagi kekurangan dana untuk mendirikan sebuah surau untuk anak anak sekolah SK24. Jika ada yang ingin membuat sumbangan, boleh lah hubungi Ajue yer. InsyaAllah, Ajue akan pastikan surau ini terlaksana juga akhirnya. InsyaAllah….

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Semoga segala usaha kami seluruh warga PIBG SK24 mendapat keberkatan dan dirahmati olehNya.

Temasya Sukan Sekolah SK 24

Alhamdullilah berakhir jugak temasya sukan tahunan sekolah anak Ajue baru baru ni. Rasanya rata rata sekolah buat Hari Sukan masa tu. Sebab sepatutny dijadualkan seminggu sebelumnya, tapi disebabkan negara kita dilanda jerebu maka Hari Sukan di tunda ke minggu berikutnya.

So, Hari sukan ni dibahagikan kepada dua. Hari pertama untuk Tahun 1 dan 2 serta Pra Sekolah. Dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Seksyen 23 Shah Alam. Hari kedua pulak untuk Tahun 3,4,5 dan 6. Perasmian oleh Dato Shamsudin dari SA Cargo. Seronok jugak jadi PIBG nih sebab banyak pengalaman baru serta kenalan baru yang Ajue jumpa. Skop kerja semakin meluas, peluang makin cerah dalam business jugak nanti.

Ajue tak menyesal sedikit pon bila ambil keputusan nak berhenti kerja tahun lepas. Sebab memang Ajue tahu apa yang ajue nak selama ni. Bila imbas kembali, masa Ajue tengah mencari cari business apa nak buat kira kira 2 tahun yang lalu. Ajue hanya tahu Ajue tak nak line IT consultant lagi dah. Sebab letih nak kerja siang malam travel sana sini tinggalkan anak anak. Kalau boleh nak kerja kat area rumah jer atau boleh buat dari rumah. Kalau travel pon tak lebih 3 hari sebab tak nak jauh dengan anak anak.

Terasa rugi sangat kalau tak tengok anak membesar depan mata. Syukur Tuhan cepat sedarkan Ajue. Ingat lagi masa tu anak sulung Ajue naik tahun 6 dan nak UPSR tahun tu. Ajue terduduk kejap sebab baru tersedar … dah besar rupanya anak sulung ku. Ibu dia pergi mana yer selama ni.

Masa Ajue bawak anak sulung pergi Umrah tahun tu, setiap kali berdoa depan kaabah dan masa tawaf Ajue selalu dibayangi yang Ajue sedang berada di depan orang ramai bagi ucapan. Tak sure majlis apa. Masa tu yang ajue tahu Ajue berdoa tuhan berikan hidayah apa Ajue patut buat kalau nak berhenti kerja nanti.

Then Ajue masuk Komuniti IbuBapa Tahun 6. Khas untuk bantu palajar yang ambik UPSR tahun tu. Alhamdullilah berkat kami semua ahli komuniti serta guru guru sekolah , peningkatan 100% keputusan UPSR tahun tu. Ada kalanya kami sendiri ibu bapa turun padang mengajar anak anak masa tu. Dan lokasi nya banyak kat rumah Ajue. Seronok pulak buat benda benda aktiviti macam ni. Merapatkan hubungan parents dan anak anak serta kami sendiri.

Tahun lepas pulak sekali lagi Ajue menyumbangkan tenaga dalam Komuniti tahun 6 u tuk 2012 serta AJK PiBG jugak. Banyak yang Ajue belajar dari situ. Dan Alhamdullilah jugak anak kedua Ajue berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Kebetulan pulak Ajue dah involve dengan Network Marketing Hai O, lagi rasa seronok pulak apa yang Ajue buat. Sebab tu lah keputusan untuk berhenti kerja Ajue hanya ambil sekelip mata saja. Mungkin inilah yang ditunjukkan oleh Allah semasa di Mekah dulu.

Berucap didepan orang dalam aktiviti sekolah anak anak seperti Komuniti dan PIBG. Dan juga memberi ilmu kepada usahawan Hai O semasa majlis ilmu serta jadi emcee banyak mengajar Ajue public speaking dalam aktiviti business Ajue.

Dan… semua ni jugak latihan bagi Ajue untuk bentang paper untuk My PhD Industri nanti.

Apa yang buat sebelum ni, sekarang ini dan jugak selepas ni semata mata untuk anak anak Ajue. Merekalah penguat semangat Ajue, penyejuk hati serta penghibur di kala berduka. Kuatnya Ajue adalah kerana kuatnya semangat anak anak sebenarnya. Alhamdullilah syukur dikurniakan 4 cahaya mata yang masing masing mempunya kelebihan tersendiri. Thank you anak anak Ibu kerana sentiasa bersama sama Ibu walau apa pon yang terjadi.

So, sekarang masa untuk tengok gambar. Jom layan…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Anak Ajue yang Tahun 1 pon masuk acara 50m. Bangga jugak sebab dapat sampaikan pingat emas kepada anak sendiri. Teringat masa Ajue kecik dulu, masa darjah 5 lagi Ajue dah mula berlari, kat stadium bole lagi wakil sekolah. Acara favourite 400m! ♡♥ 😉

Majlis Ulangtahun Sofea

Lorrrr entry ni dah draf lama tapi baru nak habiskan dan nak upload gambar jer. So, enjoy reading kay.

Actually dah memang jadi kebiasaan family Ajue sambut birthday anak anak setiap tahun 4 kali. Selalunya Ajue bawak pergi jalan jalan tidor hotel mana mana kat malaysia nih. Tapi since komitment kerja serta biznes kami terpaksa lump sum kan semua sekali setahun.. Haha kiranya 4 in 1 gitu.

So permulaan 2013 jatuh kepada birthday anak Ajue yang ke tiga. Dulu masa umur dia 4 tahun Ajue bawak dia pergi HongKong Disneyland. Celebrate kat sana. Lepas tu kat USS Singapore. Tahun nih Ajue nak buat kat rumah jer. Since Anis pon dah sekolah kan. So boleh lah dia ajak kawan kawan dia datang rumah. Boleh jugak Ajue kenal kenal dengan parents kawan kawan dia… 😉

Ajue tempah catering sekolah SMK 24 sebab Ajue kan dulu komuniti, pulak tu PIBG SK24 so dah memang kenal dengan tokey kantin sekolah nih, hehe . Order sehari sebelum nak buat still ok dengan dia..

Cake pulak, tempah dengan Kak Shaz dari Mama Chak Recipe. Nak tahu rasanya…. Boleh tabik spring 100 kali. Bestttttt sangat. Order yang 1.5kg. Licinnnnn semuanya. Memang amat sangat puashati dengan cake tu. tema pulak, Anis nak letak gambar Winx Club. Dia suka Musa. So, inilah hasilnyer..

Orait, semasa party sedang berlangsung, Ajue pasang video Anis since lahir sampai lah umur dia sekarang. Nanti Ajue cuba upload kan video tu yer. Ni tulis blog guna DraftCraft so susah sikit nak upload video pakai ipad nih.

Enjoy the pics ok.

Muhasabah Diri dengan Go CDM Program

Alhamdullilah selesai satu seminar yang membuatkan Ajue berfikir sejenak apa yang telah dan sedang Ajue lakukan sekarang ini. Dengan kata lain muhasabah diri seketika sejauh mana kita telah pergi dan apa yang kita buat untuk mencapai apa yang kita nak.

Dulu, masa masih berkhidmat dengan company terakhir Ajue, selalu sangat berdoa nak do something yang tak peningkan kepala nak fikir tapi boleh dapat income banyak. Kalau tengok entry Ajue mula mula dulu (www.ajuerashid.blogspot.com) , masa zaman belum ada domain sendiri lagi (sekarang dah ada, hehe www.ajuerashid.com) . Ajue buat biznes sebab utama kerana nak personal freedom dengan anak anak. Dan jugak financial freedom untuk bayar balik hutang2 bank yang berlambak tu. Yer la, mustahil takde saper tak pernah buat loan kan. Betul tak? Orang kata buat bisnes la dapat duit banyak. Kalau kerja makan gaji, gaji cukup cukup makan jer. Nak extra sikit kena berhutang, hutang kredit kad la tu kan.

So, dipendekkan cerita, adik ipar Ajue yang perkenalkan bisnes ni kat Ajue. Walaupon dia bukan lah leader Ajue tapi Ajue tetap bersyukur sebab dia kenalkan Ajue dengan Hanis Haizi. Nak tahu, Ajue pernah jumpa family Hanis masa kat Paris tahun 2006 lagi. Masa tu Hanis belom pon lagi buat bisnes nih. Tapi sayang Ajue tak keep in touch dengan family dia. Takper, cepat atau lambat ker kita buat yang penting Ajue dah melakukannya dan akan terus lakukan bisnes nih, insyaAllah.

Dan kalau nak diimbaskan kembali, masa mula mula join dulu tak reti apa pon pasal blog. Adik ipar Ajue tu la yang ajar. Dan bukan dia sorang, semua kawan kawan kat opis tu support Ajue, encourage Ajue, bagi idea nak buat blog. Bahkan Managing Director Ajue sendiri yang bantu masa tu. Best kannnnn. Kalau kita dah berniat baik Tuhan akan tolong kita, dan pertolongan Allah tu melalui kawan kawan ni la semua. Thankssss all! (Uji, Lily, Inder, youre the best!) Masa tu siap tanya diorang lagi, ada ker orang nak baca blog Ajue nanti? ngeee… tapi Alhamdullilah, sampai setakat ni, blog Ajue dah mencapai lebih dari 10 ribu orang access. W.O.W.. Wow! Bersyukur sangat sangat, tak sangka kan? Thanks to Social Media Marketing technologies!

Okay, back to this entry. Masa tengah seminar tadi, membuat kan Ajue terfikir, ha ah, betullah kata kata Mr Winston Wong tu,

crazy people make crazy money. normal people make normal money

hmmmmm dulu Ajue hidup normal, bangun pagi, redah jem pergi keje, balik lambat, kadang kadang bawak balik kerja kat rumah sambung balik siapkan, pastu tido. Macam tu laa sehari hari. Kadang kadang kena travel berminggu minggu tinggal anak kat maid, panggil mak dari kampung lagi. Tapi after 14 tahun, takde pon freedom time, financial freedom jauh sekali. Makin lama makin boring dengan life. Stress sana sini, kerja stress, tak gi kerja pon stress jugak. Pernah tak rasa sama apa yang Ajue rasa?

Sebab tu hati dah bulat nak buat biznes. Tapi belum jumpa lagi yang betul betul boleh menjamin Ajue yang takkan give up, takkan stress, takkan rasa menyesal. Sampailah jumpa Network Marketing ni, bisnes ni laaa, bisnes dengan Hai O. Tak pernah rasa stress, down tu ada la kejap kejap. Tapi leader ada tempat mengadu, kelas motivasi ada, FREE lagi tempat upgrade diri. Dan yang penting persaingan yang sihat antara sidelines. Bak kata Mr Winston Wong,

this industry is a challenge. NOT Stress!. challenge yourself to become CDM

Dan yang paling penting kita mesti bersedia untuk berubah! Change today, not Tomorrow! Tetiber teringat lagu fav Ajue masa skolah dulu, lagu kumpulan Motley Crue, Time For Change. Ni nak bagi sikit lirik dia

I heard some kids telling me
How they’ve lost all the faith, in the way
They’ve been talking world peace
And the wars in the streets

The lines on their faces so deep, yeah
A revolution, or reach out
And touch the day
We’re overdue, child

Change

Now it’s time for change

Nothing stays the same

Now it’s time for change

 

Google la lagu dia, best tau.

Okay, back to this entry. Bila dah syok buat biznes, Ajue tercommit diri sendiri untuk buat Full time. Maka tanpa ambik masa nak pikir lama pon, Ajue dah jadi full time enterpreneur. Tapi kan, actually biznes ni tak perlu pon Full Time, sebab ia boleh dilakukan ANY Time! Best kan…. 😉

Yang paling penting kita mesti percaya dengan kebolehan diri kita sendiri. Sebab kalau tak percaya, macamana orang nak percaya kita, betul tak.

how much you earn is depends on how much you beleive in yourself!

Biznes ni jugak is about helping people. Bantu orang lain untuk berjaya bersama sama dengan kita. Syukur sangat sangat Ajue ada team yang help each other. Dan jugak mentor yang bagi komitmen tak kira apa jua keadaan sekalipon. Dan ini jugak Ajue praktikkan masa Ajue dalam Komuniti IbuBapa Tahun 6 sekolah anak Ajue. dua tahun dalam komuniti last last dilantik jadi YDP PIBG tahun nih. Nah, daripada niat nak bantu serta pay more attention dekat anak sendiri, pastu anak anak nak amik UPSR, last last sekarang satu sekolah terus! Apapon, niat mesti ikhlas nak membantu, baru lah dapat bantuan Allah. Dan Ajue pegang sangat sangat dengan hasrat ini.

the more you give, the more you receive!

Satu lagi is all about leadership, iaitu kita able to make a BIG decision. Mesti ada unsur unsur mindset (plan) dan jugak attitude (objective, how to achive). Tak kira la status apa kita, MD ker, CEO ker, kerani biasa ker, teacher ker. As long as you know what you want. Dan skills leadership inilah yang membawa kepada

bringing up your children is related to bring up your organization (team)

Okaylah, rasanya entry ni dah panjang sangat Ajue tulis. Apapon, kita mesti ingat apa jua kerja yang kita lakukan, kita mesti nak akhiri dengan success, betul tak. So, peganglah dengan kata kata ini,

SUCCESS does not happened accidently. It needs a lot of HARDWORK and KNOWLEDGE. But more important is your ATTITUDE!

 

To all my blog reader, lets enjoy the pics masa seminar tadi. Very very inspiring Seminar. Oh btw, lupa nak cakap, Mr Winston Wong tu YDP PIBG skolah Seafiled! Motif nak cakap? hehe 😉

cdm1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

cdm5

cdm9cdm11cdm10cdm13cdm14cdm18cdm17cdm22cdm23cdm16cdm20cdm27