Road to Korea – Day Three

Ecah new life beginning – Ewha Womans University

Menu pagi ni: udang goreng berlado, Sambal bilis, Ayam masak pedas asam, nasi putih, nasi lemak

Agenda hari ni nak pergi Nandaemun market. Tujuan nak cari barang barang keperluan gegurls seperti pinggan mangkuk, sudu garfu bagai. Tapi tujuan disebaliknya ialah Ajue yang nak tambah koleksi periuk korea 😉

Lepas tu pusing area nandaemun ambik gambar acara wajib. Malam ke Myengdong lagi.. kali ni bawak kak long rasa lobster bakar.

Nandaemon ni masa first time pergi last trip, kami banyak borong periuk korea yang femes berwarna warni tu. Periuk ni cepat panas dan senang nak memasak, tak lekat sebab dalam dia non stick. Ringan pon satu hal. Ajue sempat tambah koleksi set yang dah sedia ada. Dan beli jugak extra untuk kiriman kawan di Malaysia hehe.

Kat sini pon ada Correlle dan Portmeirion. Tapi Ajue bukan peminat tegar kedua koleksi ni, jadi takat jamu mata jer lah. Tapi, mana tahu suatu hari nanti kan. Ibarat kata, kalau ada sales 50% Correlle dengan 50% tiket flght pergi Paris, Ajue pilih tiket flight lagi laa.. haaa gethu!!

Kakak Ajue 3 orang tu memang hantu kedua dua koleksi ni.

Dekat floor bawah sekali bangunan orange ni, gegurls beli blanket pulak, sebab tak bawak dari Malaysia. Ok lah, lembut dan ringan. Boleh pakai dua musim. Panas dan Sejuk. Checked!

Oh ya, Kak Long dan Shahril baru sampai pagi tadi. diorang datang lambat sebab flight ticket Kak Long lewat 2 hari dari Ajue. Ok la.. Kak Long datang semata mata nak tengok Ecah register Ewha ni. Thank you kak long 😉

Masa dekat Myengdong tu pertama kali jumpa dengan Khairyn dengan parents dia. Khairyn ni roommate Ecah masa dekat Intec. Selalu jer dengar nama dia Ecah citer , tapi berjumpa mata belum pernah lagi. Baiknya parents dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *