The Beautiful Galaxy Team

Alhamdullilah, setelah lebih kurang 8 bulan berbisness akhirnya tertubuh jugak team Ajue sendiri iaitu Beautiful Galaxy Team. Penat kami fikir nak bagi nama kumpulan, at last masa first time team berkumpul untuk mendapat sentuhan dari mentor kesayangan kami iaitu CDM Hanis Haizi kat Bens KLCC barulah dapat nama ni. Itu pon CDM Raz yang bagi sebab kebetulan majoriti ahli team Ajue pakai Samsung Galaxy. Weehuuuu.

20120601-004930.jpg

Bisness Ajue bermula dengan secara part time masa raya tahun lepas. Actually seminggu sebelum raya tu pon dah jumpa dengan CDM Hanis. Ajue diperkenalkan dengan Hanis melalui adik ipar Ajue yang kebetulan baru lepas pantang masa tu dan beliau amat berpuashati dengan corset Premium Beautiful yang berjaya mengembalikan shape yang beliau idamkan.

Then, lepas balik cuti beraya, masa tu Hanis still kat Hong Kong lagi Ajue dah tak sabar sabar nak join bisness, nak punch 10 set. Hanis balik jer kat KL terus ikut dia pergi stokis B32.

Banyak pengalaman pahit manis yang telah Ajue lalui dan percayalah, tu sumer sedikit saja berbanding dengan usahawan Hai O yang telah lama buat bisness ni. Kadang kadang nak tarik diri pon ada. Pernah suatu ketika Ajue langsung tak pergi kelas berminggu minggu lamanya tapi jauh disudut hati entah macam mana bisness ni datang jugak. Tak lain dan tak bukan kerana sentuhan CDM Hanis yang banyak memberi kata kata nasihat serta membakar semangat Ajue untuk teruskan jugak.

20120601 -005140.jpg

Bermula dengan pakej Vietnam, Ajue qualified melancong. Ni first trip Ajue dengan Hai O. Masa pergi Vietnam sedar tak sedar Ajue dah pon naik level Senior Sales Manager. Ajue naik pentas terima award dengan bisness partner Ajue iaitu Amy yang baru jer masuk jadi Sales Manager. Then, keluar pulak pakej Guangzhou. Tutup jer pakej kedua Ajue dah pon naik level Diamond Sales Manager. Saper kata buat bisness ni susah? Yer memang susah pada mulanya tapi lama kelamaan kita enjoy dan berhantu dibuatnya.. Hehehehe

20120601-013314.jpg

Lepas balik dari trip Vietnam lah Ajue terus resign dari seorang Engineer IT selama 14 tahun untuk menumpukan perhatian kepada bisness Ajue sendiri. Then, since Ajue juga suka buat trip melancong secara sendirian, Ajue tergerak hati nak bukak company sendiri yang salah satu servisnya ialah tour arrangement. Yerlah, Ajue dah banyak travel masa kerja dulu. So banyak pengalaman kat tempat orang yang Ajue lalui dan pelajari. Tambahan pula Ajue ada sign up beberapa vacation club yang diberi percutian percuma setiap tahun. So daripada tak guna dan membazir, Ajue advertise kat sesaper dengan harga yang murah. Tapi sekarang sejak ada Beautiful Galaxy Team, Ajue ada idea baru iaitu Ajue akan bagi free voucher setiap bulan untuk jam tangan achievers dari team Ajue! Seronok tak? Jom join team Ajue 🙂

20120601-011935.jpg

So, sekarang ini, dah bermula trip melancong Summer Break dari company Ajue sendiri. Ni yang julung kali Ajue buat officially. Bermula dari 24 May yang lalu, satu team dah berlepas ke London. Kemudian akan berjumla dengan team kedua di Paris pada 31 May ( hari ni ). Seterusnya team terakhir akan berlepas ke Zurich esok yang akan bertemu dengan kedua dua team tadi di Zurich. InsyaAllah, Ajue juga akan bersama sama dengan team ketiga ini, esok.

Sebelum meninggalkan sekejap Beautiful Galaxy Team, Ajue berjaya berjumpa kesemua bisness partner semua untuk setting goal untuk bulan June nanti. Bermula dengan group Aisyah, yang berjaya mendapat level kedua dalam satu bulan sahaja berbisness, dan Aisyah juga merupakan pemenang pertama hadiah percutian dari Ajue. Ajue juga turun ke Kelantan untuk bertemu dengan bisness partner Aisyah iaitu seorang doktor di hospital sana.

20120601-005620.jpg

Kemudian, dengan Amy dan Ummu. Cuma kak Mariah jer tak sempat jumpa sebab dia last minute ada emergency nak kena settlekan. InsyaAllah dengan group Ajue kat Doha nanti Ajue akan jumpa dia kat Zurich.

Bestkan buat bisness, ada saat pahit yang semestinya disudahi dengan seribu kemanisan. Ada suka dan ada duka. Dengan bisness jugak kita lebih mengenali hati budi orang orang sekeliling kita, tak kira kawan mahupon family sendiri.

Dengan adanya plan pemasaran dalam Hai O serta mentor mentor yang sangat sangat mengambil berat serta sentiasa membakar semangat kami para usahawan baru, Ajue yakin Ajue boleh pergi jauh lagi suatu hari nanti, insyaAllah. Cuma kena kuatkan semangat dan sentiasa rujuk pada leaders kita dalam segala hal agar kita tak menyimpang dan tersesat yang penyudahnya kita akan membawa satu team kita turut tersesat.

20120601-010903.jpg

InsyaAllah dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap semua rakan kongsi, Ajue akan laksanakan sebaik mungkin agar kami sama sama berjaya serta dapat kami capai segala impian kami suatu hari nanti.

Kagum dengan leaders Ajue yang buat bisness tak sampai 4 tahun dah berjaya memiliki kereta hasil titik peluh sendiri.

20120601-005852.jpg

1 thought on “The Beautiful Galaxy Team

  1. hmmm, quite an inspiring story. Seronokkan being able 2 do do wat u like as your job :-). All the best 2 u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *