Road to Korea – Day Five

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Hari ni tinggal kami bertiga di homestay. Plannya nak gi Nami island. Ingat ingat lupa la pulak camaner nak pergi masa trip lepas. Terpaksa belek blog lama sini, tapi malangnya, hanya gambar takde tulis apaa.. aduhhhh rupanya Ajue just upload gambar tapi lupa nak tulis isinya. Ni kalau karangan surat kiriman sure dapat D 🙁

Ok, terpaksa lah cari jalan sendiri caner nak pergi. Kami naik subway, taxi, pastu ferry. haaa cam tu lah baru sampai Nami island.

Kat sini masih ada sikit la saki baki snow yang turun winter lepas. Wow kannnn!!

Kali ni Ajue rasa macam lain sangat dengan trip lepas. Maklumlah, dulu semua putih pemandangan, kali ni baru lah nampak rupa paras Nami ni camaner. Penat pusing, kami makan kat halal restoren kat situ. Lepas tu solat dengan surau yang disediakan. Ramai muslim datang Seoul, sampai disediakan ruang solat untuk kami di pulau ini.

Nami ni famous lepas citer Winter Sonata meletup kat Malaysia. Masa tu Ajue first time layan korea. Actor handsome Jun Sang dan actress dia Yu Jin. Diorang ponteng skolah datang Nami island ni. hehe

Balik dari Nami, masih awal lagi, jadi kami terus ke Myengdong untuk kesekian kalinya. 😉 Makan dekat Busan Jib lagi. Kak Long tapau face mask untuk jual kat Malaysia..

Road to Korea 2019 – Registration Day 5 March 2019

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Ajue bangun awal pagi untuk sediakan sarapan sebelum bergerak ke agenda utama kedatangan kami ke bumi Seoul ni. Malam tadi sempat Ajue download Kakao T Apps untuk transport kami ke Ewha. Ambik Jumbo Taxi sebab luggage ada 9!. Dan seperti biasa, Ecah la yang paling banyak. Ajue pon tak tahu laaaa apa benda dia bawak sebenarnya. Pening nengok! Actualayy Adlan dan Anis pon perangai sama. Tak reti travel lite. Afiq sorang jer sempoi. Pergi camp 3 malam bawak bag pack jer..

Taxi tu actually sesat jalan, stress communicate dengan dia. Nasib baik laa simkad korea, kalau tak, mau bil Celcom ribu raban nak peta jalan ke homestay. Eh eh, boleh pulak dia lalu depan Ajue laju jerrr masuk lorong lain.. Ajue dengan skill marathon ni kejar taxi tu sampai nak termuntah!! errrkkkk

Dari homestay nak pergi Ewha cuma 22 minit jer, tapi barang banyak kan, terpaksa naik taxi. Tapi driver dia sangat baik dan berhati mulia. Even dah salah masuk gate uni pon, dia tetap melayan kami cari I House tu tempat nak mendaftar. Senang nak turunkan semua bag sekali harung. I House ni stands for International House untuk pelajar antarabangsa.

Alhamdullilah mereka berempat dan 2 pelajar lelaki Malaysia dapat satu level. Block diorang campur campur. Tapi sebilik of coz lah kaum sejenis. Ecah roomate dengan Icha, Khairyn dengan Lea. Mencabar jugak nak bukak kunci bilik, lol.. tak reti sebab high security sangat.

Dah settle unpack barang, kami tour sekita uni ni nak tengok apa ada, jenuh jugak la nak berjalan, berbukit bukau. Ada jugak citer korea yang buat film dekat uni ni. Cantikk tau!!. Tak percaya, sila google.. 😉

Maka terjawablah kenapa beg Ecah paling banyak. haaa korag tengoklah stok makanan dia. Macam nak duduk forever tak nak balik dah .. aduiiii!

Ok, untuk yang nak tahu apa Ecah buat kat sini, actually untuk belajar di Korea, kena ambik Language Course dulu, at least sampai Level 4 untuk layak apply degree. Lepas tu, bila dah dapat offer buat degree, kena habiskan sampai level 6 kalau boleh. Tapi ada jer tak sampai level 6. Cuma kalau nak sambung Masters, tak lepas la. Tapi kalau elajar tajaan JPA, dorang kena sambung bahasa setahun kat Korea sebelum masuk degree. So dortang akan habis bulan March 2020 sebelum dapat apply degree dan kena Level 5 atau 6. Itu syarat JPA.

Ecah dah buat sampai Level 2 di Malaysia, dan untuk pelajar foreign nak sambung Degree di Korea dan dapat tempat di Uni nanti serta biasiswa, kena buat atleast Level 3 di mana mana pusat bahasa di Korea ni sendiri. Kenapa Ewha? Haa, sebabnya, masa dekat Intec, lecturer diorang dari Ewha, buku buku pon keluaran pusat bahasa Ewha. So, alang alang dah belajar , better sambung dekat sini jer la, senang. Lagipon dapat recommendation dari Lecturer dorang tu. Tak de lah susah payah nak settle tu settle ni. Even visa belajar pon Intec yang uruskan. Cuma sampai bulan August jer la. 6 bulan dari sekarang.

Nanti, dalam bulan May/Jun lepas raya la, dorang dah kena start apply Uni mana untuk buat degree pulak, tak semestinya sambung dekat Ewha. Boleh jer.. kalau tak nak pindah rumah, depends apa dorang nak buat nanti la. Kalau tanya Ecah, dia nak International Business. Ajue tak kisah pon apa dia nak, janji gunalah peluang yang diberikan, bukan senang nak datang sini dengan duit belanjer sendiri nya. Dah habis almost RM50k untuk sampai ke tahap ni, ada lagi 6 bulan sebelum dapat biasiswa. Tapi Ajue yakin, Ecah boleh lakukannya, dia kat Intec pon kedua dua sem dapat 4.00flat, insyaAllah kalau betulkan niat dan cara. Allah kan ada.

Orait, Ajue tinggalkan dorang kat sini, biasakan diri dengan persekitaran baru, tapi at least ada 8 student dari Intec sama sama register ewha, so Ajue takde lah risau sangat. Dapat roommate pon sama sama. Lagi 3 hari Ajue datang balik sebab dorang ada Level Test nanti, so taknak ganggu. Hambekk kau, baru register dah kena test!! All the best kids!!!

Dorang ikut Ajue sampai Myengdong sebab Ajue nak bawak makan last sebelum tinggal.. mak mak wey… selagi Ajue disini. Lepas tu baru dorang naik subway balik Ewha sendiri 😉

Road to Korea – Day Three

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Menu pagi ni: udang goreng berlado, Sambal bilis, Ayam masak pedas asam, nasi putih, nasi lemak

Agenda hari ni nak pergi Nandaemun market. Tujuan nak cari barang barang keperluan gegurls seperti pinggan mangkuk, sudu garfu bagai. Tapi tujuan disebaliknya ialah Ajue yang nak tambah koleksi periuk korea 😉

Lepas tu pusing area nandaemun ambik gambar acara wajib. Malam ke Myengdong lagi.. kali ni bawak kak long rasa lobster bakar.

Nandaemon ni masa first time pergi last trip, kami banyak borong periuk korea yang femes berwarna warni tu. Periuk ni cepat panas dan senang nak memasak, tak lekat sebab dalam dia non stick. Ringan pon satu hal. Ajue sempat tambah koleksi set yang dah sedia ada. Dan beli jugak extra untuk kiriman kawan di Malaysia hehe.

Kat sini pon ada Correlle dan Portmeirion. Tapi Ajue bukan peminat tegar kedua koleksi ni, jadi takat jamu mata jer lah. Tapi, mana tahu suatu hari nanti kan. Ibarat kata, kalau ada sales 50% Correlle dengan 50% tiket flght pergi Paris, Ajue pilih tiket flight lagi laa.. haaa gethu!!

Kakak Ajue 3 orang tu memang hantu kedua dua koleksi ni.

Dekat floor bawah sekali bangunan orange ni, gegurls beli blanket pulak, sebab tak bawak dari Malaysia. Ok lah, lembut dan ringan. Boleh pakai dua musim. Panas dan Sejuk. Checked!

Oh ya, Kak Long dan Shahril baru sampai pagi tadi. diorang datang lambat sebab flight ticket Kak Long lewat 2 hari dari Ajue. Ok la.. Kak Long datang semata mata nak tengok Ecah register Ewha ni. Thank you kak long 😉

Masa dekat Myengdong tu pertama kali jumpa dengan Khairyn dengan parents dia. Khairyn ni roommate Ecah masa dekat Intec. Selalu jer dengar nama dia Ecah citer , tapi berjumpa mata belum pernah lagi. Baiknya parents dia..

Road to Korea 2019 – Day Two

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Pagi pagi lagi Ajue dah bangun untuk masak nasi lemak. Telur rebus dah beli semalam. Sambal tumis Alang bagi. Latte wajibal ghunnoh laa 😉

Hari ni kami nak gi Namsan pagi ni. Sebelum berjalan kaki ker Seoul station, acara wajib posing laaa dulu area homestay. Unik kan Korea ni. Bersih jer…

Sampai kat Namsan, Ecah purposely larikan Ajue dari Lea dan Icha, katanya Lea nak naik deck atas. Ok lah.. its ok, Ajue tak nak naik. malas laa nak buang duit.. haha. Tapi rupa rupanya dorang dah pakat pakat nak surprisekan Ajue – birthday yang ke 44 celebrate dekat Korea you!! Yeayyyy I m sooooo happy and touching sangatttt. Kamsahamnidaaaaaa Siap nyanyi lagu birthday dalam korean lagi.

Last trip kami pergi Namsan ni penuh dengan snow. Kali ni baru lahh nampak sikit permandangan sekitar Namsan ni. Kalau nak tahu, kat sini lah si Mermaid tu janji nak jumpa Heo Jun Jae tapi dia kena langgar dengan abang tiri Jun Jae..

Dulu kami menapak nak naik sini, tapi kali ni Lea ajar naik bas. Yeayyy kaki tak penatt. hehe. Turun dari Namsan, perut dah lapar, Ajue wasap tour guide dulu direction nak gi Busan Jib kat Myengdong tu. Alhamdullilahhhh kenyang dan sedapppnyaaaa ikannnnnnn bakarrrr. Ya ampunnnn, masa tulis blog ni, teringat ingat ikan tu.

Lepas makan, kami pergi area Ewha, sajer nak tengok Uni dorang malam malam. Terus nak cari kat mana nak register esok. Sempat lagi beli phone casing kat area Uni. Murahhhh kut.. agaknya target customer dorang student kan. casing ni Ajue pakai lagi sampai skrang.

Balik homestay, kita masak maggie makan kat luar.. haha. sajer jer kan nak rasa weather sejuk. ingatkan ada balkoni ker, kat atas, rupanya takde. haishhh.

Tepi jalan pon tepi laaa. janji dapat makan magie kat luar rumah!! haaa gethu 🙂

Road to Korea 2019 – Day One

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Incheon welcome us with 1’C degrees. Sejuk la jugak.. maklumlah baru lepas habis winter. Lepas dah settle luggage semua, Ajue wasap dengan transporter yang Ajue dah arrange dari Malaysia lagi untuk hantar ke homestay. Oh ya, sini tak pakai Whatapps. Tapi diorang pakai Line.

Bila transporter tu nampak kitaorang dia terkejut. Sebab beg yang menimbun dan dia tak tahu nak susun camaner dalam van dia. errrk!

Sepanjang nak angkut luggage tu, dia membebel tak habis habis, siap mencarut lagi. Apahal pulak, Ajue dah booking 12 seater punya van. Kenapa dia datang van kecik. So bukan salah Ajue laa. apa daaa.

Tapi ok lah, not bad dia sumbat semua beg dapat masuk. yeay!!

Sampai kat homestay another challenging, homestay Ajue book ni, berbukit, dan sempit jalannya. Dia menyumpah nyumpah sebab susah nak parking..lagi sekali eerrkkk!!

Kali ni sambil angkut beg beg kami yang giler berat dan banyak ni, dia mencarut carut siap sepak sepak kaki lagi. Kalau korang pernah tengok citer korea yang orang dia tengah marah marah, haaa macam tu lahhhh giler takut. Last last tu, si Lea ni dengan selamber reply balik dalam bahasa korea.. haaaa hambekkkk kauuuu. kakkakakkaka

Dia marahhhh dan bengangg sebab rupanya budak budak ni faham kut apa dia membebel dari airport tadi 😉

Last last jadi baik.. hahhaha dia kagum dengan budak budak tu sebab boleh communicate well in korean 😉

Homestay ni actually check in pukul 3 petang, tapi kami dah tercongok kat situ kan. Nasib baik la guest sebelum kami tengah nak checkout pergi airport. jadi kami selamber masuk letak beg, pastu Ajue message dekat owner tu nak tumpang beg jer. Tapi kami tak masuk sampai bilik lagi la, just letak kat living area jer. Dia ok, dia reply, nanti dia datang nak cuci homestay dan tukar bedsheet, towel semua lah.

Okies, masa untuk cari makan!!. Jalan kaki ke Seoul station 5 minit jer. masuk kedai bakery jer, Ajue as usual nak latte laa. Lepas tu cari unlimited data simkad. Total 38,000 Won. ok lah not bad kan. Lepas dapat masuk homestay, unpack semua bahan mentah, frozen letak dalam peti. Then Ajue keluar dengan gegurls cari telur dan sedikit seafood. Aduhaii roda kedua dua beg Ajue pecah teruk. haishhh. Lepas unwrap plastik baru perasan. Nak claim dah terlepas, sebab Ajue dah keluar airport. Tawakal jer la claim kat airport Malaysia nanti.

Lepas solat magrib, kami keluar pergi Myeongdong. Nak cari facemask. LAst visit kat sini masa tu snow lebat jugak. Kali ni takde snow, nampak la clear jalan jalan nya.. haha.

Lobster bakar of coz laa. harus beli!. Ajue sempat restock Laneige Ajue terus kat sini. Lea ajak pergi Innisfree terbesar kat situ, siap ada cafe lagi kat tingkat atas. Laa ada ker?? punya lah tak tahu kan. Sib baik ada si Lea ni. Dia dah expert Seoul! Kalau korang datang sini, try la, cafe Innisfree ni, sedap tau!!

Dan seperti biasa akan jumpa ada 2 korean yang jual manisan tu, yang boleh cakap melayu. Siap panggil budak budak ni, tudung comey.. malu apa bossku?? kakkakakka

Ni mesti dah ada malaysia yang datang ajar dorang ayat ni kan.

Road to Korea 2019 – the departure

Ecah new life beginning – Ewha Woman University

Visa Checked. Passport Checked. Flight Ticket Checked. Homestay Checked. Korean Won Checked. Luggage Checked. Ibu leave application Approved!

Total Checked luggages – 8 pieces with 98kg all together. Luckily Ajue Platinum Enrich member, so Alhamdullilah all kawtim.

Pagi tu, Ajue still kerja, sebab cuti pon ambik half day jer. Flight midnite. So, sempat la nak settlekan apa apa yang patut. Alang datang awal untuk bantu Ajue last minute packing bahan mentah frozen. Terharu sungguh dengan pertologan Alang, maklumlah, mak Ajue jaug kat Terengganu. Tapi mama datang awal jugak lah tolong Ecah packing barang barang dia seminggu sebelum fly. Shahril shoot ke Melaka ambik Anis. Ajue dan anak anak naik grab taxi Abang Azim, regular taxi KLIA kami sejak 12 tahun yang lalu.

Sampai KLIA, pergi wrap semua baggage dan tunggu kawan kawan Ecah yang lain sampai untuk check bag sekali. Tak perlu beratur panjang sebab Ajue dapat kaunter lain untuk urusan check in. Untuk kali ni, Ajue akan bawak 3 orang anak anak yang akan register kat Ewha nanti. Lea dan Icha.

Seperti biasa, kami berkumpul dekat KFC departure level untuk sesi makan makan sampailah tiba masa untuk boarding. Alhamdullilah, semua berjalan lancar, penuh dengan tangis sendu, peluk cium, selfies sana sini hehe. Anis lah yang paling sedih sekali hari tu. Yer la, tido sama satu katil sejak kecil, sampai masa kena berpisah bawa haluan masing masing, mana tak sedihnya. Adlan pon sama, ada kalanya dia menangis sungguh sungguh sebab memang terasa sangat kehilangan teman bergaduh, teman luahan perasaan, pakar rujuk nak pakai baju nak kuar dating, rambut style macam mana, semua dia akan refer Ecah. Lepas ni, dah kena decide sendiri semua benda 🙁

Adlan dan Ecah rapat sejak baby lagi, Adlan sangat protect adik adik dia terutama Ecah. Dan Ecah pulak, masa abang dia kena bully dekat sekolah, dia lah yang ‘belasah’ orang tu. Sebab tu lah dia dapat gelaran ‘adik garang’ . Ketika di tadika pulak, masa tu Ajue takde maid nak jaga Ecah, terpaksa masukkan Ecah sekali dengan Adlan dalam satu kelas. Yang bestnyer, Ecah punya result exam lagi bagus dari Adlan 😉

Bila ada Anis dan Afiq, barulah mereka renggang sikit. Adlan lagi rapat dengan Anis, Ecah dengan Afiq.. Sebab tu kalau Ajue nak bawak jalan, takleh bawak 4 4 , nanti boleh hysteria. So Adlan akan together dengan Anis (Japan) dan Ecah dengan Afiq (Hong Kong), tu kalau pergi bertiga jer la. Kalau ada family lain nak join baru boleh hangkut semua..

Ecah , Lea dan Icha dapat seat bertiga. Ajue sorang dekat row sebelah. Kami ambik upper deck. Sepanjang perjalanan, makan tidur jer sebab kami dijangka tiba awal pagi esoknya.

Kapa kapa to u Princess

Surprise birthday gift to Anis

Tahun ni, first time Anis akan menyambut birthday nya di Kolej, berjauhan dari keluarga. No dinner together, no cake, no birthday song.. 🙁

Tapi Ajue tak nak hampakan perasaan dia, jadi Ajue upah satu agent ni dekat Melaka untuk melakukan kejutan buat Anis.

Agent tu dah sampai gate, katanya nak hantar macam mana, So Ajue call la KYS. Since ini pertama kali Anis nak celebrate birthday kat tempat lain, so KYS bagi kelonggaran agar agent tu masuk sendiri dan deliver.

Lepas tu Anis kena panggil dengan staff KYS suruh datang dekat Admin. Cuak gak dia.. ingat apa laa salah dia.

Sekali dia masuk, terkejut nampak belon besar siap chocolate lagi. hehe Enjoy dear. hope u like it 😉

Anis pon ada wasap, nama dia naik untuk high table.. 😉 sempena birthday dia hari tu.

Cover Page

Ajue and Anis with Archery

Ada suatu hari tu, wartawan satu paper ni call nak interview Ajue berkenaan sports bersama anak anak. So, Ajue terus jer la bagi pasal aktiviti Ajue lakukan dengan Anis dengan Archery. hehe

So far, masa Adlan Tahun 6 pon wartawan ada interview dia. Lepas turn ecah pulak setahun selepas tu, now, its Anis’s turn.

So we wait pulak nanti kalau ada reporter nak interview Afiq pulak 😉

Cuti cuti Melaka dan KYS

Anis ada overnite weekend lama Ajue akan ambil peluang untuk hantar dia balik sendiri. Kalau weekend overnite yang biasa, selalunya Anis akan naik bas carta yang disediakan oleh GBS – Geng Bas Sekolah

Kebetulan tok pon ada di KL, Ajue ajak bercuti semalam dua di Melaka. Sempat pergi A famosa outlet dan Shell Out lagi. Kami stay dekat Mudzaffar Hotel, ambik suite room.

OTW nak ke Melaka, kami singgah kenduri kawen belah keluarga kakak Ajue. Lupa dah, siapa kawen.. tapi buat kat satu homestay ni cantk sangat.

Demo Mesin Kopi Arissto

Sesi bernasi dagang dan mengopi

Kebetulan BFF sekolah menengah Ajue ada datang bermalam kat rumah dengan kawan dia. Ajue invite sekali geng Trip Europe Summer’2014 datang sekali.

Pastu, geng sekolah rendah Ajue, merangkap financial advisor Ajue pon datang dengan wife dia untuk demo mesin kopi Arissto. Siap bawak nasi dagang Kinrara, pulut nyor, nasi lemak teganu lagi. Air? dah tentulah kita mengopi latte, cappucino, choco laaa.. gethu!

Tuan rumah sediakan pinggan mangkuk cawan dan air fryer pulut panggang jer 😉

Meriah rumah dengan geng geng teganu sembang… kaka

Ajue beli mesin, siap kawan Ajue CT dan kawan dia pon beli jugak. Well , actually bukan lah beli. tapi sewa mesin tu sebulan RM1 jer. Kita cuma beli kapsul dia jer. Ada pelbagai perisa dan jugak susu. Tapi sekarang Arissto dah ada perisa teh lagi. Cuma Ajue belum pernah try lah.

Kapsul dia tu, ikut berapa kita letak deposit. Kalau banyak deposit, maka murahlah harga kapsul. 4 bulan sekali order akan masuk dan auto generate hantar kat rumah kita. Ajue order 10 kotak sekali gus. 4 Coffeemilk, 4 Amico dan 2 Choco. Choco ni favorite Adlan la.. hari hari setiap pagi mintak dengan Ajue… nak choco……!

And, kalau kita dah taknak guna lagi, kita boleh serah balik dan dapat balik deposit tu. Nice kannn