Road to Korea 2019 – Registration Day 5 March 2019

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Ajue bangun awal pagi untuk sediakan sarapan sebelum bergerak ke agenda utama kedatangan kami ke bumi Seoul ni. Malam tadi sempat Ajue download Kakao T Apps untuk transport kami ke Ewha. Ambik Jumbo Taxi sebab luggage ada 9!. Dan seperti biasa, Ecah la yang paling banyak. Ajue pon tak tahu laaaa apa benda dia bawak sebenarnya. Pening nengok! Actualayy Adlan dan Anis pon perangai sama. Tak reti travel lite. Afiq sorang jer sempoi. Pergi camp 3 malam bawak bag pack jer..

Taxi tu actually sesat jalan, stress communicate dengan dia. Nasib baik laa simkad korea, kalau tak, mau bil Celcom ribu raban nak peta jalan ke homestay. Eh eh, boleh pulak dia lalu depan Ajue laju jerrr masuk lorong lain.. Ajue dengan skill marathon ni kejar taxi tu sampai nak termuntah!! errrkkkk

Dari homestay nak pergi Ewha cuma 22 minit jer, tapi barang banyak kan, terpaksa naik taxi. Tapi driver dia sangat baik dan berhati mulia. Even dah salah masuk gate uni pon, dia tetap melayan kami cari I House tu tempat nak mendaftar. Senang nak turunkan semua bag sekali harung. I House ni stands for International House untuk pelajar antarabangsa.

Alhamdullilah mereka berempat dan 2 pelajar lelaki Malaysia dapat satu level. Block diorang campur campur. Tapi sebilik of coz lah kaum sejenis. Ecah roomate dengan Icha, Khairyn dengan Lea. Mencabar jugak nak bukak kunci bilik, lol.. tak reti sebab high security sangat.

Dah settle unpack barang, kami tour sekita uni ni nak tengok apa ada, jenuh jugak la nak berjalan, berbukit bukau. Ada jugak citer korea yang buat film dekat uni ni. Cantikk tau!!. Tak percaya, sila google.. 😉

Maka terjawablah kenapa beg Ecah paling banyak. haaa korag tengoklah stok makanan dia. Macam nak duduk forever tak nak balik dah .. aduiiii!

Ok, untuk yang nak tahu apa Ecah buat kat sini, actually untuk belajar di Korea, kena ambik Language Course dulu, at least sampai Level 4 untuk layak apply degree. Lepas tu, bila dah dapat offer buat degree, kena habiskan sampai level 6 kalau boleh. Tapi ada jer tak sampai level 6. Cuma kalau nak sambung Masters, tak lepas la. Tapi kalau elajar tajaan JPA, dorang kena sambung bahasa setahun kat Korea sebelum masuk degree. So dortang akan habis bulan March 2020 sebelum dapat apply degree dan kena Level 5 atau 6. Itu syarat JPA.

Ecah dah buat sampai Level 2 di Malaysia, dan untuk pelajar foreign nak sambung Degree di Korea dan dapat tempat di Uni nanti serta biasiswa, kena buat atleast Level 3 di mana mana pusat bahasa di Korea ni sendiri. Kenapa Ewha? Haa, sebabnya, masa dekat Intec, lecturer diorang dari Ewha, buku buku pon keluaran pusat bahasa Ewha. So, alang alang dah belajar , better sambung dekat sini jer la, senang. Lagipon dapat recommendation dari Lecturer dorang tu. Tak de lah susah payah nak settle tu settle ni. Even visa belajar pon Intec yang uruskan. Cuma sampai bulan August jer la. 6 bulan dari sekarang.

Nanti, dalam bulan May/Jun lepas raya la, dorang dah kena start apply Uni mana untuk buat degree pulak, tak semestinya sambung dekat Ewha. Boleh jer.. kalau tak nak pindah rumah, depends apa dorang nak buat nanti la. Kalau tanya Ecah, dia nak International Business. Ajue tak kisah pon apa dia nak, janji gunalah peluang yang diberikan, bukan senang nak datang sini dengan duit belanjer sendiri nya. Dah habis almost RM50k untuk sampai ke tahap ni, ada lagi 6 bulan sebelum dapat biasiswa. Tapi Ajue yakin, Ecah boleh lakukannya, dia kat Intec pon kedua dua sem dapat 4.00flat, insyaAllah kalau betulkan niat dan cara. Allah kan ada.

Orait, Ajue tinggalkan dorang kat sini, biasakan diri dengan persekitaran baru, tapi at least ada 8 student dari Intec sama sama register ewha, so Ajue takde lah risau sangat. Dapat roommate pon sama sama. Lagi 3 hari Ajue datang balik sebab dorang ada Level Test nanti, so taknak ganggu. Hambekk kau, baru register dah kena test!! All the best kids!!!

Dorang ikut Ajue sampai Myengdong sebab Ajue nak bawak makan last sebelum tinggal.. mak mak wey… selagi Ajue disini. Lepas tu baru dorang naik subway balik Ewha sendiri 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *