Misi ke Pantai Timur pulak

Alhamdullilah dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. So, tingkatkanlah amalan ibadat kita semoga mendapat manfaat malam lailatul qadar..

Baru jer habis kelas ilmu tadi. Banyak yang dipelajari. Mesti tertanya tanya, kenapalah malam malam begini masih pergi kelas. Yer la, kita disarankan menuntut ilmu sampai ke negeri China. So tak kira lah jam berapa sekalipon, kalau dah ada peluang eloklah diisikan dengan majlis ilmu. Itu dikira ibadat jugak kan. Then boleh tidor sekejap dan bangun untuk qiamulail 10 malam terakhir semoga mendapat ganjaran pahala lagi.

Esok bermula misi ke pantai timur untuk bantu rakan kongsi Ajue kat sana dalam bisness Premium Beautiful nih. Kali nih dikuatkan lagi dengan kehadiran leader terulung kami iaitu CDM Hanis Haizi yang akan sama sama turun padang . Inilah yang membuatkan Ajue happy dengan bisness nih, keyakinan bertambah dalam dan semangat bertambah kuat sebab leader sedia membantu memberi tunjuk ajar kepada kami setiap masa. Kalau Ajue tak dapat personal coach macam nih, maybe Ajue dah lama berhenti kut atau takde semangat nak teruskan bisness. Tapi Hanis penguat semangat Ajue serta team Ajue.

Ajue ingat lagi masa mula mula keja kat Orga dulu. Baru jer masuk kerja kut masa tu tapi dipersonal coach oleh supervisor iaitu Shiva sampai time makan pon cakap pasal kerja, siap guna serviette untuk lukis diagram masa tengah makan. Pelik juga masa tu naper Ajue sorang jer yang kena walhal masa tu ada dua orang lagi sama sama baru masuk kerja macam Ajue tapi diorang tak kena macam Ajue kena. Bayangkan, antara kami bertiga yang baru masuk, hanya Ajue yang takde background Telco. Tapi macam macam Ajue kena buat. Hari hari balik kol 12 malam sebab nak siapkan task dan belajar banyak benda. Orang lain takde pon diberi task yang berat tapi Ajue kena pikul task macam dah takde orang lain nak buat kerja. Pressure giler rasa masa tuh, tapi Ajue sahut cabaran kerja dengan hati terbuka. Pernah Ajue tanya Shiva kenapa Ajue kena buat semua sedangkan yang lain lain tak perlu tahu pon pasal projek. Then Shiva cakap, “if I knew you cannot do it, I wont throw everything into your plate”. Then, Sejak dari itu Ajue nekad nak pick up Ilmu Telco cepat cepat, so that Ajue boleh handle task yang lebih besar dan mencabar. Maka bermulalah tanggungjawab sampai ke Brazil, German dan Serbia.
Dah lebih empat tahun kat Orga, dah banyak kali kena assignment oversea, suatu hari Ajue terpanggil untuk tak nak travel lagi dah. Unless travel pergi vacation dengan family oklaaa. Sebabnyer, Ajue rasa dah sampai masa kut untuk jaga anak sendiri. Sebab sebelum tuh semua atas tanggungjawab maid Ajue. Rasa tak lengkap sifat keibuan kat situ, timbul rasa terkilan sebab jarang dapat tengok anak besar depan mata. Sebab tu Ajue nekad nak stop travel dan kerja kat office jer. Sampai la dipertemukan jodoh dengan Hai O nih, asalnya nak buat part time tapi bila dah lama, rasa nak teruskan dengan full time la pulak.

Dah seronok kan bisness, duit side income masyuuukkk jer, fokus pon hilang kat tempat kerja. Masa tu office pon dah tahu Ajue buat bisness so Ajue diberi kata dua, nak bisness ker nak kerja. Hmmmm mintak maaf Shiva, Ajue pilih bisness sebab Ajue rasa dah cukup kut pengorbanan Ajue untuk company. Dan Ajue nak kerja keras dalam bisness supaya capai target dan impian Ajue nak dekatkan diri dengan anak anak. Ajue pilih bisness sebab keluarga, sebab anak anak. Nak freedom time. Harap company faham keputusan Ajue. Bisness ni tak lama pon, bagi masa dua hingga tiga tahun kita dah boleh freedom time. Ada orang buat tak sampai setahun pon, tak kisah la kan, janji kita buat. Daripada tak buat, langsung tak dapat, betul tak? Lambat ker cepat ker, itu tak penting. Janji buat!

Dan sekarang, dalam bisness pon, ada personal coach jugak. Tapi tak sama dengan apa yang Ajue terima masa kerja office dulu. Dalam bisness makan banyak dan makin gigih kita buat, hasilnya berganda, berkadar terus dengan usaha. Tapi kalau makan gaji, walau sekuatmana , walau sesibuk mana kita luangkan masa kat company, gaji tetap sama. Cuma bonus hujung tahun yang membezakan. So, terpulanglah kepada individu untuk menilaikannya. Tapi bagi Ajue, kalau dulu Ajue boleh kerja sampai tak balik rumah apalah sangat kalau luangkan masa cari rezeki bisness sampai tengah malam, janji balik jugak kan. Kita kan kena kerja seolah olah nak hidup seribuntahun lagi dan beribadat seolah olah mati esok hari.

Kalau last week misi ke Utara dan Selatan, hari ni ke Timur pulak. Seronok sebenarnya bisness nih, dapat ramai kawan baru dan pengalaman yang lain daripada masa kerja dulu. Sesuai dengan jiwa Ajue kut yang tak suka duduk diam, ada jer benda nak dibuat. Dan setiap perbuatan itu lambat laun akan dibalas dengan hasil yang berlipat ganda. Itu yang best.

So, oklah, dah penat berleter. Sekarang tengah tunggu nak boarding. Nanti Ajue update lagi yer. Tunggu….

By the way, kalau ada sesiapa kat Kelantan yang nak tahu macamna nak generate income pertama sehingga RM8000, boleh inbox Ajue kay. Boleh cover duit yang dah habis buat raya tuh tau.:-)

20120809-092334.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *