Korean Preparatory Course Convocation

Intec Convocation for Ecah

Alhamdullilah, setelah 2 semester di Intec, akhirnya tiba masa untuk majlis konvo Ecah. Korean Language ni ada 6 level. TOPIK 1 ada Level I dan Level 2. Manakala TOPIK II ada Level 3 sampai 6. Semasa di Intec, Ecah berjaya menamatkan TOPIK I iaitu Level 2. Nanti bila further dekat Korea, Ecah dan students lain akan sambung TOPIK II pulak. Untuk qualify degree requirement, at least kena Level 3.

Kedua dua semester semasa di Intec Ecah berjaya mendapat 4.00 flat, Alhamdullilah. Memang dia minat sangat dengan Korea(n). Semoga cita cita dan impian nya tercapai suatu hari nanti. Rasa kejap jer kan, baru jer tulis entry pasal Ecah di Intec. Dah graduate dah cekemek nih. Abang Adlan yang masuk Intec awal setahun pon belum konvo lagi. hehe. Sebabnya, ADTP ni ambil masa 2 tahun di Malaysia, nanti sampai US boleh buat 2 atau 3 tahun saja.

Ajue ambik cuti hari ni untuk meraikan Ecah. Kebetulan pulak Anis ada ujian kemasukan ke SBP di Sekolah Seri Puteri Cuberjaya. Terpaksa mintak bantuan kakak Ajue untuk hantar Anis exam. Bila dah selesai majlis, baru Ajue ke sana untuk ambik Anis balik.

Abang Adlan pon kebetulan masa tu ada test, habis jer test, dalam hujan yang tersangat lebatnya, dia datang basah kuyup meraikan adik kesayangan nya.. terharu sungguh. Dah la susah nak parking. Lepas konvo, singgah kedai gambar pulak untuk abadikan kenangan dalam frame 😉

Ajue sangat terhutang budi dengan Pengarah Intec masa tu, Dr Hajjah Ruzela yang banyak membantu anak anak Ajue semasa di Intec. Ajue kenal Kak Zela masa anak anak kami satu sekolah rendah di SK24 dulu. Beliau sangat baik dan berbudi dan berhemah tinggi. Kagum Ajue dengan mereka sekeluarga.

Oh ya, Ecah dapat pakai selempang sebab dia graduate dengan CGPA 4.00. Harap Adlan pon sama jugak nanti bulan April 2019. InsyaAllah.

So, lepas dah habis course di Intec ni, masa untuk preparation fly ke Korea pulak. InsyaAllah awal Mac 2019 nanti.

About ajuerashid

Me.Myself.Kids. Love Travelling Running and Sports.
This entry was posted in ajuerashid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *