The Rashid’s Family Day Endau-Rompin-Mersing

First time ever, kami adik beradik bergabung mengadakan Family Day ini.

Kita upload gambar dulu… story kejap lagi deh..

Part I

Plan nya dah lama, rasa nya dah 3 tahun kut. Asalnya Masa tu kenduri kawen adik dekat Kuantan, kami adik beradik berebut nak ratah ikan Krisi. Sedappp nyaaa. Ma goreng kunyit jer masa tu, tapi sebab makan berebut adik beradik kan. Tak cukup cukup dibuatnya. ikan ikan tu didatang khas dari Endau. Salah sorang adik kami yang duduk sana senang nak dapat ikan fresh. Besar besar pulak tu. So, sejak kenduri kawen tu, kami sembang dalam group, seronok kalau buat family Day ni. Maklumlah keluarga kami besar kalau digabungkan dengan ketiga tiganya. (Arwah abah kawen 3 {kut}!)

Maka terjadilah jugak Family Day kami yang pertama, walaupon tak semua dapat bersama, tapi ianya cukup meriah dan kami saling lebih mengenali keluarga metua, ipar duai masing masing. Kami bermula dengan trip ke Endau melalui LPT, exit Gambang. Adik kami, Nurul dan husband, kami panggil ustad telah mencari homestay dekat area rumah mereka. So, kami bertiga family dengan Mama stay sana 2 malam, sebelum sambung pulak ke resort Warisan untuk cuti cuti seterusnya. Layanan sangat tip top, tak termampu kami membalasnya ke akhir hayat kami.

Cikya sefamily gerak dulu sebab diorang ada hal, Ajue sekeluarga gerak dari Shah Alam. Zali dan Mama gerak dari Kerteh. Plan jumpa dekat gerai Udang Galah Mak Ngah lepas exit Gambang tu. Udang galah dia yaa ampunnnnn. sebesar rasa. Kami makan seramai tu baru rm300++. puas hati

Petang tu ada sukaneka untuk anak anak dan mak mak bapak bapak. Tok Ma dan Tok Puziah jer tak join sukaneka. Mereka jadi juri. 🙂 Budak budak sangat lah seronoknya… tapi kami tak mandi betul betul la sebab air nampak macam tak mengizinkan.

Malam tu lepas maghrib ada tahlil arwah sikit. Lepas tu sesi suvenir dari kakak kakak KL kepada adik adik Kuantan-Endau. Then off to dinner seafood pulak. Ya rabbi.. kenyang nyer.. banyak giler makanan. Ustad bawak bahan mentah suruh restoren tu masak kan. Murah nya laaa.. sedap sangat.

Esoknya, adik adik bawak pulak nasi dagang untuk breakfast. Mak aiii… sedapnya. Lepas tu pergi Pantai Lanun sebab anak anak nak mandi. Dan kami pon nak check out homestay dan check in Resort Warisan pulak. Best resort ni, owner sediakan kayak boleh sewa sekali dengan life jaket pusing tasik sekeliling chalet. Kami tak duduk chalet, sebab ada anak anak kecik, tak berani takut diorang terjun kang tak pasal pasal. Kat resort ni ada konsep apartment jugak. So kami amnik 3 bilik. Bilik Ajue dengan Cikya connecting. Senang nak berhubung. Zali jer dapat bilik tingkat bawah.

Tengahari lunch kat rumah Nurul. Tu diaaaa sebanyak banyak ketammmm. Sampai dua tray. Champion makan ketam ialah Ecah. Habis di ratah sampai sepit nya sekali. Semua makanan laut ni Nurul masak sendiri. Fresh lagi baru tangkap. Sedapnyaaaa……

Malam tu pulak, sesi BBQ dan Karaoke. Again… meriahhhh sangat. BBQ ni campur campur ada ayam, ikan segala jenis , udang, sotong, segala makanan laut lah pendek kata. Memang heaven la duduk Endau nih. Seafood murah dan segar dan besar pulak tu.

Esok pagi hari ketiganya, Cikya terpaksa bertolak awal sebab nak kejar balik awal, kak long ada exam katanya. Ajue dengan Zali konvoi cari breakfast pagi dan kami berpisah dekat simpang Gambang. Zali menghala ke Pantai Timur dan kami balik Shah Alam.

Suatu pengalaman yang takkan kami lupakan sepanjang hayat kami. Baik sangat keluarga adik adik Kuantan ni. Layanan terhadap kami kakak dan abang takkan dapat ditandingi. Walhal kami jarang jumpa pon, sembang pon dalam wasap group jer. Alhamdullilah sejak kematian Arwah abah, menyatukan kami adik beradik serta Ma dan Mama. Harapnya hubungan ni berpanjangan hingga ke anak cucu.. ni jer peninggalan arwah untuk kami. Arwah dah boleh tersenyum di sana. Terima kasih Aboh. Al – Fatihah.

About ajuerashid

Me.Myself.Kids. Love Travelling Running and Sports.
This entry was posted in ajuerashid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *