Road to Korea 2019 – the departure

Ecah new life beginning – Ewha Woman University

Visa Checked. Passport Checked. Flight Ticket Checked. Homestay Checked. Korean Won Checked. Luggage Checked. Ibu leave application Approved!

Total Checked luggages – 8 pieces with 98kg all together. Luckily Ajue Platinum Enrich member, so Alhamdullilah all kawtim.

Pagi tu, Ajue still kerja, sebab cuti pon ambik half day jer. Flight midnite. So, sempat la nak settlekan apa apa yang patut. Alang datang awal untuk bantu Ajue last minute packing bahan mentah frozen. Terharu sungguh dengan pertologan Alang, maklumlah, mak Ajue jaug kat Terengganu. Tapi mama datang awal jugak lah tolong Ecah packing barang barang dia seminggu sebelum fly. Shahril shoot ke Melaka ambik Anis. Ajue dan anak anak naik grab taxi Abang Azim, regular taxi KLIA kami sejak 12 tahun yang lalu.

Sampai KLIA, pergi wrap semua baggage dan tunggu kawan kawan Ecah yang lain sampai untuk check bag sekali. Tak perlu beratur panjang sebab Ajue dapat kaunter lain untuk urusan check in. Untuk kali ni, Ajue akan bawak 3 orang anak anak yang akan register kat Ewha nanti. Lea dan Icha.

Seperti biasa, kami berkumpul dekat KFC departure level untuk sesi makan makan sampailah tiba masa untuk boarding. Alhamdullilah, semua berjalan lancar, penuh dengan tangis sendu, peluk cium, selfies sana sini hehe. Anis lah yang paling sedih sekali hari tu. Yer la, tido sama satu katil sejak kecil, sampai masa kena berpisah bawa haluan masing masing, mana tak sedihnya. Adlan pon sama, ada kalanya dia menangis sungguh sungguh sebab memang terasa sangat kehilangan teman bergaduh, teman luahan perasaan, pakar rujuk nak pakai baju nak kuar dating, rambut style macam mana, semua dia akan refer Ecah. Lepas ni, dah kena decide sendiri semua benda 🙁

Adlan dan Ecah rapat sejak baby lagi, Adlan sangat protect adik adik dia terutama Ecah. Dan Ecah pulak, masa abang dia kena bully dekat sekolah, dia lah yang ‘belasah’ orang tu. Sebab tu lah dia dapat gelaran ‘adik garang’ . Ketika di tadika pulak, masa tu Ajue takde maid nak jaga Ecah, terpaksa masukkan Ecah sekali dengan Adlan dalam satu kelas. Yang bestnyer, Ecah punya result exam lagi bagus dari Adlan 😉

Bila ada Anis dan Afiq, barulah mereka renggang sikit. Adlan lagi rapat dengan Anis, Ecah dengan Afiq.. Sebab tu kalau Ajue nak bawak jalan, takleh bawak 4 4 , nanti boleh hysteria. So Adlan akan together dengan Anis (Japan) dan Ecah dengan Afiq (Hong Kong), tu kalau pergi bertiga jer la. Kalau ada family lain nak join baru boleh hangkut semua..

Ecah , Lea dan Icha dapat seat bertiga. Ajue sorang dekat row sebelah. Kami ambik upper deck. Sepanjang perjalanan, makan tidur jer sebab kami dijangka tiba awal pagi esoknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *