Road to Korea – Day Five

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Hari ni tinggal kami bertiga di homestay. Plannya nak gi Nami island. Ingat ingat lupa la pulak camaner nak pergi masa trip lepas. Terpaksa belek blog lama sini, tapi malangnya, hanya gambar takde tulis apaa.. aduhhhh rupanya Ajue just upload gambar tapi lupa nak tulis isinya. Ni kalau karangan surat kiriman sure dapat D 🙁

Ok, terpaksa lah cari jalan sendiri caner nak pergi. Kami naik subway, taxi, pastu ferry. haaa cam tu lah baru sampai Nami island.

Kat sini masih ada sikit la saki baki snow yang turun winter lepas. Wow kannnn!!

Kali ni Ajue rasa macam lain sangat dengan trip lepas. Maklumlah, dulu semua putih pemandangan, kali ni baru lah nampak rupa paras Nami ni camaner. Penat pusing, kami makan kat halal restoren kat situ. Lepas tu solat dengan surau yang disediakan. Ramai muslim datang Seoul, sampai disediakan ruang solat untuk kami di pulau ini.

Nami ni famous lepas citer Winter Sonata meletup kat Malaysia. Masa tu Ajue first time layan korea. Actor handsome Jun Sang dan actress dia Yu Jin. Diorang ponteng skolah datang Nami island ni. hehe

Balik dari Nami, masih awal lagi, jadi kami terus ke Myengdong untuk kesekian kalinya. 😉 Makan dekat Busan Jib lagi. Kak Long tapau face mask untuk jual kat Malaysia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *