Tahun 6 Konvo dan HAC SKTTDI2

Anis konvo Tahun 6 serta Hari Anugerah Cemerlang SKTTDI2

Entry sebelum ni, Ecah konvo kali ni turn Anis pulak. Haah, Tahun 6 punya konvo. Masa zaman Adlan dan Ecah dulu, SK24 belum buat lagi majlis seumpama ini. Ada jamuan akhir tahun dan majlis penyampaian hadiah jer. So,kali ni first time Ajue nak merasa konvo anak habis sekolah rendah. Tahun depan apakah ada rezeki Afiq pulak konvo? Sama samalah kita nantikan yer. Sebabnya, hujung tahun 2018, kami akan berpindah balik ke Shah Alam. Rumah dah siap renovate. Ajue belum cari lagi sekolah untuk Afiq. Eh japp… Adlan nanti fly US, Ecah fly Korea, Anis kalau ada rezeki masuk boarding school. Dah tu, Ajue berdua jer dengan Afiq kat rumah??? mak aiiii , apa hal pi reno rumah bilik sorang satu.. penyudahnya tinggal berdua jer! 🙁

So, berbalik pada entry kali ni, Alhamdullilah Anis pon dapat anugerah, iaitu pelajar Nilam. Anugerah ni diberikan kepada pelajar yang paling banyak baca buku dalam tahun ni. Tahniah my princess!!

Semasa hari konvo ni jugak Anis terpilih antara 5 pelajar yang akan berucap di hadapan dalam 5 bahasa. Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Arab. Haaa jangan tak tahu, Anis fasih berbahasa Tamil tau!!. Dia berucap langsung tak tengok skrip. Cayalahhhhh Thats my girl! Video ada, tapi Ajue tak reti nak upload kat blog ni. just upload dekat IG dan FB jer.

Majlis disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Asrul. Teringat masa Ajue jadi YDP 2 tahun di SK24 dulu. Paling pening nak kena sediakan teks ucapan. Yer la, Ajue bukan nya reti nak spontan. Tak macam GB. Selamber jer public speaking. Ajue siap kena hafal dan praktis depan cermin lagi, haha

Oh ya, Afiq pon dapat sijil jugak. Team kalam syaabi yang berjaya menjadi Johan dalam beberapa pertandingan di sekitar KL. Syabasss anak anak ibu!

About ajuerashid

Me.Myself.Kids. Love Travelling Running and Sports.
This entry was posted in ajuerashid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *