Salam all,
Okay kali ni nak update pasal London Paris Trip AjueRashid Enterprise pulak. Trip ni dah lama plan bersama sama dengan kawan sekolah rendah dan menengah Ajue lagi. Since tahun lepas lagi rasanya. Dipendekkan cerita, masa Matta Fair bulan March lepas kami sama sama pergi untuk beli tiket flight. Alhamdullilah kami dapat yang terbaik. Naik Emirates, transit kat Dubai 1 malam cukup bagi kami untuk explore Dubai.
Dubai ni mudah jer, semua accessible by metro. Beli yang unlimited ride untuk 24 jam. Dari hujung station ke hujung satu lagi kami pergi. Oh ya lupa nak bagi tahu, kami stay kat Apartment Skyline area Rigga. Sebenarnya ada jer metro direct dari airport nak ke sini tapi masa mula mula sampai tu beg banyak. Semua kena amik sebab kami pilih stopover Dubai. So dengan bilangan beg yang banyak tak mampu kami naik Metro. Naik taxi dari Airport ke apartment hanya 34AED saja. Dekat sangat. Dan yang bestnyer, since kami ni ramai perempuan, kami dapat driver pon perempuan.
Sampai di apartment Skyline, kami checkin dan terus tido. Apartment ni harga dia 606AED untuk 2 bilik. Fully furnished. Kitchen pon full boleh masak memasak.Sudah tentu kami dah prepre dengan stok makanan di sini. Pagi esoknya, kami makan Nasi Lemak Brahim dengan Nasi goreng kampung, juga keluaran Brahims.
So, aktiviti pertama ialah pergi metro station untuk beli Kad Metro. seorang hanya 16 AED, valid 24 jam. Tempat pertama kami pergi ialah Emirates Mall. Besar sungguh mall ni. Sampai tak tercover semua tempat. Kat sini kami sempat pekena coffee latte kat Paul Cafe. Actually cafe ni dari France. Suka sangat Latte dia. Roti dia even keras tapi sedap. Cheese yang diberipon sedap. Semua sedap lah. yummiehh. Since anak CT masih baby, kami mintak soft meal, macam mashed potato gitu. Total 4 orang makan hanya 115 AED.
Ski Dubai pon ada kat sini. Tapi hanya Ajue dan Anne saja boleh masuk sebab CT ada baby dan baby not allowed kat dalam tu. Nak masuk dalam kalau ada MasterCard boleh dapat diskaun. Sorang dalam 120AED. Tapi kena ambik locker untuk simpan kasut dan beg. Locker tu dalam 25AED.
Lepas Emirates Mall kami proceed ke Marina Walk. Kat sini ada banyak yatch. Sangat cantik dan nyaman pemandangan. Cuma kami tak tahan suhu waktu tu. Rasanya dalam 40+ celcius kut. Berpinar pinar bijik mata. Tapi nak jugak bergambar kat situ, berlatarbelakangkan kapal kapal layar.
Kami masuk restoren Stefano nak makan pizza. At least boleh la rehatkan diri sambil lihat kapal.
Total makan kat situ murah jugak dalam 101 AED. Lepas tu kami naik bas yang ada link dengan metro jugak. Saja nak pusing area situ. Kami jugak tak lepas kan peluang untuk pergi ke Palm Jumeirah. Saja nak tengok rumah orang orang kaya kat situ. Di bina khas dalam kawasan guarded berbentuk Palm Tree. Setiap cabang atau dahan mempunyai berlainan jenis design rumah. Katanya David Becham pon ada satu rumah kat dalam tu. kai pergi naik taxi jer. Upah driver taxi tu untuk pusing masuk Palm Jumeirah. Kalau tak silap kami kena 46 AED masa tu.
Okay, Last stop kami ialah Dubai Mall. Kat sini kami solat, dinner serta lepak sampai malam. Sebab nak tengok fountain yang menari nari ikut irama lagu tu. Cantik sangatttt. Teruja dan kagum sungguh dengan kesenian ornag Dubai ni. Oh ya sebelom terlupa. bangunan tertinggi iaitu Burj Khalifa juga verdekatan dengan Dubai Mall ni. Kami boleh lihat dengan jelas semasa dalam metro. Tapi bila dah dekat, tak boleh ambik gambar pulak sebab tinggi sangat. Burj Khalifa ni belakang fountain tu.
Flight kami ke London jam 2 pagi. Lepas Dubai Mall kami balik semula ke Skyline Apartment untuk ambik luggage kami. Malam tu naik taxi MPV untuk ke Airport. Kena dalam 40 AED sebab dah malam kan. So, sampai airport, kami naik tingkat atas rasanya Departure Floor kut. Alhamdulillah dapat shower, solat semua kat situ. Dan yang paling best dapat minum latte lagi, Costa!! Oh mya Favourte drink.
Okaiesss.. jumpa lagi next entry. London!!













































