Anis New Life Beginning

Kolej Yayasan Saad 2019-2023

Setelah UPSR diumumkan, Alhamdullilah Anis berjaya walaupon bukan straight A, tapi atleast takde C. Sekarang masa untuk menunggu keputusan MRSM, SBP, SMKA atau KYS.

Anis telah apply KYS, sampai ke peringkat RBS. Menduduki ujian bertulis SBP, apply jugak MRSM serta ujian kemasukan Sekolah Menengah Agama. Namun, sehingga minggu ketiga December, masih belum mendapat apa apa jawapan. Dan paling merisaukan Ajue, Anis pelajar pertukaran antara negeri. Dari sekolah rendah WPKL kepada Selangor sebab berpindah. Maka pendaftaran Anis dekat SMKTTDI tidak berjaya. Even dia UPKK straight 8A pon tak melepasi syarat kemasukan sekolah Agama.

Worse come, kena tunggu lepas 2 minggu sekolah buka baru boleh buat permohonan untuk ke sekolah menengah Selangor.

Suatu hari, masuk email dari Admin KYS. Berdebar nak bukak, tapi digagahi juga.. dan Alhamdullilah Anis ditawarkan untuk kemasukan Form 1 di KYS. Syukur Ya Allah. Dan kali ni, Ajue nekad untuk carikan dana walau apa cara sekalipon. Bagi Ajue, setiap anak ada rezeki masing masing. Dan bila Anis bagitau, dia solat hajat hanya sebut KYS. Takde sekolah lain dia nak, melainkan KYS semata mata. So, nampak sangat dia dah nekad dan bersungguh sungguh.

Maka pada 5 January 2019, bermula lah the new life journey for Sofea Anis sebagai pelajar KYS. Semoga menjadi pelajar cemerlang seimbang dunia dan akhirat, akhlak yang mulia serta berdedikasi budi pekerti yang tinggi. Aamiin..

Masa hari pendaftaran, setiap pelajar baru akan diassign seorang CS. Dan Anis dapat kakak Ariana dari F3. Cantikkanya laa budak ni, lemah lembut tapi sangat fluent Englishnya. Sampai Ajue yang tergagap bila bersembang dengan dia. Baik budi pekertinya. Dan kebetulan adik dia pon dapat KYS dan register hari yang sama. Tapi adik dia lelaki la.

Nakdijadikan citer, lepas dah beberapa bulan dekatKYS, baru Ajue dapat tahu, yang Ariana ni salah seorang pelajar cemerlang KYS terutama dalam English. Dia setiap tahun wakil KYS untuk WSC. Sampai ke USA!! Beliau juga mendapat scholarship pertukaran pelajar ke Melbourne. Dan kalau tahu Ox-Bridge Essay competition tu, yang Adlan pon terpilih ke peringkat final, Ariana merupakan Johan Keseluruhan dan mendapat hadiah berpuluh ribu ringgit. MasyaAllah… bijaknya budak ni. Kecil molep sebaya Anis jer.

Harapan Ajue, Anis dapat ikutlah jejak langkat kakak Ariana ni…insyaAllah…

Afiq goes to school

Brainy Bunch Islamic International Montessori, Cyberjaya

Alhamdullilah, setelah melalui pelbagai rintangan untuk memilih sekolah mana yang paling sesuai, akhirnya kami register kan Afiq dekat BBIM. Sehari sebelum sekolah bukak, kami pergi bawak Afiq untuk sesi briefing tentang sekolah ni, hala tuju pelajar pelajar nya serta kokurikulum yang di tawarkan. Menarik, memenuhi ciri ciri ilmiah serta syariah, terus buat deposit payment, beli baju skolah dan buku.

Basically, Afiq tak kan duduki exam UPSR, PT3 dan SPM. Dia akan di prep kan dengan IGCSE syllabus. Tapi untuk tahun ini, Afiq masuk dalam Upper Elementary dulu sebab dia takde asas pendidikan awal international school. So,setahun ni kiranya kelas peralihan la dari Sek Keb kerajaan kepada private international school.

Harapan Ajue agar Afiq suka dengan environment skolah ni, dan boleh adapt dengan apa yang di ajarkan. Dan, takkan ponteng skolah lagi. 🙁

Afiq ni lain sikit pemikiran dia compare dengan anak anak yang lain. Dia tak boleh fokus kalau dalam kelas yang ramai. Method pembelajaran sekolah harian kerajaan biasa dia kurang boleh ikut. Sebab tu dia banyak ponteng, sebab dia tak faham apa apa pon cikgu ajar kat depan. Tak sanggup nak dengar komen komen dari cikgu, sebab tahu bukan salah cikgu mahupon sekolah, it just that keupayaan diri Afiq yang tak boleh adapt dengan cara macam tu. Dengan konsep montessori serta di terapkan sekali dengan nilai nilai islamic, harapannya agar Afiq boleh berubah dan faham apa yang dia akan belajar nanti.

Cumanya, cabaran Ajue ialah jarak dari rumah ke sekolah. Afiq terpaksa bangun awal pagi sebab Ajue kena keluar rumah sebelum 7 pagi untuk elakkah jam teruk nak keluar dari Shah Alam ni. So, sepanjang 35km dia boleh tidor jer la dalam kereta. Lepas hantar Afiq, Ajue terus shoot masuk KL melalui MEX. Jam 8.15 pagi dah sampai pon client office dekat Chulan Tower tu. Balik keje kol 6 tepat Ajue kena gerak keluar dari KL terus ke Cyberjaya.

Just nice sampai BBIM, Afiq dah habis riadah. So, total travel sehari lebih kurang 140KM!! Inilah pengorbanan seorang ibu untuk anak anak nya…. 😉

The Rashid’s Family Day Endau-Rompin-Mersing

First time ever, kami adik beradik bergabung mengadakan Family Day ini.

Kita upload gambar dulu… story kejap lagi deh..

Part I

Plan nya dah lama, rasa nya dah 3 tahun kut. Asalnya Masa tu kenduri kawen adik dekat Kuantan, kami adik beradik berebut nak ratah ikan Krisi. Sedappp nyaaa. Ma goreng kunyit jer masa tu, tapi sebab makan berebut adik beradik kan. Tak cukup cukup dibuatnya. ikan ikan tu didatang khas dari Endau. Salah sorang adik kami yang duduk sana senang nak dapat ikan fresh. Besar besar pulak tu. So, sejak kenduri kawen tu, kami sembang dalam group, seronok kalau buat family Day ni. Maklumlah keluarga kami besar kalau digabungkan dengan ketiga tiganya. (Arwah abah kawen 3 {kut}!)

Maka terjadilah jugak Family Day kami yang pertama, walaupon tak semua dapat bersama, tapi ianya cukup meriah dan kami saling lebih mengenali keluarga metua, ipar duai masing masing. Kami bermula dengan trip ke Endau melalui LPT, exit Gambang. Adik kami, Nurul dan husband, kami panggil ustad telah mencari homestay dekat area rumah mereka. So, kami bertiga family dengan Mama stay sana 2 malam, sebelum sambung pulak ke resort Warisan untuk cuti cuti seterusnya. Layanan sangat tip top, tak termampu kami membalasnya ke akhir hayat kami.

Cikya sefamily gerak dulu sebab diorang ada hal, Ajue sekeluarga gerak dari Shah Alam. Zali dan Mama gerak dari Kerteh. Plan jumpa dekat gerai Udang Galah Mak Ngah lepas exit Gambang tu. Udang galah dia yaa ampunnnnn. sebesar rasa. Kami makan seramai tu baru rm300++. puas hati

Petang tu ada sukaneka untuk anak anak dan mak mak bapak bapak. Tok Ma dan Tok Puziah jer tak join sukaneka. Mereka jadi juri. 🙂 Budak budak sangat lah seronoknya… tapi kami tak mandi betul betul la sebab air nampak macam tak mengizinkan.

Malam tu lepas maghrib ada tahlil arwah sikit. Lepas tu sesi suvenir dari kakak kakak KL kepada adik adik Kuantan-Endau. Then off to dinner seafood pulak. Ya rabbi.. kenyang nyer.. banyak giler makanan. Ustad bawak bahan mentah suruh restoren tu masak kan. Murah nya laaa.. sedap sangat.

Esoknya, adik adik bawak pulak nasi dagang untuk breakfast. Mak aiii… sedapnya. Lepas tu pergi Pantai Lanun sebab anak anak nak mandi. Dan kami pon nak check out homestay dan check in Resort Warisan pulak. Best resort ni, owner sediakan kayak boleh sewa sekali dengan life jaket pusing tasik sekeliling chalet. Kami tak duduk chalet, sebab ada anak anak kecik, tak berani takut diorang terjun kang tak pasal pasal. Kat resort ni ada konsep apartment jugak. So kami amnik 3 bilik. Bilik Ajue dengan Cikya connecting. Senang nak berhubung. Zali jer dapat bilik tingkat bawah.

Tengahari lunch kat rumah Nurul. Tu diaaaa sebanyak banyak ketammmm. Sampai dua tray. Champion makan ketam ialah Ecah. Habis di ratah sampai sepit nya sekali. Semua makanan laut ni Nurul masak sendiri. Fresh lagi baru tangkap. Sedapnyaaaa……

Malam tu pulak, sesi BBQ dan Karaoke. Again… meriahhhh sangat. BBQ ni campur campur ada ayam, ikan segala jenis , udang, sotong, segala makanan laut lah pendek kata. Memang heaven la duduk Endau nih. Seafood murah dan segar dan besar pulak tu.

Esok pagi hari ketiganya, Cikya terpaksa bertolak awal sebab nak kejar balik awal, kak long ada exam katanya. Ajue dengan Zali konvoi cari breakfast pagi dan kami berpisah dekat simpang Gambang. Zali menghala ke Pantai Timur dan kami balik Shah Alam.

Suatu pengalaman yang takkan kami lupakan sepanjang hayat kami. Baik sangat keluarga adik adik Kuantan ni. Layanan terhadap kami kakak dan abang takkan dapat ditandingi. Walhal kami jarang jumpa pon, sembang pon dalam wasap group jer. Alhamdullilah sejak kematian Arwah abah, menyatukan kami adik beradik serta Ma dan Mama. Harapnya hubungan ni berpanjangan hingga ke anak cucu.. ni jer peninggalan arwah untuk kami. Arwah dah boleh tersenyum di sana. Terima kasih Aboh. Al – Fatihah.

Our Vacation 2018

Camp outside out own house

Yeah, ini jer yang kami termampu lakukan. Nak bawak pergi trekking, camping atas gunung, hiking, ibu belum bersedia lagi. Lagipon yang excited nya, Anis jer. Anak anak lain tak appreciate sangat outdoor activities macam ni.

Alan ala ala indoor punya, Ecah control ayu. Afiq ikut mood. So, penyudahnya, kami setup khemah 2 bijik. Pasang kipas cooler. Tido dengan Anis jer. haha

Tapi sebelum tu, bab masak maggie yang paling syok. Siap macam girl guide camping pon ada. 2 kali pulak tu melayan maggie, Sambi sambil bercerita pasal luahan perasaan masing masing. Seronok jugak kan, aktiviti macam ni.

Cuma tempat ni open sikit. Kalau sekeliling ada pokok, maybe lagi comfortable kut, kan. Siap beli lagi 1 pack maggie sebab tak cukup. Makan pulak berebut rebut, lagi syokkkk.

Kena repeat lagi ni, tapi sure dah tak cukup korum nanti, kan 🙁

Anis Last 30m shoot

OK, ni last tournament Anis untuk jarak 30m. Sebab lepas ni, Anis dah dikira u15. U15 kena shoot 60m. Tournamanent ni dekat Kuala Selangor. Nak dijadikan citer, power window kete Ajue jammed malam nak pergi tu. Terpaksa la tumpang jer saper saper masa dekat padang nanti. Ajue ambik hotel terus kat sana, senang nak ulak alik.

Alhamdullilah, Anis has done good job tapi tak dapat medal. Its ok, ibu tahu dah Anis dah berusaha. Habis tournament, kami ramai ramai ambil peluang tengok firefly. Naik bot satu team, pakat pakat pakai kaler kuning. hehe

Lepas balik dari firefly, sambung lepak mamak pulak layan bola Final Malaysia lawan Vietnam. Sib baik ada orang nak tolong hantarkan sampai hotel haha. Ajue ada bagi suvenir pen Parker untuk semua anak anak UPSR serta 2 archers yang lain. Kenangan daripada Anis. Guna dekat sekolah menengah , kay! 😉

Esok paginya, kecoh kedai mamak pulak kami breakfast together gether lagi. Teringat zaman Ajue dekat UUM dulu, memang kalau time tournament, kami akan bersama-sama sampai last day. Just enjoy your life, sebab benda benda macam ni bukan boleh dijual beli. Pengalaman dan kenangan akan tetap diingati sampai ke tua nanti.

FIS X’mas Lunch

Company lunch and VR Game

I love my company. Setiap tahun ada makan makan. CNY ker, XMas ker, semua best best. Kali ni retreat untuk Xmas pulak. Sebelum event, biasanya Office Manager akan email vote saper boleh join. Pastu, kalu Ajue boleh join, dorang akan cari yang Ajue boleh makan. Well, hanya Ajue sorang jer yang muslim tinggal.

Kali ni makan dekat The Gardens jer. Sebab lepas tu nak gi main VR pulak, yeay!! And, dapat gift lagi. Cookies, Notebook, Cabin bag.

VR ni yang game tembak tembak alien tu Ajue score paling tinggi. yeszaaa. Pastu Racing car pon sama. Yang lain lain tak reti, haha. Syok wehh dapat company macam ni. Actually FIS ni Ajue re-join. Dulu sebelum dia merge, Ajue keje dengan EFD Asia. Lepas tu FIS beli EFD Ajue keluar join company German. Banyak onsite kat luar. Brazil 2 tahun berturut turut pergi sana. Lepas 4 tahun, Ajue buat business dengan Hai O pulak. 2014 re join balik FIS sebab tak jadi migrate pergi Riyadh.

Memang akan stay dengan FIS sampai pencen la, benefit dia banyak giler. scholarship untuk anak pon ada jugak. So far Adlan jer yang dapat. Echa belum degree lagi. Masa International Woman’s Day, Ajue telah di nominate oleh HR dari Manila. 😉

Kalau kat US, company FIS ni memang famous lah. Proud to be FIS-an!

Adlan dan MSI Gaming Notebook

Belated present from Ibu

Sorry Adlan, ibu ambil masa yang agak lama untuk bagi hadiah ini. Ibu kumpul duit serta kejayaan demi kejayaan Adlan sepanjang di Intec. Bukan apa, kalau bagi awal awal, nanti Adlan sibuk main Dota jer kan. So, bila nak dah habis belajar tinggal 1 sem, baru ibu bagi. (ayat penyedap hati)

Tahniah Adlan, kerana sepanjang 6 semester di Intec, berjaya mendapat 5 kali Anugerah Director!. Hanya sekali jer tak dapat, terus CGPA jatuh merudum 🙁

p/s awek punya pasal

So, here you go. Jaga elok elok yer. Kalau boleh sampai habis degree nanti. Sana susah nak beli laptop. Lepas ni laptop lama boleh letgo dekat Afiq.

Tahun 6 Konvo dan HAC SKTTDI2

Anis konvo Tahun 6 serta Hari Anugerah Cemerlang SKTTDI2

Entry sebelum ni, Ecah konvo kali ni turn Anis pulak. Haah, Tahun 6 punya konvo. Masa zaman Adlan dan Ecah dulu, SK24 belum buat lagi majlis seumpama ini. Ada jamuan akhir tahun dan majlis penyampaian hadiah jer. So,kali ni first time Ajue nak merasa konvo anak habis sekolah rendah. Tahun depan apakah ada rezeki Afiq pulak konvo? Sama samalah kita nantikan yer. Sebabnya, hujung tahun 2018, kami akan berpindah balik ke Shah Alam. Rumah dah siap renovate. Ajue belum cari lagi sekolah untuk Afiq. Eh japp… Adlan nanti fly US, Ecah fly Korea, Anis kalau ada rezeki masuk boarding school. Dah tu, Ajue berdua jer dengan Afiq kat rumah??? mak aiiii , apa hal pi reno rumah bilik sorang satu.. penyudahnya tinggal berdua jer! 🙁

So, berbalik pada entry kali ni, Alhamdullilah Anis pon dapat anugerah, iaitu pelajar Nilam. Anugerah ni diberikan kepada pelajar yang paling banyak baca buku dalam tahun ni. Tahniah my princess!!

Semasa hari konvo ni jugak Anis terpilih antara 5 pelajar yang akan berucap di hadapan dalam 5 bahasa. Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Arab. Haaa jangan tak tahu, Anis fasih berbahasa Tamil tau!!. Dia berucap langsung tak tengok skrip. Cayalahhhhh Thats my girl! Video ada, tapi Ajue tak reti nak upload kat blog ni. just upload dekat IG dan FB jer.

Majlis disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Asrul. Teringat masa Ajue jadi YDP 2 tahun di SK24 dulu. Paling pening nak kena sediakan teks ucapan. Yer la, Ajue bukan nya reti nak spontan. Tak macam GB. Selamber jer public speaking. Ajue siap kena hafal dan praktis depan cermin lagi, haha

Oh ya, Afiq pon dapat sijil jugak. Team kalam syaabi yang berjaya menjadi Johan dalam beberapa pertandingan di sekitar KL. Syabasss anak anak ibu!

Korean Preparatory Course Convocation

Intec Convocation for Ecah

Alhamdullilah, setelah 2 semester di Intec, akhirnya tiba masa untuk majlis konvo Ecah. Korean Language ni ada 6 level. TOPIK 1 ada Level I dan Level 2. Manakala TOPIK II ada Level 3 sampai 6. Semasa di Intec, Ecah berjaya menamatkan TOPIK I iaitu Level 2. Nanti bila further dekat Korea, Ecah dan students lain akan sambung TOPIK II pulak. Untuk qualify degree requirement, at least kena Level 3.

Kedua dua semester semasa di Intec Ecah berjaya mendapat 4.00 flat, Alhamdullilah. Memang dia minat sangat dengan Korea(n). Semoga cita cita dan impian nya tercapai suatu hari nanti. Rasa kejap jer kan, baru jer tulis entry pasal Ecah di Intec. Dah graduate dah cekemek nih. Abang Adlan yang masuk Intec awal setahun pon belum konvo lagi. hehe. Sebabnya, ADTP ni ambil masa 2 tahun di Malaysia, nanti sampai US boleh buat 2 atau 3 tahun saja.

Ajue ambik cuti hari ni untuk meraikan Ecah. Kebetulan pulak Anis ada ujian kemasukan ke SBP di Sekolah Seri Puteri Cuberjaya. Terpaksa mintak bantuan kakak Ajue untuk hantar Anis exam. Bila dah selesai majlis, baru Ajue ke sana untuk ambik Anis balik.

Abang Adlan pon kebetulan masa tu ada test, habis jer test, dalam hujan yang tersangat lebatnya, dia datang basah kuyup meraikan adik kesayangan nya.. terharu sungguh. Dah la susah nak parking. Lepas konvo, singgah kedai gambar pulak untuk abadikan kenangan dalam frame 😉

Ajue sangat terhutang budi dengan Pengarah Intec masa tu, Dr Hajjah Ruzela yang banyak membantu anak anak Ajue semasa di Intec. Ajue kenal Kak Zela masa anak anak kami satu sekolah rendah di SK24 dulu. Beliau sangat baik dan berbudi dan berhemah tinggi. Kagum Ajue dengan mereka sekeluarga.

Oh ya, Ecah dapat pakai selempang sebab dia graduate dengan CGPA 4.00. Harap Adlan pon sama jugak nanti bulan April 2019. InsyaAllah.

So, lepas dah habis course di Intec ni, masa untuk preparation fly ke Korea pulak. InsyaAllah awal Mac 2019 nanti.

Asia Pacific Masters Game

After 20 years, here goes my first Archery Tournament

Yup! Exactly. Last tournament archery masa final year dekat UUM. and it was my zaman kegemilangan in archery. Total 6 gold medals dapat. Masa tu stamina sangat kuat, bow armed, release semua tengah cun. Kalau sekarang suruh shoot 10m pon belum tentu Ajue lepas. haha

Actually tak tahu pon apa Masters ni. orang dok sembang dalam group memanah. So, Ajue pon gatal tangan pi google la. Macam best jer.. sebab participant datang mostly dari APAC, tapi ada jugak dari UK dan USA!. So, apa lagi, cabar diri sendiri, Ajue ter- Register la Masters nih, keje giler kan!

Weekend turun shoot dekat padang MSN Keramat. Tapi tak pernah lagi shoot 70meter. Nak jadikan citer, arrow tak sampaiiii!!! lol! Hasudahhhh. caner nak game nih, hentam saja lahhh labuu.

So, hari kejadian, tak sangka, team UUM dulu pon ada join gak. Tak lain tak bukan, Wak Adly. yeay!! ada genggg. Dia dan adik dia shoot sekali. Acai pon turun dari SP datang support kami.. wahhh besttt.. siap keluar makan ramai ramai lagi.

Game day, Alhamdullilah lepas QR. Ajue lawan dengan Singapore. Kalah. Lepas tu lawan dengan Malaysia jugak, menang. Dapatlah Silver medal!! Alhamdullilah. at least tak sia sia kan!!!

So, next APAC masters dekat Korea. Kalau ASIA punya dengan Kansai , Jepun. Agak agak nak buat keje giler lagi tak? Well, we’ll see!! 😉

Habis game, bawak medal pusing Penang posing la apa lagi.. hehe. Terjumpa dengan staff UUM dekat kompleks sukan dulu, ya Allah, dia masih ingat Ajue!!. Terharu..

Masa kat airport nak balik tu, Richerd datang jumpa, happy sangat. Sanggup datang nak jumpa Ajue wish congrats. Tqtqtqtq Cherd… love you lahhh. Siap bagi buah tangan lagi. Besttt jeruk Cherd bagi. habis kat Ajue jer haha.

Amyway, enjoy my Archery. Its really in me. So does my daughter, princess Anis 😉