Previous entry continue

Orait, sekarang dah boarding dan dah dalam flight ke Zurich. Perjalanan selama 6 jam 45 minit. Apa nak buat ek? Oh btw, tadi masa kat airport Muscat, sempat tukar duit Oman riyal sikit sebab semata mata nak minum latte kat Costa. Hehehe

Rate tukar tadi untuk RM35 dapat R.O 3.8. Jangan tanyer Ajue apa benda tu sebab Ajue pon tak faham. Ekekkekeeke. Sampai kat Costa tengok harga latte 1.500. So mula mula order 2 sebab agak agak la kan, sure dalam RO3.00 kut. Tapi ada pulak tiga keping note RO100. Musykil betul la dengan note Oman nih, dah la tak faham. Pastu tanya casher kat situ dia cakap tu hundred. So siap tambah satu lagi latte. Budak tu siap gelak lagi kat kitaorang. Pastu pergilah kat tempat suvenir sebab ingatkan ada banyak lagi duit kan, sekali masa nak bayar, rupanya note 100 tu sama dengan 10 sen… LoL! Buat lawak tul laaa… Dah tu latte tadi kira camaner? Sah sah casher tadi yg tolong top up kan… Patulah dia gelak kat kitaorang.. Kekekeke

Oh ya lupa nak bagitau. Masa landing tadi tengok kat info screen tulis suhu kat luar 44’C…. Huhuhu memang terasa sangat bahangnya masa naik bas nak ke air craft tadi…

20120601-151652.jpg

Orait, sekarang dalam flight tengah lunch. Best jugak nasi briyani dia with lamb. Sambil layan Bon Jovi lak this time. Dah la Ajue duduk sorang sorang. Kakak dan mak kat belakang dapat seat berdua. Kat sebelah Ajue kosong, row tengah pon kosong gaksss… Hehehehhe ada yang tidur karang nih….

20120601-151828.jpg

Nanti sampai Zurich dalam 6.40 petang. Masa tu sure team A dan B dah sampai dari Paris. So, dah sms tadi cakap tunggu kat arrival hall. Diorang sampai sejam awal dari Ajue. Lepas tu terus ke hotel kut.

Aiishhh boringnyer dalam flight nih, nak tido tak ngantuk. Ada karang purchase internet kang… Dah tahu dah rate dia, USD15 untuk 10MB. Murah ke mahal ek? Ntah ler…. Kakakakaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *