I love Photobook

Salam semua, salam buka sekolah.. hehe

Ok, hari ni Ajue just nak share koleksi beberapa photobook yang Ajue ada so far. Suppose ada lagi 6 buah yang belum dapat, masih dalam proses printing dan binding.

Ok ni yang mula mula sekali Ajue ada.

image

image

image

Ajue just tunjuk 4 pages jer ek sebab semua ada 40 pages. Ni gambar kenangan masa pergi London dan Paris bersama keluarga, mak Ajue dan mak mentua Ajue. Masa tu Ajue siap bawak maid lagi sebab anak bongsu Ajue si Afiq tu lasak sangat. Tak terkawal kami kalau bawak dia jalan jalan. Dengan maid Ajue jer dia dengar kata.

Mana taknyer, sampai kat Paris masa tu tengah snow. Dia berlari sampai tersadung kat bucu meja sebab licin snow. Terus bercuti kat hospital Paris.

Dan hari ni Ajue dapat 4 lagi yang Ajue beli kat Groupon.  Buy 1 Free 1. Hehe

image

image

Ni gambar kenangan masa pergi Umrah ke Mekah dan Madinah pada tahun 2011. Masa ni Ajue pergi dengan mak, adik, anak sulung Ajue, makcik makcik dan pakcik pakcik. Total rombongan dalam 10 orang kalau tak silap. Kalau di belek balik photobook ni terus rasa nak pergi lagi ke Tanah Suci. Sejuk mata memandang Masjidil Haram dan tempat tempat ziarah semasa di Madinah. Sejarah Nabi dan para Syuhadah diceritakan oleh Mutawif kami masa tu. Semoga di murahkan rezeki Ajue lagi untuk ke sini mengerjakan haji pulak, insyaAllah.

Next photobook ialah 3 FREE trip sejak Ajue join Network Marketing biznes. Tak lain lagi iaitu dengan Hai O. Ajue nak abadikan kenangan besama sama Glampreneurs serta syarikat yang yang Ajue bernaung di bawahnya. Agar menjadi semangat bila tiba bulan pakej nanti untuk berusaha melayakkan diri dalam setiap trip. Bulan September nanti kami akan ke Korea pulak. Besttt kan dengan Hai O.

image

image

Ni trip pertama Ajue dengan Hai O. Vietnam. Kalau diikutkan, ni kali ketiga Ajue ke Vietnam. Sebelom ni memang dah pernah pergi. Masa tu berniaga kat bazaar ramadhan. So barang barang ambik kat Vietnam lah.
Masih ingat lagi bagaimana Ajue struggle untuk qualified pakej nih. Dan mustahil Ajue lakukannya seorang diri tanpa bantuan leader Ajue iaitu founder Glam sendiri CDM Hanis Haizi. Sungguh bertuah berada di bawah pimpinan beliau. Every step dia akan guide sehingga kita berjaya. Yang penting diri kita sendiri jugak kena berusaha. Tak boleh nak harapkan mentor semata mata.

Ok, next trip ke Guangzhou pulak.

image

image

Trip kali ni pergi dengan biznes partner Ajue iaitu Aimey.

Dan photobook latest dala  koleksi Ajue ialah gambar masa trip melancong ketiga Ajue dapat denagn Hai  O iaitu ke London dan Paris. Bila dengar lagu Sahabat, nyanyian Najwa Latif, teringat bagaimana kami 3 buah bas Glampreneur terperangkap ketika snow tebal dalam perjalanan dari London ke Paris yang memakan masa 36 jam!

Kami sama sama survive dalam suhu -12 Celsius kat tengah tengah hiway tanpa mengetahui apa apa. Bila dah cerah sikit hanya warna putih disekeliling kami. W.O.W, maha besar kehebatan Allah , bulan March benua Eropah dilitupi dengan salji putih yang membawa kepada sejarah dalam dunia, Natural Disaster.

image

image

Kenangan yang tak dapat kami lupakan sepanjang hayat. Maka sebab itulah Ajue suka abadikannya dalam Photobook.

So, Next waiting for koleksi gambar kenangan travel bersama keluarga dan juga masa bekerja dulu pulak. Antara negara negara nya, Amsterdam,  Germany,  Swiss, Italy, Oman, Brazil,  Serbia,  Doha, India, Singapore,  Hong Kong,  Indonesia,  Thailand,  Dubai dan tanah air sendiri iaitu Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *