Hari Sukan Negara

Salam sukan, Salam sihat semua,

Pada 10 Oktober 2015 tahun ini, telah diisytiharkan sebagai Hari Sukan Negara yang merupakan cuti umum seluruh negara dan akan disambut setiap tahun selepas ini. Ini selaras dengan matlamat Menteri Belia dan Sukan Negara untuk menjadikan rakyat Malaysia yang sentiasa bersukan dan sihat ‘fit’. Acara Hari Sukan Negara telah disambut secara serentak di seluruh negara bermula dengan perasmiannya di UITM Shah Alam oleh YB KJ sendiri.

Manakala di peringkat sekolah pula diadakan hari ganti tapi para pelajar dan ibu bapa dijemput untuk sama sama bersukan. Sudah menjadi kemestian Ajue untuk melibatkan diri dengan sambutan sebegini kerana sukan memang dah menjadi sebahagian daripada kehidupan Ajue sejak sekolah rendah lagi. Dulu Ajue pelari 400m masa sekolah rendah, pastu masuk U Ajue menghabiskan masa 4 tahun dengan Archery dengan menyertai pelbagai kejohanan antara university, Sukan Malaysia mewakili negeri Terengganu dan juga di luar negara.

Semangat bersukan diteruskan dengan melibatkan diri dengan Running dan Marathon pula sejak masuk 4 series nih. Nanti kita update sesuatu yang menarik pasal Marathon ni kay.

Okay, berbalik dengan Hari Sukan Negara, sambutan di SKTTDI(2) dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB KJ yang turut serta bermain hampir kesemua permainan pada hari tersebut, caya lah KJ!. Kagum tengok KJ, satu satunya Menteri yang amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Beliau sangat sangat sporting dan tak pernah sombong dengan sesiapa saja.

So, apa lagi readers, jom lah kita menyihatkan diri dengan bersukan kay!!

 

IMG-20151010-WA0010

20151010_115958

20151010_115809

20151010_115041

20151010_114518

20151010_114358

20151010_094644

20151010_091550

20151010_094542

 

 

Sana sini aktiviti

AsSalam..

Saja nak update apa aktiviti sepanjang last week. Nanti bila bila akan datang syok baca balik #mode perasanbacablogsendiri

wpid-20141004_153530.jpg

 Ni gambar masa Adlan dan Ecah kecik. Masa ni bawak diorang pergi Cameron Highlands. Ingat lagi kereta Ajue accident kat sana. Siap court case lagi sebab Ajue tak bayar saman hehe

wpid-20141006_223501.jpg

 

Ni pulak screenshot confirmation letter dari Disneyland Paris. Masa ni Ajue happy dapat bawak Mak, Mak mentua serta pembantu Ajue bercuti. Of coz la anak anak sekali. Kami terperangkap dalam snow tebal masa tu. Mak Ajue siap nak duduk jer kat rumah vacation club sebab tak tahan sejuk. Tapi mak mentua suka sejuk sejuk ni. hehe. InsyaAllah kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki nak bawak pergi melawat sejarah islam pulak. Aamiin

 

20141004_153305

Ni pulak gambar masa bawak anak anak pergi Zoo Negara. Ajue suka matching kan baju anak anak. Sampai sekarang Ajue buat. Cuma si Ecah jer tak suka pakai baju sama princess Sofea. Malu kut, dah besar.

Oh ya, nak mention gal. Kasut tu kasut favourite Ajue. Sembonia kalau tak silap. Beli masa belajar kat UUM lagi. Nak cari skrang rasa tak jumpa dah jual kat kedai.

 

 

 

 

20141004_152933

 

Haaaa ni lagi nostalgia. Jangan tak tahu, Ajue dulu pemanah UUM okayyy. Satu kenangan dan pengalaman yang sukar diperiolehi di mana mana. Time tournament paling besttttt sebab dapat banyak ilmu dan ‘mental training’. Paling best sebab ramai kawan. Especially dengan Kak Teh (ATM), abang Bob PDRM dan abang yang tingi tinggi tu.. alaaa camaner boleh lupa nama pulak ni.. Ienaaa apa nama abang tu ek. aduhhh

20141002_152426 (1) 20141002_150115

20141002_143734

 Okay, ni masa piala Sumbangsih. Perlawanan antara juara Piala Raja Muda tahun lepas dengan team tuan rumah tahun ni. #wiragempurterbaik

Preparation for many occasions

 

 

 

 

 

 

 

 

AsSalam semua,

 

Lama sungguh tak update blog. Dah berkulat kut blog nih. So, sebelum jadi bertambah kulat lapuk (ada ker istilah ni??) meh kita update sikit deh.

Okey.. Ajue sekarang tersangat amat busy dengan persedian beberapa perkara penting dalam Oktober dan November ini. Pertamanya, Hari Perasmian Surau sekolah yang di bawah projek PIBG. Alhamdullilah surau kami dah siap sepenuhnya dan sudah pon digunakan oleh pelajar pelajar sekolah terutama Tahun 6. Jadi kami PIBG amat berbesar hati dan sukacitanya ingin mengadakan perasmian serentak dengan Majlis Doa Selamat sempena persaraan Guru Besar sekolah SK 24 nanti.

Tarikh yang dipilih ialah 11 Oktober 2014. Jadi sudah tentulah pelbagai persiapan perlu kami lakukan kerana kami juga menjemput VVIP penyumbang projek Surau, dan juga istimewanya kepada semua ibu bapa yang telah lama memberikan sumbangan sejak 5 tahun sebelum ini. Sudah tentu hari bersejarah itu nanti mereka akan diraikan oleh program PIBG ini.

Keduanya, Shahril akan berangkat ke Riyadh dalam Oktober jugak, beberapa hari lepas hari Perasmian Surau SK24. Again, tugas Ajue untuk pastikan segala persiapan dan kelengkapan dikemas kini. Tambah lagi insyaAllah Ajue dan anak anak akan menyusul kemudian awal tahun depan. Jadinya….. rumah, kereta.. sekolah anak anak dan yang penting perjalanan business Ajue nanti kena diatur rapi. Timeline Ajue setiap hari dipenuhi dengan semua aktiviti ini.

Ketiganya, proses jualbeli rumah Ajue yang dekat Ampang sudah masuk fasa terakhir. Kalau ikutkan jadual Ajue kena serah kunci rumah hari ni. Tapi memandangkan beberapa perkara dari pihak lawyer belum selesai maka terpaksa lah Ajue tunggu lepas Raya Haji nanti. InsyaAllah kalau dah rezeki tak kemana cuma masa saja yang menentukan.

Keempat, peperiksaan besar UPSR dan PT3. Semua tahu kan, UPSR tahun mencatat sejarah kerana ada peperiksaan ulangan. Mudah mudahan anak anak Ajue seramai lebih kurang 200 orang menemui kejayaan yang besar dan tabah menghadapi dugaan ini. PT3 pula berkenaan dengan anak sulong Ajue. Persiapan serta persediaan pon Ajue haruslah ambil berat terhadap beliau. Bermula 12 Oktober nanti. Lepas tu Adlan bercadang untuk habiskan 30 juzuk hafazan beliau sebelum berangkat ke Riyadh January depan.

Okay, tak nak panjang panjang kali ni. Nanti kita sambung lagi yer. BTW, gambar dibawah sebahagian dari persiapan dan aktiviti Ajue bagi semua projek diatas. Harap dipermudahkan segala urusan serta mendapat keberkatanNya. InsyaAllah

 

 

 

image

 

 

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

 

10697333_10153131025457506_8381260346779927751_o

 

10632672_10153127408872506_6173178651770140044_n

 

 

Apiq with Gen Pro Football Club

 

Salam all,

 

Ni nak citer pasal Apiq. suka sangat main bola petang petang dengan anak anak jiran. Tengok gaya macam pandai jer budak ni main. Siap boleh tackle bola dari kaki budak besar agi. Pastu asyik score jer.

Kebetulan masa meeting team bola kat sekolah, Ajue terdengar yang salah seorang bapa pelajar mempunyai kelab bola kat shah alam ni. Bila search ternyata kelab ni memang hebat. Sangat hebat sampai melahirkan beberapa pemain handal. Pertandingan pon banyak kali menjadi johan. Terbaru kejohanan bawah 10 dan 12 tahun.

So, Ajue pon contact beliau untuk masukkan Apiq ke kelab tersebut. Alhamdullilah, Apiq suka sangat dan exited sungguh dia nak pergi training. Weekend lepas bawak pergi cari kasut bola. Siap abang dia yang ukurkan.

Okay Apiq. Now officially dengan Kelab Gen Pro. Training elok elok yer, jadilah pemain bola yang hebat suatu hari nanti, InsyaAllah.

 

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ceramah Motivasi Komuniti Tahun 6 2014

Salam semua..

Semalam berlangsung satu ceramah motivasi khas untuk kelab komuniti Tahun 6 SK24.

Komuniti ini terdiri daripada parents kelas 6A dan 6B sahaja demi membantu anak anak dalam kejayaan untuk UPSR nanti.

Sudah 4 tahun Komuniti Tahun 6 diadakan. Dan Ajue juga pernah menjadi AJK pada 2011 dan 2012 yang lalu sebab Adlan dan Aisyah keduanya mengambil UPSR pada tahun tersebut.

Tahun 2011 menyaksikan kenaikan sebanyak 110% keputusan UPSR atas hasil usaha sekolah, anak anak serta kami Komuniti Ibu Bapa tahun tersebut.

Semoga kejayaan berulang kembali pada tahun ini. Apa yang penting atas sesebuah kejayaan ialah pengorbanan serta kerjasama antara semua pihak. InsyaAllah.

Semoga usaha kami mendapat keberkatan serta keredhaanNya. Ameennn.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Road Run SK24 2014

Salam larian semua..

Hehe. Okaies.. ni aktiviti pertama yang melibatkan PIBG bagi tahun ini.

Road Run.

Setiap tahun acara ini dijalankan. Bagi menguji stamina pelajar pelajar sekaligus menentukan markah pembukaan bagi setiap rumah sukan di kejohanan sukan tahunan nanti.

Macam tahun lepas jugak Ajue ditugaskan untuk melepaskan beberapa kategori dalam Road Run ini.

Macam macam ragam larian mereka tadi. Walaupon Sir Azwa dah berpesan namun kalau dah nama budak kan. Bertolak tolak nak lari cepat. Namun tiada kecedaraan serius dilaporkan. Alhamdullilah.

Terima kasih tak terhingga Ajue ucapkan kepada guru guru yang berusaha bertungkus lumus untuk acara ini. Dan yak lupa juga kepada para ibu yang meluangkan masa memberikan tenaga menjaga check point semasa acara berlangsung.

Kerjasama serta pertolongan ini amat dihargai dan semoga ikatan sesama ibu bapa dan guru terus kuat terjalin sampai bila bila. Tahniahh warga SK24!

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Mesyuarat Agung PIBG sesi 2014

Salam semua…

Alhamdullilah meeting AGM PIBG kali ke 24 berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan ucapan Guru besar dan YDP. Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun lepas.

AJK tahun lepas dibubarkan tiba masa perlantikan baru pula. Sekali lagi Ajue diberi kepercayaan untuk menerajui PIBG tahun ini.

InsyaAllah Ajue akan buat yang terbaik amanah yang telah dipertanhgungjawabkam ini. Semoga segala usaha mwndapat keberkatanNya demi anak anak bangsa Seksyen 24 serta sekolah kami.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Taichi di hujung minggu

 

Wah wah.. sejak akhir akhir ni Ajue banyak bersenam. Kalau hari biasa Ajue hanya jogging sekitar taman seksyen 18, tapi kali ni Ajue cuba kat tasik shah alam pulak. Itupon lepas diperkenalkan oleh Kak Kharsiah. Komuniti kejiranan Ajue dan jugak Komuniti Ibubapa Tahun 6 2011 dulu.

Best jugak kat sini, lagi meriah. Tehn jam 7.45 pagi ada Taichi pulak oleh penduduk kat shah alam. Just join jer. Bukan bayar apa apa pon. Taivhi ni nampak jer slow motion tapi berpeluh peluh dibuatnya. Best best. Takyah jogging lama lama. Cukup dengan Taichi boleh keluarkan peluh.

 

Ajue ditemani oleh princess. Dia nak sangat jogging. Kalau boleh hari hari dia nak ikut Ajue jogging. Tapi memandangkan sekolah kan. So hujung minggu jer la boleh bawak dia.

Pastu Sir Hazrean kat skolah SK24 pon bagitau kat Laman Budaya pon ada aerobik. Menarik jugak kan. Boleh try weekend ni. Jom warga shah alam, join aerobik CNY ni..

“akal yang sihat datangnya dari badan yang cergas”

 

1622057_10152549492872506_487566110_n

1656155_10152549492997506_507830849_n

1017367_10152549493092506_1050980430_n

1014412_10152549493642506_1223686322_n

1656227_10152549493427506_1754387821_n

1653694_10152549493727506_2074928142_n

Back To School 2014

Alhamdullilah..

 

Gambar sekitar hari pertama persekolahan anka anak 2014.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Hari Orientasi Tahun Satu dan Prasekolah SK24

Alhamdullilah selesai hari Orientasi Tahun Satu SK 24 tadi.

Anak bongsu Ajue masuk Tahun 1. So tadi pergi dengar taklimat penyelaras tahun satu.

Dan Ajue sebagai YDP PIBG pon turut memberi sedikit ucapan kepada ibu bapa yang hadir. Terutamanya berkenaan dengan kerjasama ibu bapa untuk tidak lepak di kantin sekolah semasa waktu rehat pelajar untuk mengelakkan kesesakan di dewan kantin.

Tahun ni kemasukan pelajar amat tinggi iaitu seramai hampir 280 orang dan SK24 kekurangan guru. Bayangkan satu kelas terdapat hampir 47 orang. Sudah tentu pembelajaran agak sukar diikuti.

Ajue harap sangat pihak kementerian dapat menitikberatkan hal ini kerana persekolahan akan dibuka tak lama lagi.

Apiq ni tengoklah.. dari dalam kereta lagi dah bukak baju. Panas katanya. Aduhaiii… camaner la nanti agaknya bila dah betul betul sekolah kan.

Okay la. Apa apa pon tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Tahun Satu di SK24. Semoga anak anak semua gembira dan suka belajar di sekolah ni nanti yer. Kita sama sama mencipta kecemerlangan kay.

Jumpa anda dipuncak kejayaan. All the best anak anak Ibu!!

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image