Kids at KPJ Damansara

Salam all readers,

Dah lama sangat Ajue tak update blog. Jadual pack sangat since last month. Hari ni baru sempat nak update dan InsyaAllah niat nak update semua at least 10 entries nih. Gigihkan diri serta kuatkan semangat yer AjueRashid.. hehe

Okay, pada 9 May lepas, Anis sakit perut dan demam panas. Pagi tu dah bagi makan ubat. Then Ajue keluar breakfast dengan kakak kat Seksyen 10. Tengah makan tu bibik call cakap Anis panas sangat. So terus balik rumah nak bawak pergi klinik. Nak jadikan cerita, hari tu hari Jumaat. Semua klinik kat Seksyen 24 ni tutup la plak sebab solat jumaat kan. Kalau tak silap dah dukung Anis pergi 3 klinik kut. Lama punya tunggu baru la sorang doktor perempuan sampai kat Klinik Medivron Seksyen 18. Doktor tu mintak maaf sebab lambat. Jalan sesak susah nak masuk Seksyen 18 sebab kereta banyak parking tengah jalan. So, okaylah.. Ajue faham.

Masa ambik temperature Anis dah 39 celcius. Tinggi sangat. Doktor buat surat refer pergi KPJ Selangor kat Seksyen 20 sebab bila tekan perut dia Anis kata sakit. Risau takut apendiks jer. Anis masa tu dah tak larat nak berjalan so Ajue dukung jer dia. Sampai kat KPJ terus bawak masuk kat A&E.

Hanya sorang jer nurse kut yang datang ambik suhu dan masuk ubat kat bontot. Lama jugak tunggu doktor datang. Katanya dokor pakar hanya datang kalau warded. Pelik jugak, habis saa nak tengok Anis nih?? Masalahnya kat KPJ Selangor semua ward dah full. Ajue kena cari hospital lain. Mak aiii. takkan kut ramai yang sakit. So mula lah episod calling2 semua hospital yag dekat. DEMC, SALAM, KPJ Kelang, Sime Darby semua FULL!! Astahgfirullah….

Yang ada cuma KPJ Damansara. Tempat Anis lahir. So diorang dah reservekan satu bilik untuk Anis. Ajue balik rumah kejap, siapkan pakaian dia sebab bajet nak kena warded dah ni. Tengah on the way sekolah Seksyen 24 call cakap Afiq pon demam panas sangat, suruh datang ambik bawak balik. Dugaan sungguh masa tu…

So, patah balik masuk sesyen 24 pergi ambik Afiq. Memang panas sangat. Nasib baik Ecah ada boleh tolong dukung Afiq.

Sampai KPJ Damansara terus letak kat wheel chair tolak pergi A&E. Alhamdullilah Anis dan turun temperature dia tapi Afiq lagi tinggi 39.9 celcius. Kat sini sangat cekap. Lagipon dua dua rekod Anis dan Afiq ada kat sini, so senang la nak trace history diorang. Doktor kat A&E pon cepat.

Dugaan lagi bagi kami sebab bilik yang Ajue nak tu dah ada yang ambik. Lagipon tu bilik single, sedangkan Ajue ada dua anak nak kena warded. Doktor cakap stay kat A&E jer senang ramai yang boleh monitor. So, kami lepak kat situ sampai suhu Afiq turun. Dah lembik sangat sangat dua dua nih. Mana tak, dengan demam panas nya, muntah sampai 6 7 kali sorang. Sakit perut lagi sebab tak makan. Sedih sangat tengok.

Teringat Ajue masa diorang masih baby lagi dah pernah terkena macam nih. Masa tu anis baru setahun lebih. Afiq 5 bulan kut. Sama jer sakitnya.. berak, muntah dan demam panas. Masuk ward pon dua dua sekali kat KPJ Damansara.

Kalau tak silap Ajue tunggu sampai jam 10 malam baru doktor kata boleh bawak balik. Lagipon ward full. Kalau tak full memang dah kena warded hari tu. Hairan pulak kenapa sebesar besar hospital katil semua full. Rupanya yang dimaksudkan full tu ialah ward kanak kanak yang mempunyai simpton sakit yang sama. Means diorang ni tak boleh bercampur dengan pesakit lain sebab dikhuatiri berjangkit. Betapa ramainya kanak kanak yang sakit macam ni masa tu. Ward lain ada, tapi ward orang dewasa. Dan takde yang boleh muatkan dua orang sekali. Oooo baru faham.

Alhamdullilah suhu dah turun harapnya tak naik lagi dah lepas nih. Oh ya, Anis siap buat stool test untuk check najis dia. Sebab dia berak berak banyak kali. Alhamdullilah jugak tiada virus berbahaya dikesan.

 

20140509_125853

20140509_132746

IMG-20140509-WA0039

 

IMG-20140509-WA0040

 

IMG-20140509-WA0041

 

IMG-20140509-WA0042

 

IMG-20140509-WA0045

 

IMG-20140509-WA0062

 

IMG-20140509-WA0064

 

IMG-20140509-WA0069

 

IMG-20140509-WA0071

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *