Selamat Hari Guru!
Tema kali ni, Pencetus Kretiviti Penjana Innovasi. Selalunya sambutan Hari Guru yang sebenar ialah pada 16 May setiap tahun. Tapi tahun ni SK24 memilih tarikh 27 May sebagai sambutan hari Guru. Iaitu sehari sebelum cuti sekolah. Ok jugak, sebab kalau buat 16 May sudah tentu Ajue tak dapat bersama sama dengan semua guru kerana masih berada di London.
Mungkinkah ini sambutan terakhir Ajue bersama dengan SK24? hmmmm kita tungguuuuu.
kali ni Ajue tak sempat nak sediakan hamper sebagaimana tahun lepas. Jadi Ajue hanya mampu memberikan haidah RM1000 kepada BKGK untuk membeli apa apa saja kepada semua guru di SK24. Diharapkan semua guru sudi menerima sumbangan ikhlas Ajue yer. Maaf sekali lagi kerana kekurangan persedian dari pihak Ajue selaku wakil PIBG.
Oh ya, kek yang ada dalam gambar bawah ni adalah sumbangan PIBG. Tanda terima kasih kami kepada semua guru yang telah mngajar serta mendidik anak anak kami selama ini.
Mana taknya, sejak anak sulung Ajue lagi hinggalah anak bongsu Ajue semua bersekolah di SK24 ini. Terasa sekolah ni dah sebati dengan diri Ajue, dah jadi macam anak angkat Ajue semua pelajarnya. Malah setiap petang ramai pelajar yang tinggal di sekitar rumah Ajue datang ke rumah untuk main bola. Ajue sayang semua kamu yer. Kalau achik takde kat rumah sekalipon, datang jer main kay. Memang untuk anak anak SK24 jugak padang rumah Ajue tu. Tetiber sedih pulak bila buat entry ni. Sob sob….
Terima kasih semua guru SK24 , yang masih ada, atau yang dah meninggalkan sekolah kerana bertugas di tempat lain, terutamanya Sir Rosdi. Sir banyak mengajar anak anak Ajue pandai Matematik. Sehingga kini Adlan merupakan pelajar terbaik Matematik di Sekolah IQKL. Berkat usaha Sir tu! Sir jugak membawa nama Ajue dari Komuniti Tahun 6 kepada PIBG seterusnya memegang YDP. Thank you Sir!
Kepada anak anak SK24, hormatilah cikgu anda kerana banyak masa anda terluang dengan cikgu berbandng di rumah. Percayalah, bila melangkah keluar nanti, kalian akan rindu semua cikgu cikgu. Anak Ajue yang kedua pon selalu kalau ada aktiviti sekolah dia mula mula akan volunteer nak tolong. Dah memang serasi dengan kami sekeluarga sekolah ni.
Terima KAsih Cikgu SK24!!