Mission Impossible to Korea

We plan, and Allah plans, surely Allah is the best planner

Ku sangka kan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari…

Dalam blog Ajue yang lepas pasal Ecah further study dekat Ewha untuk habiskan 6 bulan kursus bahasa dia, Ajue ada mention, kalau lepas TOPIK II at least level 3, Ecah dah boleh apply mana mana Uni untuk further first Degree dia.

Alhamdullilah, semua syarat academic Ecah dah fulfil, tapi ada satu syarat tambahan untuk melayakkan foreign student diberikan biasiswa ialah bukti yang menunjukkan Ecah bukan korean. Pendek kata, biological parents kena submit passport untuk proof kan yang kami bukan Korean.

Uni kat Korea ni, untuk pendaftaran kemasukan, kena tunggu result TOPIK II keluar. Result dah keluar masa bulan puasa hari tu. Alhamdullilah Ecah dah lepas syarat. Masa isi form tu dia ada mintak Parents info. Oleh kerana Shahril ni bukan biological father Ecah, kami terpaksa mention parents –divorced

Uni suruh sertakan divorce certificate pulak, nak kena notarized pulak tu, masa untuk certain Uni sangat singkat. Our mistakes, sebab divorce certificate Ajue takde dengan Ajue. Dan kami telah terlepas timeline untuk 3 Uni masa tu. So, ada lagi 3 Uni yang belum bukak registration period dia. Terus Ajue kelam kabut usahakan siapkan apa yang patut.

2 minggu settled. Courier balik kat Ecah, habis dah beratus ratus masa tu. Its ok, its our portion punya hal. Nak jadikan cerita, 3 Uni balance yang Ecah nak mintak passport atau IC ayah kandung Ecah. Part Ajue dah settle. Passport Ajue dah submit. Tapi kami menghadapi cabaran dan kesukaran untuk mendapatkan IC ayah kandung Ecah. 🙁

Pelbagai daya dan usaha dah dilakukan, semuanya tak berhasil. Masa tu bulan puasa, Ecah terpaksa ulang alik hantar document dekat Yonsei Universiti dengan berjalan kaki di tengah cuaca panas, bulan puasa lagi. Ajue pujuk dia, sabar, bukan senang nak dapat sesuatu benda, mana tahu usaha Ecah membuahkan hasil nanti. Yonsei ni one of the top Uni dekat Seoul. Memang susah nak masuk, tapi Ecah takde pilihan. 3 Uni yang ranking bit lower dah terlepas tarikh disebabkan divorce certificate tu lambat untuk kami notarised. Akhirnya, Ecah submit jer application tersebut dengan sign surat bahawa ayah kandung lost contact. Dan jugak Ecah ada sign macam akuan sumpah la bahawa Ecah memang bukan Korean. Hanya pada Allah kami berserah…

Lepas raya, semua keputusan kemasukan uni dah keluar. Ecah tak dapat langsung tawaran untuk sambung ijazah nya dari Yonsei… :-(( Dan, hanya Yonsei saja yang Ecah apply, sebab 2 lagi Uni tu takde course yang Ecah nak.

Dia terus down teruk, nangis berhari hari. Sampai ada sekali tu dia dah tak tahan, dia telan pills!! Kawan kawan semua bergembira celebrate sana sini seolah olah langsung tak ada perasaan terhadap Ecah.

Ecah dah mula mengurung diri dalam bilik, dan ponteng kelas, mengasingkan diri, dah tak sanggup nak face apa apa pon!. Masa tu Ajue dengan Afiq warded nya sebab dijangkiti Influenza, Adlan dengan kesukaran untuk mendapatkan temporary fund untuk keluarkan F1 visa nya. (nanti Ajue citer dalam lain entry yer), jadi sangat tertekan dan buntu sangat.

Ajue ada slow talk dengan Ecah, Ecah nak take a break tak, balik kejap kita bincang. Ajue tak sanggup hari hari dia video call nangis nangis dah tak boleh nak pikir apa2 kat sana. Kawan kawan hari keluar celebrate dengan keputusan offer letter masing masing. Takde sorang pon yang prihatin dengan Ecah, Ajue sangat terkilan.. sebab teringatkan macam mana Ajue uruskan gegurl dulu untuk register Ewha 🙁 Sampai hati buat anak Ajue macam ni..

Akhirnya pada 1 Julai 2019, Monday, Ecah nekad nak balik.. yes, back for GOOD. No more korea… no more study, no nothing. Dia pergi admin Ewha, cakap nak withdraw studies dia yang berbaki 2 bulan lagi. Hari Rabu, settled semua urusan, tutup account bank dengan uni. Last day kena keluar dari SEOUL is 10 hari dari serahan withdraw study.

And i was like ?????? what 10 hari??? Masa tu dah Rabu. Dan Ajue hanya ada weekend tu jer untuk bawak balik Ecah. So, terus beli tiket pergi Seoul on the spot. Jumaat malam Ajue fly sana ambik Ecah bawak balik KL. Kakak Ajue nak temankan, in case jadi apa2 at least kami ada teman. So, lepas FIS lunch, Ajue balik lambat sebab hujan lebat. Nasib baik flite midnite. Kol 9 malam gerak KLIA, tunggu kakak Ajue sampai. And off we go.

Esok nya, sampai Seoul station, Ecah dah tunggu.. lebam mata dia sebab asyik nangis jer sejak 2 minggu lepas. Kami cuba happykan dia, bawak makan, bawak carik periuk, sajer nak divert pemikiran dia. Malam tu kami tido dekat hotel area Ewha sebab barang Ecah tak habis kemas lagi. Nasib baik kakak Ajue ada, bila sembang2 calculate kilo macam tak cukup. Terus beli extra 40kg lagi atas nama kakak Ajue. Flite balik KL hari Ahad, 4 petang.

Pagi2 kami checkout hote, berhenti breakfast dekat cafe bakery kat situ. Ambik barang2 Ecah dekat Ewha, panggil grab mintak hantar Seoul station. Sebab kami dah beli AREX dari seoul terus ke Incheon.

Sampai Incheon, settle semua checked luggage, ngam ngam 117kg!!

Bye Seoul, Bye Ewha, lepas immigration checkpoint, dengan berat hati sambil nangis Ecah serahkan Alien card dia dekat pegawai immigration tu… :-((

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *