Minggu pertama raya 2012

Alhamdullilah dah hampir seminggu kita beraya kan. Kejap jer rasa. Tahun ni turn Ajue beraya belah hubby kat KL. Sebab last year dah beraya kat Terengganu. Tapi tahun nih, Ajue ambik kesempatan jugak balik kampung untuk bersama sama dengan sedara mara kat sana. Lagipon ada gathering dengan kawan sekolah menengah dulu. Dan yang penting jugak Ajue nak melawat pakcik Ajue yang kena strok beberapa hari sebelum nak raya.

Ni gambar pertama Ajue ambik di pagi raya. Siap ada otang comment cakap macam ucapan dari perantauan pulak.. Kikiki.. Hentam jer la kan, janji Ajue suka.

Lepas tu bergerak ke rumah makcik Ajue kat Shah Alam sebelum ke rumah mak mentua kat Bukit Jelutong.

Belah Shahril ramai budak budak, dari baby sampai lah yang paling besar sekali umur 17 tahun. Tahun nih meriah sebab kami konvoi kereta ramai ramai pergi beraya. Semua pakat pakat pergi beraya sama sama. Kalau tertinggal kat belakang cepat cepat calling sebab abang ipar Ajue nih orang Melaka, tak familiar sangat dengan jalan kat KL. satu hari sampai 8 rumah kami pergi. Budak budak suka naik kete Ajue sebab boleh tengok movie pastu boleh tukar tukar citer gossip budak budak hal skolah masing masing. Seronok pulak dengan diorang bercerita. Teringat masa Ajue kecik kecik dulu pon macam nih jugak. Kami sepupu rapat la jugak tapi bile besar masing masing buat hal sendiri. Ajue harap anak anak Ajue akan kekal rapat dengan sepupu mereka bila dah besar nanti. InsyaAllah…

Ajue suka layan budak budak.. Sebab kita boleh selami hati mereka.. Bawak sembang sembang kadang kadang terkeluar isi hati mereka. Yang penting mereka happy.

Masa beraya kat belah husband Ajue, ada yang tahu Ajue berbisnes. Bukan setakat Premium Beautiful, malah Ajuerashid Enterprise pon dah ada yang tahu. Alhamdulilah. Hasil usaha Ajue sendiri sikit sikit dah diterima orang. Ramai permintaan pakej menanti selepas nih. InsyaAllah akan Ajue laksanakan sebaik mungkin.

Raya ketiga Ajue balik kampung kat Terengganu pulak. Entahlah, balik kali nih tak meriah tahun tahun sebelum nih. Agaknya dah tak ramai budak budak kut. Sepupu dah besar besar, bawak hal masing masing. Dah tak de kereta konvoi macam dulu dulu. Tak tahulah hanya Ajue yang berperasaan macam nih tapi sampai hari nih Ajue sedikit terkilan raya kat kampung dah tak macam dulu lagi..

Mungkin jugak lumrah kehidupan manusia kan, hidup ini ibarat putaran roda. Kadang kadang kita kat atas, dan ada masanya kita dibawah. Tapi tak semestinya kita boleh menindas dan menganiaya orang bila kita di atas. Ada hukum karma. Kita buat kat orang satu hari nanti saper tahu terkena kat kita balik. Nauzubillah..

Tapi Ajue bersyukur masih mempunyai nenek yang masih hidup, walaupon dah berusia 80-an tapi dia masih ingat Ajue lagi.

Ajue sempat jumpa Siti, kawan baik Ajue masa skolah menengah dulu. Sekarang Siti dah jadi tokey farmasi. Husband dia doktor pakar bius kat hospital besar terengganu. Suka tengok family Siti. Bahagia. Siti goreng mee untuk Ajue sekeluarga, besttt.. Thanks Siti, walaupon tengah preknen, melayan anak anak Ajue masa Raya.

Orait, malam nih nak settle apa apa yang pending supaya kerja tak tertangguh lagi. Letih jugak takde maid nih, tapi sekurang kurangnya merapatkan hubungan dengan anak anak. Ajue lebih rapat dan kerap berinteraksi dengan anak anak berbanding dulu. Seronok pulak tengok karenah anak anak, kadang kadang boleh terubat hati yang terluka. Masing masing ada perangai sendiri. Syukur atas kurniaan Allah. Walaupon berbeza perangai, Ajue tak nak bezakan mereka. Masing masing ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Mereka mempunyai hak untuk memilih apa mereka nak jadi, tapi kita sebagai ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi dan membantu mereka agar tak tersesat.

Suka tengok cara leader Ajue iaitu CDM Hanis Haizi dan Kak Ana didik anak anak mereka. Walaupon dah bergelar jutawan, tetap merendah diri. Langsung tak nampak keegoan mereka. Jauh sekali nak bermegah dengan kekayaan mereka. Malah sanggup turun padang membantu rakan kongsi capai apa yang telah mereka perolehi. Untungnya mempunyai mentor seperti mereka kan. Ajue bersyukur berada di bawah pimpinan mereka.

Malam nih dinner kat luar, sajer nak rasa angin luar rumah.. Hehe

Menu tomyam favorite anak sulong Ajue. Yer la, weekend nih dah nak kena hantar balik asrama dah, so layan jer la apa dia nak kan. Janji anak anak happy dan sayang antara satu sama lain. Harap harap mereka saling bantu membantu dan sayang antara satu sama lain dari kecik sampai mereka besar nanti, insyaAllah.

Posted via DraftCraft app

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *