Bisness sharing sepanjang Ramadhan

Actually dah lama tulis entry ni tapi baru nak publish hari nih.

Ni kali pertama Ajue berbisness dalam bulan Ramadhan. Mula mula suspen gak sebab tak tahu kan camaner.. Yer la, kalau kerja dulu tahu la apa nak dibuat. Masuk awal pagi pastu boleh balik awal , janji cukup waktu bekerja. Pastu waktu lunch gi KLCC beli baju raya anak anak sebab ofis Ajue jalan kaki jer ke situ.

So, bulan Ramadhan nih Ajue lebih banyak travel luar KL. Ada yang bermalam dan ada yang day trip jer. Dari Utara, ke Selatan pastu ke Timur. Semua kerana membantu rakan kongsi untuk mengembangkan network mereka.

Tak kurang jugak bantu rakan kongsi baru buat demo tentang produk Premium Beautiful kat ofis. Semua nak bagi penerangan betapa bagusnya corset ni untuk wanita, juga untuk kelihatan cantik di hari raya. Pendek kata, rezeki bisness bulan puasa berganda ganda dan terbuka luas kepada sesiapa yang tahu memanfaatkannya.

Kami GLG team amat amat beruntung sebab kami mempunyai mentor yang cukup dedicated dengan rakan kongsinya. Ilmu yang dicurahkan tak pernah putus dan pernah langsung berkira dengan sesiapa sahaja. Susah nak cari sesorang yang komited dengan apa yang diusahakannya dan sama sama ingin maju bersama rakan kongsinya, iaitu CDM Hanis Haizi.

Tapi dalam masa kita mencari rezeki janganlah kita lupa membuat amal ibadat pada malamnya pulak kan. Terutama 10 malam terakhir Ramadhan. Sana sini ada qiamulail kat masjid mahupon buat sendiri. Ajue sempat bersama sama dengan anak anak dan suami berqiamulail di masjid negeri Shah Alam dan esoknya kuliah subuh ustaz Azhar.

Dalam bisness kita mestilah ada konsep DUIT iaitu Doa Usaha Istiqamah dan Tawakal. Usaha tanpa memohon doa tak sempurna apatah lagi kalau tam tawakal. Tapi mestilah dilakukan secara istiqamah, barulah boleh hasil yang diinginkan. Namun kita harus ingat, semua yang berlaku itu ketentuan Allah jua. Dan kita kenalah terima setiap yang ditakdirkan itu dengan hati terbuka dan redha.

Bagi Ajue, bisness ini bisness Ajue. Walau apa pon yang terjadi Ajue tetap akan teruskan. Cepat atau lambat bukan ukuran, janji usaha berterusan dan tabah hadapi dugaan. Semkga Allah memberi RahmatNya serta memudahkan perjalanan bisnes Ajue ini. Ameen.InsyaAllah

Posted via DraftCraft app

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *