Afiq goes to school

Brainy Bunch Islamic International Montessori, Cyberjaya

Alhamdullilah, setelah melalui pelbagai rintangan untuk memilih sekolah mana yang paling sesuai, akhirnya kami register kan Afiq dekat BBIM. Sehari sebelum sekolah bukak, kami pergi bawak Afiq untuk sesi briefing tentang sekolah ni, hala tuju pelajar pelajar nya serta kokurikulum yang di tawarkan. Menarik, memenuhi ciri ciri ilmiah serta syariah, terus buat deposit payment, beli baju skolah dan buku.

Basically, Afiq tak kan duduki exam UPSR, PT3 dan SPM. Dia akan di prep kan dengan IGCSE syllabus. Tapi untuk tahun ini, Afiq masuk dalam Upper Elementary dulu sebab dia takde asas pendidikan awal international school. So,setahun ni kiranya kelas peralihan la dari Sek Keb kerajaan kepada private international school.

Harapan Ajue agar Afiq suka dengan environment skolah ni, dan boleh adapt dengan apa yang di ajarkan. Dan, takkan ponteng skolah lagi. 🙁

Afiq ni lain sikit pemikiran dia compare dengan anak anak yang lain. Dia tak boleh fokus kalau dalam kelas yang ramai. Method pembelajaran sekolah harian kerajaan biasa dia kurang boleh ikut. Sebab tu dia banyak ponteng, sebab dia tak faham apa apa pon cikgu ajar kat depan. Tak sanggup nak dengar komen komen dari cikgu, sebab tahu bukan salah cikgu mahupon sekolah, it just that keupayaan diri Afiq yang tak boleh adapt dengan cara macam tu. Dengan konsep montessori serta di terapkan sekali dengan nilai nilai islamic, harapannya agar Afiq boleh berubah dan faham apa yang dia akan belajar nanti.

Cumanya, cabaran Ajue ialah jarak dari rumah ke sekolah. Afiq terpaksa bangun awal pagi sebab Ajue kena keluar rumah sebelum 7 pagi untuk elakkah jam teruk nak keluar dari Shah Alam ni. So, sepanjang 35km dia boleh tidor jer la dalam kereta. Lepas hantar Afiq, Ajue terus shoot masuk KL melalui MEX. Jam 8.15 pagi dah sampai pon client office dekat Chulan Tower tu. Balik keje kol 6 tepat Ajue kena gerak keluar dari KL terus ke Cyberjaya.

Just nice sampai BBIM, Afiq dah habis riadah. So, total travel sehari lebih kurang 140KM!! Inilah pengorbanan seorang ibu untuk anak anak nya…. 😉

About ajuerashid

Me.Myself.Kids. Love Travelling Running and Sports.
This entry was posted in ajuerashid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *