Demo Mesin Kopi Arissto

Sesi bernasi dagang dan mengopi

Kebetulan BFF sekolah menengah Ajue ada datang bermalam kat rumah dengan kawan dia. Ajue invite sekali geng Trip Europe Summer’2014 datang sekali.

Pastu, geng sekolah rendah Ajue, merangkap financial advisor Ajue pon datang dengan wife dia untuk demo mesin kopi Arissto. Siap bawak nasi dagang Kinrara, pulut nyor, nasi lemak teganu lagi. Air? dah tentulah kita mengopi latte, cappucino, choco laaa.. gethu!

Tuan rumah sediakan pinggan mangkuk cawan dan air fryer pulut panggang jer 😉

Meriah rumah dengan geng geng teganu sembang… kaka

Ajue beli mesin, siap kawan Ajue CT dan kawan dia pon beli jugak. Well , actually bukan lah beli. tapi sewa mesin tu sebulan RM1 jer. Kita cuma beli kapsul dia jer. Ada pelbagai perisa dan jugak susu. Tapi sekarang Arissto dah ada perisa teh lagi. Cuma Ajue belum pernah try lah.

Kapsul dia tu, ikut berapa kita letak deposit. Kalau banyak deposit, maka murahlah harga kapsul. 4 bulan sekali order akan masuk dan auto generate hantar kat rumah kita. Ajue order 10 kotak sekali gus. 4 Coffeemilk, 4 Amico dan 2 Choco. Choco ni favorite Adlan la.. hari hari setiap pagi mintak dengan Ajue… nak choco……!

And, kalau kita dah taknak guna lagi, kita boleh serah balik dan dapat balik deposit tu. Nice kannn

About ajuerashid

Me.Myself.Kids. Love Travelling Running and Sports.
This entry was posted in ajuerashid. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *