Road to Nebraska – Safely arrived

Finally, after 3 days of total journey…

Alhamdullilah, setelah delay 4 jam, akhirnya flite kami mendarat jugak di Lincoln airport Nebraska. Kami disambut dengan faci students dari Malaysia dan jugak dari negara lain. Sebabnya, Ajue dah submit Arrival Card, flight info semua. Dan dorang pon aware semua ni. Dah menjadi tanggungjawab diorang untuk pastikan kami disambut mesra walaupon dah tengah malam!

Terima kasih kawan kawan , sedara mara yang mendoakan. Kawan Ajue yang duduk kat NJ dan NYC pon keep follow up tanya keadaan kami. Alhamdullilah…

Luggaga kami sampai awal lagi, sebab dah ada dekat airport. Alhamdullilah.. Kami dibaa tour campus sambil nak hantar few students yang tinggal on campus. Kami yang terakhir sebab Ajue stay kat downtown. Lepas settle semua, Adlan pon dah shower, Ajue dah siapkan maggie untuk Adlan alas perut sebelum dia tidur. Sebabnya nak kena makan ubat tahan sakit dah. Dia terpaksa menahan kesan operation tu dari mula mula sampai Chicago lagi.. 🙁

Ajue beli sabun Tahra, sabun untuk samak. So, habis semua pinggan mangkuk gelas sudu garpu Ajue basuh sebelum guna. Ikut jer cara cara yang dia ajar dekat belakang botol. InsyaAllah.. tawakkal.

Okaylah… kami nak rehat dulu yer… nanti esok sambung lagi.

Road To Nebraska – Stranded at Chicago

Second sector – from London to Chicago

Safely arrived Chicago jam 10 pagi local time, setelah 8 jam perjalanan. Kalau time kat Malaysia dah jam 11 malam hari Ahad. Mak aiii panjangnya beratur…

Actually kalau Ajue sorang jer, kejap jer. Sebab Ajue visa B1/B2. Tapi, disebabkan Adlan visa F1, terpaksa beratur panjang ikut line semua student. Yer la , takkan Ajue nak tinggalkan Adlan sorang sorang kan.

Lepas 3 jam, barulah sampai turn kami untuk clearance. Ya Rabbiiii, boleh pulak Ajue tertinggal Original F1 i20 Document Adlan !!! ;-( Tapi Ajue ada yang photocopy punya. Maybe masa Ajue fotostat tu la Ajue terlupa nak simpan balik dalam file. Call Ecah, sib baik dia tak tidur lagi, Ecah confirm, memang ada Ajue tinggal kat scanner printer tu. Aduiii

Tetapi urusan kami dipermudahkan, pegawai tu cakap, dia accept yang copy punya, tapi kena adakan jugak yang Ori, sebab Adlan tak boleh keluar US kalau takde yang Ori. So, nak tak nak Ecah kena courier awal pagi esok ke ISSO Nebraska.

Dah clear immigration, kelam kabut kami cari makanan. Adlan dah flat lapar.. sakit hidung dia dah terasa sebab skip ubat 3 kali meals. Dalam flite dia tertido jer, tak sampai hati Ajue nak kejutkan. Lepas tu 3 jam lebih baru clear immigration, menggeletar badan lapar..

Ajue sempat beli unlimited simcard kat airport, senang nak communicate dengan Uni nanti. Ajue sempat call ISSO officer cakap pasal i20 tu. Dia advice courier secepat mungkin sebab hari Rabu depan nak guna.

Ajue bawak Adlan makan japanese food, sebab tu jer yang kami jumpa di airport ni. Dah kenyang baru ker Terminal domestik untuk flight seterusnya malam nanti. So, sempatlah Adlan rehat, sian sangat kat dia.

Nak dijadikan citer, semua flight in and out Chicago dah kena cancel sejak pagi tadi. Padanlahhh ramai giler orang. Rupanya ada thunderstorm yang teruk jugak tadi , jadi semua flight canceled dan postponed.

Semua restaurant full , air panas kekurangan sebab cuaca agak sejuk kat airport. Gate kami dah bertukar lebih dari 10 kali. Last last Adlan kata dia dah penat sangat… ubat pon dah tak ikut jadual langsung, tapi Adlan masih menaruh harapan yang kami boleh fly jugak malam tu, sebab kalau delay esok, lagi teruk. 🙁

Camp-bed dah start tersusun merata rata nak handle stranded passengers macam kami. Nasib baik lah ada selimut Haziq bagi. Boleh lah Adlan cover badan dia.. T,kasih Haziqqq!!!

Road to Nebraska – Arrival in London

Transit London for 17 hours

Alhamdullilah safely arrived London 4.25pm local time. Adlan punya surgery so far ok, tak menggangu dia. Lagipon dapat seat yang premium, So Adlan boleh tidur rehat dengan selesa sikit.

Lepas immigration, terus checked in transit hotel hilton garden dekat T2. Solat dan rehat. Lepas tu agak dah nak malam, kami naik subway pergi Hounslow untuk cari makan.

Jumpa Chicken cottage , sah sah halal. So kami dinner kat sini jer. Siap tapau sikit untuk alas perut esok pagi. Balik bilik dan rehat secukupnya untuk 8 jam lagi penerbangan esok.

Road to Nebraska – Departure Day – 17 August 2019

First Sector, KL to London 13 jam flite time

Kami gerak ke KLIA berperingkat. Ajue, Adlan dan Ecah naik grab Abang Azim jam 4 pagi. Mak Ajue tumpang Mecko dan Alang sekali dengan Anis dan Afiq. Shahril bawak kawan kawan Adlan satu kereta lagi. Sebabnya, Adlan belum check in lagi. Ajue kan letak standby ticket. So, nak kena pergi awal pagi untuk confirmed kan tiket. Alhamdullilah semua beg selamat check in. Ajue bawak hand carry untuk sepersalinan baju nanti transit di London 17 jam.

As usual, KFC jadi tempat kami lepak breakfast sementara tunggu masa untuk boarding. Ajue tak sempat jumpa Uji dan anak anak dia sebab terpaksa masuk dah. Kak ngah datang awal pagi all the way dari Melaka semata mata nak tengok Adlan berlepas. Terharu Ajue…

T. KAsih semua yang datang awal awal pagi, Alang yang bangun 3 pagi untuk masak nasi kunyit untuk Adlan.. ya Allah.. terharu nya Ajue.. tak terbalas segala pengorbanan semua..

Kawan kawan Adlan rasanya semua datang dari sekolah rendah , IQKL dan juga Intec. Ramainya… Doakan Adlan yer..

Shaidi sambung tido satu malam lagi sebelum bertolak balik ke Kedah. Jauh tu.. dia datang untuk meraikan Adlan.. siap jadi imam solat lagi. sebabnya, kawan kawan adlan ni dah biasa dengan family Ajue sejak Form 2 lagi. Weekend jer, rumah Ajue lah jadi tempat lepak dorang. Ajue suka jer melayan dorang semua, dah jadi macam anak anak Ajue gak. Terkilan sebab Budin tak dapat datang sebab dia ada tournament apa ntah Adlan cakap.

48 hours!!

Adlan undergo minor surgery 48 hours right before his flight to US

Yes, exactly!

Masa kami pulang ke kampung untuk menyambut hari raya haji, Adlan mengadu sakit telinga. Ajue cuba suluh guna torch light, nampak macam something bernanah. Hati dah tak sedap masa tu. So, balik KL terus pergi check.

Dekat klinik biasa, doktor tak dapat pastikan apa, sebab tak boleh nampak dari luar. Kena refer pakar untuk further checkup. Dapat refer dekat doktor pakar Avisena Speciallist.

Bagai nak luruh jantung, doktor cakap Adlan kena surgery. Even dia minor, tapi Adlan dah dekat nak fly. Masa tu 14 August 2019. Dan flight Adlan 17 August 2019 jam 9.50 pagi :-((

Atas advice doktor, surgery kena buat ASAP, pagi esoknya supaya Adlan ada masa atleast more than 24 hours nak monitor condition dia. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. sesungguhnya Ajue sangat buntu masa tu. Tapi doktor pakar yakinkan Ajue, should be ok, dia akan bekalkan segalanya supaya Adlan tak kan menghadapi apa apa masalah dalam flight nanti yang akan memakan masa 3 hari untuk sampai Nebraska 🙁

Ajue mahukan keselesaan untuk Adlan, Alhamdullilah Avisena bagi Suite untuk Adlan. Malam tu Ajue temankan Adlan. Sebab pagi esoknya operation di jadualkan pada 7 pagi.

Actually Adlan dah lama mengadu hdung tersumbat. Dan Ajue dah macam macam cara ubati dia. Termasuklah habis beribu dekat klimik dr KO. Namun takde yang betul betul dapat memulihkan Resdung dia sepenuhnya. Sehinggalah lepas mendengar penerangan doktor pakar, barulah Ajue tahu, rupanya, hidung tersumbat Adlan selama ini bukan lah disebabkan oleh resdung. Tapi ada tulang terlebih tumbuh dalam hidungnya, dan tulang ini lah yang menghalang pengudaraan Adlan selama ini.

Boleh jer, Adlan tak perlu jalani operation, tapi dia akan kehilangan kualiti of life la tak lama lagi, dia akan terus block saluran pernafasan Adlan. Sebab, sehingga hari ini, dah tertutp 80% saluran udara sebenarnya.

Sepatutnya, Ajue buat doa selamat Adlan dua hari sebelum Adlan fly, tapi, kami tak dapat cari ustaz dan anak anak tahfiz untuk lead majlis. Ajue dah rasa tak sedap hati sebenarnya. Hati seorang ibu kan…

Ajue terus call mak Ajue mintak tolong dia usahakan solat hajat dari mana mana pusat thafiz di Terengganu. Alhamdullilah, terdapat 2 pusat yang dapat lakukan untuk Adlan. Satunya dibuat pada malam jumaat seramai 200 orang. Dan satu lagi pada Hari Arafah itu sendiri seramai 400 tahfiz. Sebab tu lah tahun ni Ajue balik Terengganu untuk beraya di sana.

ok, berbalik dengan citer Adlan. Lepas Subuh, nurse dah bawakkan baju operation untuk Adlan salin, lenih kurang jam 7 pagi, Adlan dah dibawa turun ke biik OT. Masa tu Ajue sorang sorang kat hospital. Terus Tok Alang dan Ki datang temankan Ajue di sini. Ecah kena standby ambik mak Ajue dekat subang airport.

Setelah 4 jam, akhirnya dah nampak kelibat doktor pakar Dr Kushairy. Rupanya, doktor tersebut 2 pupu Ajue.. itupon setelah Alang perasan dia, ya Allah, keciknya dunia. Alhamdullilah Adlan dah selamat dan dalam proses recovery. t.kasih semua yang mendoakan Adlan selamat menjaan minor surgery ini, semoga Adlan fast recovery sebab kurang dari 30 jam dari lepas operation Adlan nak fly. sektor pertama nanti dari KL ke London selama 13 jam ++.

Oh ya, Ajue ada membuat backup plan seteah berbincang dengan pakcik Ajue di kampung. Untuk postponekan trip Adlan, at least biarlah 5 hari Adlan di ward sepertimana yang dicadangkan oleh pakar bius. So, Ajue dah call American Airlines, dan dapat green lite. Hotel di London pon boleh hold seminggu lagi. Tetapi, F1 Adlan yang menjadi masalah kat sini. Sebab, Adlan kena tiba di Nebraska no later that 21 August 2019. Itu dah tertulis dalam Visa nya juga. Jadi kami tak boleh buat apa apa, melainkan memohon doa agar dipermudah perjalan kami sehingga ke Nebraska.

Adlan masih mamai masa keluar dari bilik OT sebab dia full bius. Darah banyak jugak dekat bedsheet dia, tangan, baju dan badan dia. Berdebar jugak Ajue masa tu.

Lepas zohor kut Adlan baru pulih sepenuhnya. Baru nak boleh bangun, Dan makan. Malam tu adik adik pakat tidur kat bilik Adlan sebab ni last nak sama sama dengan abang dia.

Esoknya Alhamdullilah Adlan dan fully recovered. Tunggu masa untuk discaj pulak, Petang tu ramai yang datang melawat Adlan. Rakan sekolah rendah, sekolah IQKL, rakan di Intec, Director serta Head Programme Intec pon datang. Roommate Adlan pon datang. Boyfren ecah pon datang melawat jugak.

15 jam sebelum fly, akhirnya baru Adlan boleh balik rumah. Bagus perhidmatan Avisena ni, terbaik.. Ajue sangat rekomen hospital ni.

Ammar dan Afiq datang tidur rumah sebab nak temankan Adlan dan bantu dia apa apa diperlukan. Ya Allah, terharunya Ajue tengok sahabat Adlan sanggup datang jauh jauh dari N9 untuk Adlan. Inilah namanya kawan sejati.

F1 VISA approved

Finally.. !

OK, sepertimana yang dijanjikan dalam entry lepas, Ajue nak citer pasal F1 document dan Visa US Adlan ni.

Semua pelajar yang nak further study dekat States, wajib ada F1 Document. Dokumen ni sama important dengan Visa diorang. Visa untuk kemasukan ke US, tapi F1 document untuk melayakkan Adlan tinggal di US selama mana yang tercatat dalam document tu.

The challenge, untuk Uni dekat US, keluarkan F1 document ni, kami kena provide proof of fund sebanyak RM120k dalam bank account Adlan.

Dan inilah yang menjadi masalah bagi kami, mana nak cari RM120k tu. Walaupon Adlan mendapat tajaan dari Uni dia nak belajar, tapi tu tak termasuk dalam RM120k ni.

Selama beberapa bulan kami kumpul, pinjam sana sini, untuk cukupkan RM120k ni. Mencabar tau.. bukan main main, income kami mana cukup nak sediakan dalam masa yang singkat. Dah la refinance rumah tak lepas lepas lagi. Dah lari timeline kami sebenarnya.. patut duit refinance tu lah kami buat untuk pendidikan anak anak.

Kami dah plan, cash out dari refinance semata mata untuk 4 anak kami. Inilah saham kami yang kami laburkan sekarang. Alhamdullilah Adlan dapat tajaan untuk yuran pengajiannya, cuma kami perlu top up mana mana yang tak dicover sahaja. Sebab tu kami plan Adlan kena tinggal luar campus, sebab kos lagi murah compare dengan tinggal dalam campus.

Ecah pula, kami tak kan anggap RM50k yang habis dekat Korean Language menjadi lebur. InsyaAllah , kami yakin, ada kegunaannya nanti Korean Language ni. Cuma belum tiba masanya nanti.

Anis pula, saham untuk KYS selama 5 tahun yang paling banyak. Mudah mudahan Allah permudahkan dia untuk mendapat mana mana tajaan nanti untuk sambung ijazah.

Afiq pon sama, duit bukan ukuran, tapi masa serta kudrat kami ulang alik hantar dari Shah Alam ker Cyberjaya hari hari yang menjadi saham kami. Mudah mudahan Afiq berjaya di dunia dan akhirat serta mejadi seorang Tahfiz sepertimana Adlan juga suatu hari nanti.

Tapi, segalanya dipermudahkan Allah, Dia takkan menguji hambaNya jika hambaNya tak mampu untuk menghadapinya…

Dan kami yakin dengan itu. Akhirnya, RM120k berjaya dikumpul, lepas dapat F1 docuement, cepat cepat kami pulangkan balik duit yang kami pinjam sekejap tu. Lepas dapat F1 document, baru boleh apply untuk Visa US. Alhamdullilah tak sampai seminggu Adlan berjaya dalam interview Visa. Syukur Ya Allah…

Maafkan ibu, sebab tak dapat temankan Adlan masa interview, ibu terlalu flat akibat Influeza.

hanya Engkau sahaja yang mengetahui sesuatu yang tidak kami ketahui.

KYS Swimming Champ 2019

She did it!! From runner to archer, now swimmer

Setiap tahun acara swim champ ni akan diadakan di KYS, selain dari Sukan Tahunan. Anis belum pernah belajar secara official. Takat nak swim kat pool Maskiara dulu ada laa. Tapi, inilah kehebatan KYS, from zero to hero.

Swimming merupakan salah satu value added aktiviti untuk semua pelajar KYS, dan Swim Champ merupakan acara tahunan terbesar diadakan.

Ajue agak terkejut jugak sebab bila dia call bagitau dia masuk final, wow teruja jugak lah. Boleh ker minah ni??

So, Ajue checked in dekat hotel Mudzaffar jumaat malam lepas balik kerja. Sebab nak datang awal pagi tengok Anis 😉

Alhamdullilah Anis berjaya dapat medal untuk Rumah Rahman!! Tahniah girl 😉

Lepas tu Ajue sempat lunch kat rumah cousin Ajue. Datin Aniesa sebelum balik Shah Alam. Anis dapat overnite sebab Isnin cuti sempena swim champ ni.

Kids Spartan at LWOT 2019

Spartan at Lost World of Tambun , Perak

Actually Ajue dah register Afiq untuk Spartan nidah lama, hotel semua pon dah booking. Tapi badan ni, baru nak recover dari kesan influenza A dan B, terasa amat berat sangat. Terpaksa bawak Adlan ikut sekali. at least dia boleh drive kalau jadi apa apa.

Ni first time Afiq masuk Spartan, ok lahh not bad jugak dia, dapatlah top 10 untuk kategori dia. Well done Afiq!!

Cuaca hari ni tersangat lah panas nya.. lepas settle Afiq, terus packing dan checkout. Kami singgah RnR Tapah untuk solat dan makan.

Influenza A and B infections

Afiq down with Influenza B, Anis with Influenza A

17 June 2019, Ajue dapat call dari BBIM suruh bawak balik Afiq. Dengan tak semena mena dia demam panas tengahari tu. Bawak pergi klinik, dapat ubat demam. Esoknya, Afiq start muntah. Ajue dah cuak dah. Bawak pergi klinik, dia muntah kat klinik. Lepas check, confirm Influenza B. Atas nasihat doktor, tak perlu warded, sebab Inf B tak membahayakan, cuma boleh monitor dari rumah.

Malam tu dia muntah lagi, Ajue tido sebelah dia, dia ngigau meracau sikit. Masa bangun subuh, Ajue nampak tompokan darah dekat bantal dia, apa lagi terus pecut A&E KPJ Damansara.

Nak jadikan citer, semua ward dah full. Sebab Afiq tak boleh bilik berkarpet. Ajue pon terus contact cousin Ajue, salah sorang department manager kat situ. Terus dapat bilik 😉 Thanks Awer !!

So, terus wasap coach bola dia, dan Afiq dikeluarkan dari MSSD yang dijadualkan minggu depan 🙁 At least 2 minggu kena recover back to normal. Seminggu jugak la dia warded kat situ. Sebab ada infection lain pulak dalam perut dia 🙁

Dengan masalah Visa adlan nya, Ecah nya lagi.. Ajue agak tertekan jugak lah masa tu. Tapi sabar dan tetap bersabar. Dugaan ni ada hikmahnya…

Lepas 2 minggu Afiq dah fully recovered, dah start pergi sekolah. Ahamdullilah. Week 5,6,7 Julai Ajue ke Korea sepertimana yang Ajue citerkan dalam entry sebeum ni.

8 Julai, KYS call, Anis demam !! Haish.. pecut Ajue malam malam tu jugak ambik Anis bawak balik. Nasib baik klinik ni bukak 24 jam.

Dia dah flat, tapi suhu tak lah setinggi Afiq. Maybe Influenza A ni lain kut symptom dia. Haduhh takkan nak kena warded lagi.. tapi apakan daya, Influeza A ni H1N1, dia lagi bahaya dari Influenza B.

Peliknya, Anis tak flat macam Afiq, dia ok jer. Selsema pon kurang, so Ajue decide nak monitor dia kat rumah jer kut.Dan.. maybe bukan rezeki anak anak untuk MSSD kali ni, Anis pon terlepas untuk acara Archery nya :-(( Takper lah Anis, kesihatan lagi utama yer.. insyaAllah ada rezeki Anis tahun depan, mana tahu kan..

1 minggu Anis dah recovered, dah boleh balik KYS balik. So, this is my turn pulak… 🙁

Seminggu terlantar atas katil jer.. sakit semua urat badan, lenguh2 sendi. Oh ya, Adlan, Ecah dan Afiq sempat ambik injection. Cuma Anis yang Ajue tak sempat nak bawak. hasihhh.

Mission Impossible to Korea

We plan, and Allah plans, surely Allah is the best planner…

Ku sangka kan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari…

Dalam blog Ajue yang lepas pasal Ecah further study dekat Ewha untuk habiskan 6 bulan kursus bahasa dia, Ajue ada mention, kalau lepas TOPIK II at least level 3, Ecah dah boleh apply mana mana Uni untuk further first Degree dia.

Alhamdullilah, semua syarat academic Ecah dah fulfil, tapi ada satu syarat tambahan untuk melayakkan foreign student diberikan biasiswa ialah bukti yang menunjukkan Ecah bukan korean. Pendek kata, biological parents kena submit passport untuk proof kan yang kami bukan Korean.

Uni kat Korea ni, untuk pendaftaran kemasukan, kena tunggu result TOPIK II keluar. Result dah keluar masa bulan puasa hari tu. Alhamdullilah Ecah dah lepas syarat. Masa isi form tu dia ada mintak Parents info. Oleh kerana Shahril ni bukan biological father Ecah, kami terpaksa mention parents –divorced

Uni suruh sertakan divorce certificate pulak, nak kena notarized pulak tu, masa untuk certain Uni sangat singkat. Our mistakes, sebab divorce certificate Ajue takde dengan Ajue. Dan kami telah terlepas timeline untuk 3 Uni masa tu. So, ada lagi 3 Uni yang belum bukak registration period dia. Terus Ajue kelam kabut usahakan siapkan apa yang patut.

2 minggu settled. Courier balik kat Ecah, habis dah beratus ratus masa tu. Its ok, its our portion punya hal. Nak jadikan cerita, 3 Uni balance yang Ecah nak mintak passport atau IC ayah kandung Ecah. Part Ajue dah settle. Passport Ajue dah submit. Tapi kami menghadapi cabaran dan kesukaran untuk mendapatkan IC ayah kandung Ecah. 🙁

Pelbagai daya dan usaha dah dilakukan, semuanya tak berhasil. Masa tu bulan puasa, Ecah terpaksa ulang alik hantar document dekat Yonsei Universiti dengan berjalan kaki di tengah cuaca panas, bulan puasa lagi. Ajue pujuk dia, sabar, bukan senang nak dapat sesuatu benda, mana tahu usaha Ecah membuahkan hasil nanti. Yonsei ni one of the top Uni dekat Seoul. Memang susah nak masuk, tapi Ecah takde pilihan. 3 Uni yang ranking bit lower dah terlepas tarikh disebabkan divorce certificate tu lambat untuk kami notarised. Akhirnya, Ecah submit jer application tersebut dengan sign surat bahawa ayah kandung lost contact. Dan jugak Ecah ada sign macam akuan sumpah la bahawa Ecah memang bukan Korean. Hanya pada Allah kami berserah…

Lepas raya, semua keputusan kemasukan uni dah keluar. Ecah tak dapat langsung tawaran untuk sambung ijazah nya dari Yonsei… :-(( Dan, hanya Yonsei saja yang Ecah apply, sebab 2 lagi Uni tu takde course yang Ecah nak.

Dia terus down teruk, nangis berhari hari. Sampai ada sekali tu dia dah tak tahan, dia telan pills!! Kawan kawan semua bergembira celebrate sana sini seolah olah langsung tak ada perasaan terhadap Ecah.

Ecah dah mula mengurung diri dalam bilik, dan ponteng kelas, mengasingkan diri, dah tak sanggup nak face apa apa pon!. Masa tu Ajue dengan Afiq warded nya sebab dijangkiti Influenza, Adlan dengan kesukaran untuk mendapatkan temporary fund untuk keluarkan F1 visa nya. (nanti Ajue citer dalam lain entry yer), jadi sangat tertekan dan buntu sangat.

Ajue ada slow talk dengan Ecah, Ecah nak take a break tak, balik kejap kita bincang. Ajue tak sanggup hari hari dia video call nangis nangis dah tak boleh nak pikir apa2 kat sana. Kawan kawan hari keluar celebrate dengan keputusan offer letter masing masing. Takde sorang pon yang prihatin dengan Ecah, Ajue sangat terkilan.. sebab teringatkan macam mana Ajue uruskan gegurl dulu untuk register Ewha 🙁 Sampai hati buat anak Ajue macam ni..

Akhirnya pada 1 Julai 2019, Monday, Ecah nekad nak balik.. yes, back for GOOD. No more korea… no more study, no nothing. Dia pergi admin Ewha, cakap nak withdraw studies dia yang berbaki 2 bulan lagi. Hari Rabu, settled semua urusan, tutup account bank dengan uni. Last day kena keluar dari SEOUL is 10 hari dari serahan withdraw study.

And i was like ?????? what 10 hari??? Masa tu dah Rabu. Dan Ajue hanya ada weekend tu jer untuk bawak balik Ecah. So, terus beli tiket pergi Seoul on the spot. Jumaat malam Ajue fly sana ambik Ecah bawak balik KL. Kakak Ajue nak temankan, in case jadi apa2 at least kami ada teman. So, lepas FIS lunch, Ajue balik lambat sebab hujan lebat. Nasib baik flite midnite. Kol 9 malam gerak KLIA, tunggu kakak Ajue sampai. And off we go.

Esok nya, sampai Seoul station, Ecah dah tunggu.. lebam mata dia sebab asyik nangis jer sejak 2 minggu lepas. Kami cuba happykan dia, bawak makan, bawak carik periuk, sajer nak divert pemikiran dia. Malam tu kami tido dekat hotel area Ewha sebab barang Ecah tak habis kemas lagi. Nasib baik kakak Ajue ada, bila sembang2 calculate kilo macam tak cukup. Terus beli extra 40kg lagi atas nama kakak Ajue. Flite balik KL hari Ahad, 4 petang.

Pagi2 kami checkout hote, berhenti breakfast dekat cafe bakery kat situ. Ambik barang2 Ecah dekat Ewha, panggil grab mintak hantar Seoul station. Sebab kami dah beli AREX dari seoul terus ke Incheon.

Sampai Incheon, settle semua checked luggage, ngam ngam 117kg!!

Bye Seoul, Bye Ewha, lepas immigration checkpoint, dengan berat hati sambil nangis Ecah serahkan Alien card dia dekat pegawai immigration tu… :-((