LondonParisTrip : Geneva dan Montreux

 

 

20140519_142334 (1)

 

Salam all,

Entry kali ni agak berat sikit. Bukan apa, berat nak loading kut sebab banyak gambar gambar yang akan membuatkan anda semua teruja, tersentap, terkedu, terkesima, terpegun gethu.. percayalah!! (mood syok sendiri ngeee)

Actually ni tak termasuk dalam agenda LondonParisTrip. Tapi disebabkan Anne nak sangat pergi Switzerland. Nak ambik gambar golek golek atas bunga. Nak tengok gunung yang ada snow. Nak tengok Alps, katanya. Maka untuk memenuhi permintaan Anne, akhirnya kami tiba juga di bumi Switzerland iaitu bukan setakat Geneva, malah terus naik ke Montreux lagi.

Train kami dari Paris, Gare du Lyon jam 7 pagi direct ke Geneva. Kami terpaksa turun dari apartment seawal 5 pagi untuk catch train dari Paris Disney yang bermula beroperasi pada jam 5.30 pagi. Terus ke Gare Du Lyon dalam 45 minit jugak. Sampai jer kat Lyon, terus cari tempat nak simpan luggage kami sebab tak kan nak angkut semua ke Geneva, kan. Kami naik TGV Duplex sorang dalam 170Euro. Train ni double decker operated by TGV.  Oh ya sebelom terlupa since kami request taxi seawal pagi, driver tu caj 20Euro.

Locker untuk simpan barang ada dekat exit tunggu taxi. Satu hari 9.50 Euro. Memandangkan luggage kami banyak, so ambil 2 locker besar boleh muar 2 luggage yang saiz paling besar. Sempat jugak beli breakfast untuk makan dalam train kat cafe train station tu. Murah jer, dalam 14.75 Euro untuk 2 orang.

So, perjalanan dari Lyon ke Geneva mengambil masa kira kira 3 jam disajikan dengan keindahan pemandangan yang amat cantik. Bermula dengan rumah rumah kampung, lepas tu gunung ganang serta tasik yang paling cantik di dunia. MasyaAllah.. SubhanaAllah.. maha suci tuhan yang menjadikan sekelian alam. Dah lama jugak sebenarnya Ajue sendiri teringin nak travel by train macam ni. Dulu pernah la buat SummerTrip Italy dari Zurich ke Milan tapi tak secantik pemandangan trip kali nih. Tak sempat nak tidur pon sebab terpukau dengan keindahan sekeliling.

Sampai jer kat Geneva, terus cari Tourist Information sebab kami belum ada bilik lagi untuk stay malam tu. So kami pilih untuk stay dekat dengan area train jugak sebab esok senang nak balik semula ke Paris. Hotel kami stay tu berharga 150CHF untuk 2 orang. Siap ada breakfast kat bilik lagi… walllaaaa!!

Lepas check in, kami siap2 turun balik ke tempat tunggu bas. Bas kat Geneva FREE seab dah bundle sekali dengan sewa hotel. Bestt tak???? Of coz laaa

Kami naik bas menuju ke cable car untuk naik atas gunung. Staff kat tourist info tu cakap kalau naik cable car ni boleh tengok seluruh Geneva. Wow!! Actually yang menariknya disini, cable car ni dalam kawasan France. Tempat tu nama dia Saleve. Betul betul boarder dengan Swiss. Dan yang bestnya matawang dia dalam Euro. Fenin jap. Since kami ada duit swiss, so bayar pon ikut rate CHF la, iaitu 28.20CHF untuk 2 orang.

Pemandangan kat atas puncak cable car? Superb!!!! Tak percaya? jom tengok gambar.

20140519_142833

 

20140519_143043

 

20140519_143101

 

20140519_102730

 

20140519_115815

 

20140519_115825

 

20140519_134554

 

20140519_135121

 

20140519_135129

 

20140519_140101

 

20140519_140407

 

20140519_141919

 

20140519_142055

 

20140519_143224

 

20140519_150327

 

20140519_151751

 

20140519_142234

 

20140519_142253

 

IMG_20140519_070416

Oh ya , lupa nak bagitahu.. bilik tu takde toilet. Masa mula mula book, dia kata tolet at corridor. errrrk!! camaner tuh. Rupanya, shower jer ada dlm bilik. Kalau nak buang air kena keluar sebab dia share dengan guest lain. Ok laaa . Bukan jauh pon. Keluar bilik jer terus nampak toilet. dan lagi satu, nampak tak signboard menu minuman kat gambar atas tadi. Semua dalam Euro kan. Kami sempat beli air untuk hilangkan dahaga. Nak jadikan citer. masa tu Ajue hypo. Terus amik coke satu tin. Lega….

So, lepas turun dari cable car rasa macam tak puashati selagi tak jumpa gunung alps ada snow. Kami patah balik ke train station, masuk kat kaunter tu tanya. Kemanakah patutu kami pergi dalam masa yang setengah hari ni. untuk nak tengok alps dan bunga bunga yang cantik. Terus staff kat situ cakap better pergi Montreux. Sebab nak lagi cantik ada cuma takut tak sempat nak balik sebab train nak balik ke Geneva tak de sampai malam. Silap silap kena tido sana. So, taknak ambik risiko. kami terus ambik train return ke Montreux. Harga dia 58CHF seorang. Not bad la kan. So, Montreux here we come!!

20140519_175551

20140519_184716

20140519_184730

20140519_184826

20140519_184911

20140519_184948

20140519_185050

20140519_172404

20140519_172127

20140519_172248

20140519_165810

20140519_171851

20140519_161015

20140519_165516

20140519_151244

20140519_151459

20140519_151506

20140519_185119

20140519_185348

20140519_185416

20140519_185416

20140519_185502

20140519_185609

20140519_185045

 

Teruja tak???? Memang la kannn. Kami yang kat sana masa tu macam tak nak balik Paris. Nak stay sana sampai tua sampai pencen. Mlalah mood berangan serta simpan cita cita tu nak beli rumah kat Momtreux. Sebab tengok mostly couple tua tua pon happy jer kat sana. Tenang nya hidup diorang. Pakat dengan Anne, jom kumpul duit nak. Lepas pencen kita tinggal sini. Rumah kecik pon jadi la. Dalam hati kami tak henti henti ucapkan SubhanaAllah… cantiknya alam ini ciptaan tuhan. Alhamdullilah kami diberi peluang untuk sampai ke sini.

Tengah berjalan tu, perut agak bernunyi jadi kami singgah kat cafe situ order pizza mozarella. eh silap, bukan pizza tapi Pasta lasagna. Sedapp nyer cheese diaaaa. Sampai licin kami makan. tak mahal pon, dalam 29.50CHF jer

Actually tiket yang kami ambik boleh naik train suka hati kami waktu jam berapa. Dia ada last train sampai 10 malam kut. so, bila dah puas jalan jalan, kami ambik yang jam 6 petang. Sampai Geneva dalam 8.45 malam. Terus balik hotel untuk rehat.

Esokmya pulak, since train kami balik ke Paris daam jam 11 pagi. So sempat lagi pusing Geneva nak tengok Faountain tertinggi di dunia. Nasib kurang baik sebab semalam dia pasang. Hari nak balik tu tak on la pulak. So kami pusing tasik Geneva jer. Sambil nak ambik gambar dengan Broken Chair, trademark Geneva.

20140520_065617

20140520_084444

20140520_084650

20140520_084758

20140520_081918

20140520_081935

20140520_082045

20140520_082245

20140520_085622

20140520_085806

20140520_085841

20140520_090802

20140520_090821

20140520_082259

20140520_082407

20140520_095004

20140520_091140

20140520_091252

20140520_091405

20140520_091444

20140520_084942

20140520_085132

20140520_112318

20140520_095427

20140520_091651

20140520_091720

Camera 360

 

Okay… time to go back to Paris sudah. anne sempat lagi beli Cherry fresh kat situ. Oh ya Ajue terberkenan dengan jam swatch kat Geneva tu. Katanya boleh buat diving dan yang Ajue beli tu latest collection dia. Cantik tak???

Orait….sehingga berjumpa lagi dalam entry seterusnya. Paris dan Dubai on the way to Malaysia. Bye!!!

20140520_110710

20140520_111127

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *