Intec Registration – Korean Preparatory

Alhamdullilah, pada 21 May yang lalu, Ecah dah selamat register Korean Preparatory Course di Intec Shah Alam.

Selain dari Intec, Ecah jugak dapat Matrikulasi Sains di Gopeng Perak. Dia tak nak belajar sains lagi dah. So let go jer. Then UPU result keluar, dia dapat Diploma Sains Matematik, again dia tak nak. Haishh. Jangan menyesal yer, tolak dua dua offer ni. Ibu taknak halfway nanti cakap susah la, itu la ini laa. No turning back, hokkay!

Actually kami tersalah pergi. Sebab masa Open day Intec bulan Mac lepas, Offer Letter tulis 14 May 2018. Jadinya, Ajue pon dah ambik cuti untuk settlekan Ecah. Adan dah register seminggu awal sebelom tu. Adlan kena tukar kolej. Kolej Damai dekat seksyen 25 Shah Alam. Jauh jugak la nak gi kelas. Tunggu bas saja dah 20 minit, perjalanan ke campus 20 minit. Masa terbuang macan tu jer. So Ajue terpaksa bagi Swift kat Adlan untuk kemudahan dia. Lagipon sekarang dah bulan puasa, kesian pulak nak kena jalan kaki jauh tunggu bas.

Okay, berbalik pada citer Ecah. Masa kami pergi 14 May tu, ada sorang lagi budak lelaki pon tersilap macam kami. Alang alang kami dah sampai dengan barang satu Exora nyer, pihak pengurusan Kolej membenarkan kami register asrama dulu. Alhamdullilah. Ecah dapat Kolej Akasia, dekat seksyen 18. Kalau dulu Adlan masih di Cemara, boleh la sama sama gi kelas. Tapi diorang dah lain lain asrama. Redha jer la.

Ecah dapat tingkat 2, so okay la. Takde lah penat nak mengangkut barang dan turun naik gi kelas nanti. Roomate masa hari tu belum tahu lagi. Masa register 21 MAy baru dapat roomate. Ada 4 pelajar dalam satu rumah. Sorang dari Terengganu, sorang Subang Jaya dan sorang lagi Kota Kemuning. Semuanya dekat dekat jer. Alahmdullilah semua sporting, dan parents masing masing semua peramah dan baik.

Mulanya Ecah nak mintak belikan kipas berdiri sebab tak tahan panas. haha. Tu laa sejak kecik dah terbiasa dengan aircond kan. Dapat bilik kipas siling, hambekk kau. Nangis nagis takleh tidur. Belum sempat ibu beli, roomate dia dah bawak dari rumah, so ok la, tak panas sangat. Housemate Ecah 3 orang ambik Korean Language. Sorang tu jer ambik Korean Engineering. Tapi nanti diorang akan fly sama sama jugak, insyaAllah February 2019.

Adlan banyak tolong Ajue settlekan Ecah ni. Untung ada abang dia dekat. Kalau tak jenuh gak Ajue nak ulang alik. Dengan Anis dan Afiq lagi kat rumah ni. Last week Adlan tolong hantarkan lauk untuk sahur. Beli untuk 4 orang terus. Sebab kesian diorang pompuan tak biasa lagi, asyik sahur maggie jer. Adlan dah biasa tahun lepas berpuasa kat Intec. Lagipon lelaki ni senamg, diorang lagi suka berbuka di Masjid. Sedap katanya. Terus Solat Teraweh sana, moreh dan baru balik bilik.

Well, selamat menempuh alam baru dalam pembelajaran. No play play, yer. This is what you want. Buktikan pada semua that you can do it, excellent way!

IMG_20180521_102853_457

IMG_20180521_100624_413

IMG_20180521_100624_411

IMG_20180521_100624_410

IMG_20180521_100624_409

IMG_20180521_100624_402

IMG_20180521_100624_399

IMG_20180519_135747_641

Ni hadiah ibu bagi. MacBook Air.

IMG_20180518_200401_352

Ni Adlan punya kunci rumah. Kolej Damai.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *