FIS lunch and Selangor Pewter

Annual lunch and staff activity

Today ada company lunch dekat Marble 8, KLCC and staff workshop dekat Selangor Pewter. Food memang sangat marvellous, we all enjoy the activity untuk buat pewter. Apa yang kami buat boleh bawak balik as suvenirs 😉

Habis activity dah lewat petang dan hujan lebat pulak tu. Susahnya nak dapat grab untuk pergi LRT station. Ajue tak bawak kereta. Sebab dah agak, kalau Jumaat sure jammed giler nak kuar dari KL. Tambah lagi dengan hujan lebat macam ni.

So, dari Shah Alam terus naik LRT ke Marble 8, then tumpang kawan untuk ke Selangor Pewter.

Thank you FIS!!

Last day at ARB

Sejak re-join FIS, first assignment Ajue dapat ialah dekat HK, lepas tu, Manila. Then since 2016, Ajue dekat ARB Malaysia.

Thank you IT department Al-Rajhi bank yang banyak membantu Ajue dan memberi Ajue peluang mencurahkan kepakaran serta berkongsi pengetahuan dalam bidang banking ini.

So today, is the day.. biarlah gambar berbicara!

Anis and Archery

Preparation for her MSS Melaka

Well, Anis terpilih untuk wakil KYS dalam pemilihan atlit ke MSSM 2019 dalam acara Memanah. So, Ajue ada buat sedikit investment untuk dia training kat rumah setiap kali pulang overnite.

Target butt dan target face Ajue beli dekat LA Sports, Kepong. then, Ajue contact Cikgu Ali dari Kelab PDAC N9 untuk beli satu target stand. Tapi cikgu Ali sangat baik orang nya, beliau hanya bagi jer satu target stand yang dia dah tak guna dari kelab nya. Alhamdullilah. So, lepas sahur kut rasanya, Ajue pecut ke N9 untuk ambik bawak balik Shah Alam.

Train well princess!! Area tepi rumah Ajue boleh la shoot jarak 18m. Sesuai untuk indoor range nih.

Intec Convocation Day for ADTP

Adlan big day today – ADTP graduated!

Finally, after his 2 miserable years and hard time he spent at Intec, from early decision to SACE program, then changed to A Level UK, then finally ADTP!!, he officially graduated 😉

We plan, but God’s plan much more better than us.

Ajue ingat lagi, masa lepas SPM dulu, Adlan nak sangat buat Maths-related course. Tapi Ajue awal awal lagi prep dia untuk Physics and Astrophysics. Offer letter dah pon dapat under Glasgow International College. Tapi, apakan daya, biasiswa yang dijanjikan oleh kerajaan terdahulu terhapus begitu sahaja lepas kekalahan dorang dalam PH lepas.

Lagipon, Adlan agak kureng untuk buat course ni. So, adalah hikmahnya kan.

4 May 2019, tarikh keramat bagi Adlan. Hari yang dia nanti nantikan lepas menyaksikan Ecah konvo last year. Ecah masa ni dah selamat sampai Korea bagi menyambung kursus bahasanya disana. Sedih tak dapat meraikan bersama sepertimana dia mearaikan hari Ecah dulu, tapi Ecah telah cover dengan surprise convo present dia beli online delivered kat Adlan. Menangis Adlan terima hadiah dari Ecah. Begitulah sayangnya dia kat Ecah…

So, mula mula kami Adlan decide taknak membazir beli blazer bagai, sebab dia nak pakai baju melayu hitam jer. Tapi masa Ajue ke rumah Alang untuk pinjam baju, Ki mencadangkan untuk pakai black suit Ayoh Jay. Kebetulan mereka sama saiz. Jadi Ajue pon pinjam lah. Sorry yer Adlan, ibu tak sempat nak sediakan untuk Adlan, sebab masa dah suntuk. Slack pants jer labuh sikit Ajue kena jahit sendiri.

Alhamdullilah, Adlan dan housemate dia, Yusry datang untuk majlis diorang ni, cuma Irfan jer yang tak dapat datang. Lagipon Intec buat lepas dah habis belajar, dalam cuti Final Sem. Yang duduk jauh, agak susah kut nak datang, kan.

Ajue nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Puan Hajjah Ruzela selaku CEO Intec yang banyak membantu Adlan dan Ecah semasa di Intec. Banyak memberi semangat ketika Adlan tengah down dan hampir putus asa dengan ADTP nya.

there is NO shortcut for hard work that leads to effectiveness. You must stay disciplined because most of the works is behind the scenes. Making mistakes OR fails, doesn’t mean thats the end of the world

Sentiasa jadikan diri sebagai idola kepada adik adik ya! See you in States soon!!

Birthday Afiq

BBIM Teacher’s Day together with May baby birthday

Aunty Aisyah bagitau dalam group kelas, BBIM akan menyambut Hari Guru sekali dengan baby May celebration. Ajue pon volunteer nak masak spaghetti carbonara favourite Afiq. Lagipon birthday dia bulan May.

Haa, 3 periukkk kau!!. Haishh nampak gaya kena gi Korea lagi ni beli yang lagi besar. Kan??? 😉

Anis Afiq in Sports

BBIM and KYS Sports Day

Dua dua ni memang kaki lumba lari sejak sekolah rendah lagi. Masa dekat SKTTDI2 dulu setiap acara larian, memang akan dapat medal.

Kali ni, Afiq dapat 5 medals total. Anis so far marathon 5km, dan lumba lari jugak. Tak sia sia bawak diorang Marathon kat Disneyland Paris dulu 😉

Road to Korea – Last day, fly back to KL

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Last day in Seoul. But doesn’t mean last trip to here. For sure Ajue will come back again and again selagi Ecah ada sini. Lagipon Air Asia kan ada, boleh dapat cheap flight kalau kena dengan masanya.

I left her with big hugs and kisses, hope she will always in God’s hand, blessed and safe in her life here. Remember who you are. Datang di bumi korea bukan untuk enjoy. Tetapi untuk menimba ilmu serta mengejar cita cita. Buktikan pada dunia that you can do and you will success here.

Ibu tak selalunya dekat dengan anak anak, tapi hati dan doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan semua anak anak ibu

Have courage and be kind

~ Cinderella

Sampai di Incheon, Allah permudahkan urusan Ajue dengan Kak Long. Lepak masuk lounge sana untuk makan dan solat jamak. Ajue naik business sebab MAS upgrade, Kak Long dapat seat special.

Siap order steak dan Latte lagi, seat reclined dan terus ZZZZZZZ sampai KL.

Road to Korea – Day Eight

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Hari ni ajak Kak Long hantar Ecah balik Ewha. Sebab esok kami berdua nak balik dah. So taknak dia nanti susah nak balik Ewha pulak. Cuaca hari ni agak sejuk sikit. Ajue sempat masuk starbucks yang tertua , yang pertama dibuka di Seoul.

Ecah bawak makan bonoless chicken dan ikan bakar kat area Ewha ni. Dia kata dekat, tapi kami berdua dengan Kak Long dah rasa macam nak putus urat kaki jalan, tak sampai sampai lagi haaaa.. 🙂

OK lah, not bad ikan bakar dia, tapi sedap lagi yang dekat Busan Jib kut.

Tumpang solat kat bilik Ecah, alih alih, dia nak ikut balik homestay pulak. haha. LAgipon Ecah nak tolong Ajue packing bag ajue yang dah rosak wheel nya. Bayangkan caner Ajue nak usung 2 beg tu yer. haishhh. Tapi terpaksa jugak sebab Ajue nak claim bila sampai KL nanti. Pasrah jer laa

beg tu kami wrap balik dengan plastik yang guna wrappng dekat KLIA tu. Just beli salotape jer untuk bagi dia kemas.

Road to Korea – Day Seven

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Hari ni Ajue sorang pergi Ewha untuk jumpa anak anak kat sana. Nak sampaikan amanat serta pesanan dari parents diorang. Nak bertanya khabar life so far, dan ada apa apa pending items nak kena settlekan sebelum Ajue berangkat balik ke Malaysia 2 3 hari lagi.

Lepas sesi meluahkan perasaan serta pesanan penaja, kami pergi Hongdae. Lea nak bawak satu kedai ayam halal sedap kat sini. Sedap nyaaa…. tapi pedas la sikit. Price reasonable , not bad lah.

Malam ni Ecah ikut Ajue balik homestay sebab nak spent time sama sama.

Actually hari ni is International Woman’s Day. Ajue dapat hadiah bunga dari anak sulong Ajue, ya ampunnn, terharu nya…. tapi sayangnya Ajue takde kat Malaysia. Bunga tu dia order online. Thank you Adlan… ibu love you sooooo much !!

Road to Korea 2019 – Day Six

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Hari ni bawak Kak Long pergi Nandaemon lagi. Misi mencari senduk kayu dan brooch. Kat sini lah lubuk pelbagai jenis dan bentuk brooch yang selalu orang kita beli. Di sini Ajue post kedai yang Ajue beli. Baik tokey kedai ni. Brooch kedai dia boleh beli sikit sikit. Yang kedai lain dorang tak jual sikit, kena terus beli bundle. Kedai ni pon Ajue tahu masa last trip sebab tour guide tu yang bawakkan.

Kak Long beli banyak jugak untuk jual balik hehe. Dah boleh start business dah ni. 😉

Since, masih awal lagi, kami naik taxi pergi Lotte duty Free, 17000 Won, selama 45 minit jugak dari Seoul. Niat nak beli tshirt HRC, tapi alangkah hampanya sebab outlet HRC dah bungkus. Ada kedai lain pulak bukak. So, kami lepak jer la sini minum air. Nama kedai tu Just KPop. Setiap 7 malam, akan ada aris baru kpop akan buat show kat sini. Tapi kami tak stay la sampai malam, sebab jauh nak balik. ALgipon, balik naik subway sebab nak jimat.

Malam tu Ajue pergi Myengdong lagi, haha. Kali ni Ajue beli snickers Zara 2 dan 1 Pony. eerrkk!!