Zurich Day Two

Alhamdullilah, kami masih lagi di bumi Zurich. Walaupon telah melalui pelbagai rintangan, tapi kami mampu untuk menghadapinya.

20120603-052020.jpg

Pertamanya, kami dikejutkan dengan tiket train yang tersalah tarikh!! Sepatutnya kami ke Milan hari ni, 3 June. Tapi tiket train kami bertarikh 2 June. Hohoho terus lepas breakfast bergegas ke station central untuk tukar tiket. Tapi malangnya tiket tu dah tak boleh tukar, so terpaksalah beli baru. Huhuhu dengan harga serendah double dari tiket asal.!

20120603-052123.jpg

Lepas tu pergi kat Tourist Service nak carik tiket ke Alps. Kebetulan pulak terjumpa dengan satu couple dari Malaysia. Dia kerja dengan Petronas Melaka. Datang sini bercuti seminggu dengan wife dia. Dia advise better pergi Old Town dan pergi sendiri ke top of Zurich dengan naik tram.

20120603-052213.jpg

So kami pon board train jam 9.34 pagi menuju ke Uetliberg. Sejukkkkk sangat. Ramai penduduk Zurich datang sini weekend bawak anak anak riadah.. Bestnye kehidupan mereka kan. Tak kira tua atau muda mereka menghabiskan masa dengan family jer… Terasa indahnyer dunia mereka. Dah la hidup mewah, banyak duit, family time pon ada. Bila la agaknyer Malaysia nak jadi macam negara diorang ek. InsyaAllah Ajue memang sekarang bersungguh sungguh usaha untuk merubah kehidupan keluarga, harap mendapat Freedom Time dan Freedom Money before age 40 nanti. Ni yang semangat terus berapi api berbisness nih.

20120603-052917.jpg

20120603-052944.jpg

Sampai puncak gunung, kami lepak kejap sebab nak ambik gambar. Ajue banyak guna Note untuk ambik gambar tapi nak masuk blog nih, just pilih yang Tertentu jer nak upload thru ipad nih. Sebab susah nak transfer.. Harap teruja yer.. Hahaha

20120603-053130.jpg

Yang sesuai tak gambar ni buat profile picture??…

20120603-053236.jpg

Orait, dalam jam 11 pagi kami turun pulak untuk ke Old Town, nak cari suvenirs dan tangkap gambar lagi.. Hehehhe

20120603-053341.jpg

Teringat Zul yang kami jumpa pagi tadi cakap. Dari central station terusjer ke satu bridge, cross bridge tu terus masuk Old Town. So, kami pon berjalan kaki ke sana. Dalam perjalanan sempat snap few photo, tapi rasa yang nih Ajue paling suka.. Hehehhee

20120603-053543.jpg

Penat ‘shopping’ kami pon berhenti kejap untuk lunch. Terjumpa dengan Lebanese Restaurant, so apalagi… Ngap laaa hehehehe

20120603-053713.jpg

Dah kenyang, kami pon bergerak naik tram untuk pusing satu Zurich. Semua branded kedai kami masuk. Prada, Longchamp, Bally, Omega, dan lain lain lah.. Sumer ada kat sini. Cuma, ongkos jer kurang ada kkekekekee. Ajue berazam nak merealisasikan impian shopping kat Paris London nanti pakej Hai O, nak bawak duit shopping banyak banyak. Yes, I can do it!

Last stop kami ke lake Zurich. Ni sajer nak habiskan masa sebab kaki dah penat jalan kan. Oh ya lupa nak bagitau, kami tak pergi Alps sebab kesuntukan masa. Lagipon, hati nih nak ke Milan pulak, then ambik kereta sewa drive naik Italian Alps… So better pergi alps kat italy la kut… Anyway, masa kat Lake Zurich, ada teropong nak tengok Swiss Alps. Cantikkk sangat alps dia.. Sentiasa diliputi salji sepanjang tahun.

20120603-054359.jpg

Orait. Habis part Zurich, nanti Ajue update lagi masa dalam train nak ke Milan yer. Sekarang baru jam 5.40 pagi. Dah solat subuh tadi jam 4 pagi, terus mata cerah nak update blog. Kat luar pon cerah jugak… Padahal still awal pagi. Nak tengok? Jap eh… Nak snap satu gambar kat luar.

20120603-054709.jpg

Bayangkan… Dengan kicauan burung di pagi hari, matahari yang main sorok sorok dengan menampakkan dirinya, langit biru berselang awan putih serta hembusan angin yang sejukkkk sangat di waktu ini… Alangkah indahnyer.!! InsyaAllah satu hati nanti ajue nak ke sini lagi bawak anak anak pulak. Ameen…

Lupa pulak nak upload gift untuk team bisness premium beautiful Ajue, iaitu Beautiful Galaxy Team. Ajue ada beli satu hadiah, untuk rakan kongsi pertama yang berjaya membawa masuk seorang new bisness partner bulan nih… Cepaattt saperkah yang bertuah itu? Mari kita sama sama kita tungguuuu..
Enjoyssss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *