Our Vacation 2018

Camp outside out own house

Yeah, ini jer yang kami termampu lakukan. Nak bawak pergi trekking, camping atas gunung, hiking, ibu belum bersedia lagi. Lagipon yang excited nya, Anis jer. Anak anak lain tak appreciate sangat outdoor activities macam ni.

Alan ala ala indoor punya, Ecah control ayu. Afiq ikut mood. So, penyudahnya, kami setup khemah 2 bijik. Pasang kipas cooler. Tido dengan Anis jer. haha

Tapi sebelum tu, bab masak maggie yang paling syok. Siap macam girl guide camping pon ada. 2 kali pulak tu melayan maggie, Sambi sambil bercerita pasal luahan perasaan masing masing. Seronok jugak kan, aktiviti macam ni.

Cuma tempat ni open sikit. Kalau sekeliling ada pokok, maybe lagi comfortable kut, kan. Siap beli lagi 1 pack maggie sebab tak cukup. Makan pulak berebut rebut, lagi syokkkk.

Kena repeat lagi ni, tapi sure dah tak cukup korum nanti, kan 🙁

About ajuerashid

Me.Myself.Kids. Love Travelling Running and Sports.
This entry was posted in ajuerashid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *