Trip ke Utara in June

Salam semua, salam cuti sekolah..

Wah wah sedar tak sedar tak masuk minggu kedua cuti sekolah kan. Cepat betul masa berlalu kan. So, cuti sekolah dah bawak anak anak jalan tak. Kagum Ajue tengok founder Glam, iaitu CDM hanis Hanis Haizi.  Rasa nak pergi bercuti jer, boleh pergi macam tu jer . Yerla, dah bebas kewangan kan. Masa pon banyak bersama keluarga kan. Ajue harap pon dapat menikmati kehidupan seperti beliau juga suatu hari nanti.

Tapi buat masa ni, Ajue masih lagi bersungguh sungguh dalam mengejar impian dan cita cita untuk kearah money freedom. InsyaAllah Ajue yakin akan tercapai jua suatu hari nanti. Dan sudah tentulah bersama sama dengan kumpulan Ajue sendiri iaitu Beautiful Galaxy Team, insyaAllah.

So, kemana kita kali ni yer. Destinasi pertama, ialah Ipoh. Kat sini misi membantu rakan kongsi Anis dari Seremban di bawah leader Farouk.

image

Kemudian kami terus bergerak ke Penang untuk bantu rakan kongsi Anna pulak. Untungnya kami kat sini sebab vacation club yang kami join 8 tahun yang lalu dan dah habis bayar pon memberikan penginapan percuma 7 kali setahun. Dan kami gunakan dengan sebaik baiknya setiapkali kami keluar bebiznes. Of coz, kalau bawak anak anak Ajue akan ambil yang free dari Palaca Vacation Club sebab hotel untuk members yang diberi semua untuk family type. Kalau Ajue pergi seorang Ajue akan gunakan Zest Vacation Members sebab Ajue dapat 70% discount.

So, check in kat sini..

image

Lepas letak luggage, kami terus keluar isi perut yang dah berbunyi sejak petang tadi. Pusing punya pusing, kami pon ambil keputusan makan kat sini jer…

image

Esoknya pulak bagi peluang anak anak mandi pool dulu. Sambil Ajue sediakan bahan bahan untuk sesi Personal Touch dengan biznes partners kat Utara nih.

image

image

image

image

Lebih kurang tengahari tu Ajue ke Jalan Kurau untuk bantu biznes partner Anna present biznes marketing untuk projek DUIT RAYA 17k. Anna dan kawan beliau dah lebih 4 tahun tak berjumpa lepas keluar U dulu. Dan apa yang hebatnya mereka dipertemukan dalam alam maya ini melalui Social Media Marketing atas tujuan yang sama iaitu untuk mencari side income demi keluarga. Syabas Anna, menggunakan peluang yang ada dengan approach yang betul dibawah landasan yang telah dibimbing dalam Glam. Yup, kami Glampreneur memang menggunakan Social Media Marketing sebagai channel untuk kembangkan perniagaan.

image

image

Lepas tu balik hotel kejap sebab nak bawak anak anak main pantai pulak.

image

image

image

image

image

image

Sebelah malamnya pula kami keluar ke area Quensbay Seaside untuk dinner tepi pantai sebelum ke rumah biznes partner Ajue Kak E untuk sesi Personal Coaching atau Personal Touch.

Dalam berbiznes nih, Glampreneur telah dididik dengan menuntut ilmu dengan kelas kelas yang diberikan oleh leaders yang dah lama dalam bidang nih, memang ia tak wajib tapi kalau nak berjaya WAJIB ada ilmu. Dan kelas ilmu yang Ajue pergi setiap minggu ialah kat TTDI. Since ramai biznes partner Ajue tinggal jauh dari area KL, tugas memberikan ilmu dah menjadu tanggungjawab Ajue. Ini bagi memastikan setiap ahli kumpulan sentiasa up to date dan berilmu untuk menjalankan perniaagaan.

image

Okay sampai ke destinasi terakhir iaitu Perlis. Tujuan utama ke sini ialah membantu team Utara untuk demo Biozone Food Purifier kepada orang ramai di sekitar Arau. Ini adalah untuk memberi penerangan tentang betapa pentingnya menjaga pemakanan sebelom di makan. BFP ini dapat membantu menyingkirkan bahan toksin, racun seranggan, suntikan bahan pengawet, formaldehyde yang terkandung di dalam ayam, ikan serta seafood. Malah juga buahan serta sayuran yang dibeli di pasar.

Alhamdullilah sambutan amat menggalakkan dan kami berpuashati dengan hasil usaha kami sebagai satu team yang saling bantu membanyu satu sama lain. Syabas Team!

image

image

image

image

image

image

image

Orait malam tu kami ramai ramai masuk Dannok, Thailand untuk makan malam kat sana. Hairi banyak membantu daripada buat licence kereta serta persediaan passport dan sebagainya. Mulanya nak bermalam di sana, tapi disebabkan malam tu Sadao Bikers berkumpul so semua hotel penuh. Kami just makan tomyam dan lepas tu pergi pasar malam kat sana.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Kami sungguh enjoy malam tu. Dah lama Ajue tak rasa makanan Siam yang Ori. Dulu masa belajar kat UUM pernah jugak masuk Dannok. Masa tu time aktif dengan memanah. Yang paling tak lupa Ajue masuk Dannok dengan Iena geng memanah yang satu kepala. Masa tu tengan tournament. Abang abang polis PDRM bawak kami ke sana.. ingat lagi masa tu ada Abang Bob, Abang Iwan. Pastu Kak Teh jugak dari ATM. Enjoyyy sangat masa tu.

So, okay. Berbalik dengan entry kali nih. Esoknya pulak ada sharing dengan client Anna jugak. Kali ni buat kat hotel yang Ajue stay jer. Sebab senang kat situ. Anak anak still boleh lepak kat bilik hotel sementara menunggu Ajue habis kerja.

image

Anak anak jugak tak lepaskan peluang dengan mandi pool kat situ. Seronok tengok diorang happy. Dan Ajue jugak nak anak anak faham kerja Ajue. Apa yang Ajue buat dengan biznes nih. Alhamdullilah mereka faham, mereka tak pernah ganggu masa kerja Ajue. Barulah ada bonding antara ibu bapa dan anak anak kan.

image

image

image

Actually ada sesuatu yang Ajue nak sharekan kat sini dengan blog readers Ajue. Pernah suatu ketika dulu Ajue diuji dengan satu cabaran yang hampir membuatkan Ajue putus asa untuk teruskan perjalanan biznes ni. Sesuatu yang membuatkan hati tercalar dan tamparan hebat dari keluarga sendiri. Bukan nak bukak pekung didada tapi bila Ajue imbaskan kembali kejadian lalu baru kini Ajue faham hikmah disebaliknya.

Masa tu Ajue putus harapan dengan seseorang yang seolah olah menghina apa yang Ajue cuba usahakan, Ajue seperti peminta sedekah masa jumpa dengannya untuk biznes sharing. Tapi tu semua dulu, itu semua cabaran, itu semua sememangnya dugaan hidup yang mematangkan Ajue untuk terus berjuang, untuk terus bersabar dan bertahan sehingga keakhirnya. Bukan apa, beliau pernah berikan Ajue 2 persoalan yang masa tu Ajue langsung tak dapat berikan jawapan. Terkaku Ajue dikerusi meja makan rumah beliau dan Ajue beredar dengan linangan airmata sebab berkecil hati dengan kata kata beliau.

Tapi kini Ajue tersedar dan tersentak bahawa apa yang beliau katakan tu benar benar terjadi. Sungguh Ajue tak duga bahawa beliau mengatakan apa yang betul. Selama ini Ajue yang silap faham sebab Ajue masih baru dalam biznes sedangkan beliau adalah otai dalam biznes. Dah lama makan garam, dah lalui macam macam dugaan dan cabaran. Maybe cara penyampaian beliau masa tu tak dapat ajue terima tapi maksudnya baru sekarang Ajue faham dan mengerti.

Dua persoalan beliau Ajue dengari sekali lagi tapi daripada orang lain dan pendekatan yang berbeza tapi maksud yang sama. Ya Allah bersyukur dengan Mu kerana kali ini Ajue mampu menyediakan jawapan yang penuh yakin dan tenang tepat pada masanya. Alhamdullilah.

So, kepada semua rakan kongsi Ajue, setiap dugaan ada hikmahnya. Kita kena bijak mengatasinya dan jangan sekali kali give up dengan apa yang kita lakukan ini. Suatu hati nanti kita akan mengerti hikmah disebalik setiap apa saja yang kita terima. Laluinya lah dengan tenang dan sabar serta teruskanlah sampai kita berjaya. Hanya kita saja yang mampu melakukannya sebab semestinya kita adalah orang orang yang hebat dan bertuah. Percayalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *