Anis New Life Beginning

Kolej Yayasan Saad 2019-2023

Setelah UPSR diumumkan, Alhamdullilah Anis berjaya walaupon bukan straight A, tapi atleast takde C. Sekarang masa untuk menunggu keputusan MRSM, SBP, SMKA atau KYS.

Anis telah apply KYS, sampai ke peringkat RBS. Menduduki ujian bertulis SBP, apply jugak MRSM serta ujian kemasukan Sekolah Menengah Agama. Namun, sehingga minggu ketiga December, masih belum mendapat apa apa jawapan. Dan paling merisaukan Ajue, Anis pelajar pertukaran antara negeri. Dari sekolah rendah WPKL kepada Selangor sebab berpindah. Maka pendaftaran Anis dekat SMKTTDI tidak berjaya. Even dia UPKK straight 8A pon tak melepasi syarat kemasukan sekolah Agama.

Worse come, kena tunggu lepas 2 minggu sekolah buka baru boleh buat permohonan untuk ke sekolah menengah Selangor.

Suatu hari, masuk email dari Admin KYS. Berdebar nak bukak, tapi digagahi juga.. dan Alhamdullilah Anis ditawarkan untuk kemasukan Form 1 di KYS. Syukur Ya Allah. Dan kali ni, Ajue nekad untuk carikan dana walau apa cara sekalipon. Bagi Ajue, setiap anak ada rezeki masing masing. Dan bila Anis bagitau, dia solat hajat hanya sebut KYS. Takde sekolah lain dia nak, melainkan KYS semata mata. So, nampak sangat dia dah nekad dan bersungguh sungguh.

Maka pada 5 January 2019, bermula lah the new life journey for Sofea Anis sebagai pelajar KYS. Semoga menjadi pelajar cemerlang seimbang dunia dan akhirat, akhlak yang mulia serta berdedikasi budi pekerti yang tinggi. Aamiin..

Masa hari pendaftaran, setiap pelajar baru akan diassign seorang CS. Dan Anis dapat kakak Ariana dari F3. Cantikkanya laa budak ni, lemah lembut tapi sangat fluent Englishnya. Sampai Ajue yang tergagap bila bersembang dengan dia. Baik budi pekertinya. Dan kebetulan adik dia pon dapat KYS dan register hari yang sama. Tapi adik dia lelaki la.

Nakdijadikan citer, lepas dah beberapa bulan dekatKYS, baru Ajue dapat tahu, yang Ariana ni salah seorang pelajar cemerlang KYS terutama dalam English. Dia setiap tahun wakil KYS untuk WSC. Sampai ke USA!! Beliau juga mendapat scholarship pertukaran pelajar ke Melbourne. Dan kalau tahu Ox-Bridge Essay competition tu, yang Adlan pon terpilih ke peringkat final, Ariana merupakan Johan Keseluruhan dan mendapat hadiah berpuluh ribu ringgit. MasyaAllah… bijaknya budak ni. Kecil molep sebaya Anis jer.

Harapan Ajue, Anis dapat ikutlah jejak langkat kakak Ariana ni…insyaAllah…

About ajuerashid

Me.Myself.Kids. Love Travelling Running and Sports.
This entry was posted in ajuerashid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *