Road to Korea 2019 – Day One

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Incheon welcome us with 1’C degrees. Sejuk la jugak.. maklumlah baru lepas habis winter. Lepas dah settle luggage semua, Ajue wasap dengan transporter yang Ajue dah arrange dari Malaysia lagi untuk hantar ke homestay. Oh ya, sini tak pakai Whatapps. Tapi diorang pakai Line.

Bila transporter tu nampak kitaorang dia terkejut. Sebab beg yang menimbun dan dia tak tahu nak susun camaner dalam van dia. errrk!

Sepanjang nak angkut luggage tu, dia membebel tak habis habis, siap mencarut lagi. Apahal pulak, Ajue dah booking 12 seater punya van. Kenapa dia datang van kecik. So bukan salah Ajue laa. apa daaa.

Tapi ok lah, not bad dia sumbat semua beg dapat masuk. yeay!!

Sampai kat homestay another challenging, homestay Ajue book ni, berbukit, dan sempit jalannya. Dia menyumpah nyumpah sebab susah nak parking..lagi sekali eerrkkk!!

Kali ni sambil angkut beg beg kami yang giler berat dan banyak ni, dia mencarut carut siap sepak sepak kaki lagi. Kalau korang pernah tengok citer korea yang orang dia tengah marah marah, haaa macam tu lahhhh giler takut. Last last tu, si Lea ni dengan selamber reply balik dalam bahasa korea.. haaaa hambekkkk kauuuu. kakkakakkaka

Dia marahhhh dan bengangg sebab rupanya budak budak ni faham kut apa dia membebel dari airport tadi 😉

Last last jadi baik.. hahhaha dia kagum dengan budak budak tu sebab boleh communicate well in korean 😉

Homestay ni actually check in pukul 3 petang, tapi kami dah tercongok kat situ kan. Nasib baik la guest sebelum kami tengah nak checkout pergi airport. jadi kami selamber masuk letak beg, pastu Ajue message dekat owner tu nak tumpang beg jer. Tapi kami tak masuk sampai bilik lagi la, just letak kat living area jer. Dia ok, dia reply, nanti dia datang nak cuci homestay dan tukar bedsheet, towel semua lah.

Okies, masa untuk cari makan!!. Jalan kaki ke Seoul station 5 minit jer. masuk kedai bakery jer, Ajue as usual nak latte laa. Lepas tu cari unlimited data simkad. Total 38,000 Won. ok lah not bad kan. Lepas dapat masuk homestay, unpack semua bahan mentah, frozen letak dalam peti. Then Ajue keluar dengan gegurls cari telur dan sedikit seafood. Aduhaii roda kedua dua beg Ajue pecah teruk. haishhh. Lepas unwrap plastik baru perasan. Nak claim dah terlepas, sebab Ajue dah keluar airport. Tawakal jer la claim kat airport Malaysia nanti.

Lepas solat magrib, kami keluar pergi Myeongdong. Nak cari facemask. LAst visit kat sini masa tu snow lebat jugak. Kali ni takde snow, nampak la clear jalan jalan nya.. haha.

Lobster bakar of coz laa. harus beli!. Ajue sempat restock Laneige Ajue terus kat sini. Lea ajak pergi Innisfree terbesar kat situ, siap ada cafe lagi kat tingkat atas. Laa ada ker?? punya lah tak tahu kan. Sib baik ada si Lea ni. Dia dah expert Seoul! Kalau korang datang sini, try la, cafe Innisfree ni, sedap tau!!

Dan seperti biasa akan jumpa ada 2 korean yang jual manisan tu, yang boleh cakap melayu. Siap panggil budak budak ni, tudung comey.. malu apa bossku?? kakkakakka

Ni mesti dah ada malaysia yang datang ajar dorang ayat ni kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *