Road to Nebraska – Departure Day – 17 August 2019

First Sector, KL to London 13 jam flite time

Kami gerak ke KLIA berperingkat. Ajue, Adlan dan Ecah naik grab Abang Azim jam 4 pagi. Mak Ajue tumpang Mecko dan Alang sekali dengan Anis dan Afiq. Shahril bawak kawan kawan Adlan satu kereta lagi. Sebabnya, Adlan belum check in lagi. Ajue kan letak standby ticket. So, nak kena pergi awal pagi untuk confirmed kan tiket. Alhamdullilah semua beg selamat check in. Ajue bawak hand carry untuk sepersalinan baju nanti transit di London 17 jam.

As usual, KFC jadi tempat kami lepak breakfast sementara tunggu masa untuk boarding. Ajue tak sempat jumpa Uji dan anak anak dia sebab terpaksa masuk dah. Kak ngah datang awal pagi all the way dari Melaka semata mata nak tengok Adlan berlepas. Terharu Ajue…

T. KAsih semua yang datang awal awal pagi, Alang yang bangun 3 pagi untuk masak nasi kunyit untuk Adlan.. ya Allah.. terharu nya Ajue.. tak terbalas segala pengorbanan semua..

Kawan kawan Adlan rasanya semua datang dari sekolah rendah , IQKL dan juga Intec. Ramainya… Doakan Adlan yer..

Shaidi sambung tido satu malam lagi sebelum bertolak balik ke Kedah. Jauh tu.. dia datang untuk meraikan Adlan.. siap jadi imam solat lagi. sebabnya, kawan kawan adlan ni dah biasa dengan family Ajue sejak Form 2 lagi. Weekend jer, rumah Ajue lah jadi tempat lepak dorang. Ajue suka jer melayan dorang semua, dah jadi macam anak anak Ajue gak. Terkilan sebab Budin tak dapat datang sebab dia ada tournament apa ntah Adlan cakap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *