Road To Nebraska – Stranded at Chicago

Second sector – from London to Chicago

Safely arrived Chicago jam 10 pagi local time, setelah 8 jam perjalanan. Kalau time kat Malaysia dah jam 11 malam hari Ahad. Mak aiii panjangnya beratur…

Actually kalau Ajue sorang jer, kejap jer. Sebab Ajue visa B1/B2. Tapi, disebabkan Adlan visa F1, terpaksa beratur panjang ikut line semua student. Yer la , takkan Ajue nak tinggalkan Adlan sorang sorang kan.

Lepas 3 jam, barulah sampai turn kami untuk clearance. Ya Rabbiiii, boleh pulak Ajue tertinggal Original F1 i20 Document Adlan !!! ;-( Tapi Ajue ada yang photocopy punya. Maybe masa Ajue fotostat tu la Ajue terlupa nak simpan balik dalam file. Call Ecah, sib baik dia tak tidur lagi, Ecah confirm, memang ada Ajue tinggal kat scanner printer tu. Aduiii

Tetapi urusan kami dipermudahkan, pegawai tu cakap, dia accept yang copy punya, tapi kena adakan jugak yang Ori, sebab Adlan tak boleh keluar US kalau takde yang Ori. So, nak tak nak Ecah kena courier awal pagi esok ke ISSO Nebraska.

Dah clear immigration, kelam kabut kami cari makanan. Adlan dah flat lapar.. sakit hidung dia dah terasa sebab skip ubat 3 kali meals. Dalam flite dia tertido jer, tak sampai hati Ajue nak kejutkan. Lepas tu 3 jam lebih baru clear immigration, menggeletar badan lapar..

Ajue sempat beli unlimited simcard kat airport, senang nak communicate dengan Uni nanti. Ajue sempat call ISSO officer cakap pasal i20 tu. Dia advice courier secepat mungkin sebab hari Rabu depan nak guna.

Ajue bawak Adlan makan japanese food, sebab tu jer yang kami jumpa di airport ni. Dah kenyang baru ker Terminal domestik untuk flight seterusnya malam nanti. So, sempatlah Adlan rehat, sian sangat kat dia.

Nak dijadikan citer, semua flight in and out Chicago dah kena cancel sejak pagi tadi. Padanlahhh ramai giler orang. Rupanya ada thunderstorm yang teruk jugak tadi , jadi semua flight canceled dan postponed.

Semua restaurant full , air panas kekurangan sebab cuaca agak sejuk kat airport. Gate kami dah bertukar lebih dari 10 kali. Last last Adlan kata dia dah penat sangat… ubat pon dah tak ikut jadual langsung, tapi Adlan masih menaruh harapan yang kami boleh fly jugak malam tu, sebab kalau delay esok, lagi teruk. 🙁

Camp-bed dah start tersusun merata rata nak handle stranded passengers macam kami. Nasib baik lah ada selimut Haziq bagi. Boleh lah Adlan cover badan dia.. T,kasih Haziqqq!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *