Influenza A and B infections

Afiq down with Influenza B, Anis with Influenza A

17 June 2019, Ajue dapat call dari BBIM suruh bawak balik Afiq. Dengan tak semena mena dia demam panas tengahari tu. Bawak pergi klinik, dapat ubat demam. Esoknya, Afiq start muntah. Ajue dah cuak dah. Bawak pergi klinik, dia muntah kat klinik. Lepas check, confirm Influenza B. Atas nasihat doktor, tak perlu warded, sebab Inf B tak membahayakan, cuma boleh monitor dari rumah.

Malam tu dia muntah lagi, Ajue tido sebelah dia, dia ngigau meracau sikit. Masa bangun subuh, Ajue nampak tompokan darah dekat bantal dia, apa lagi terus pecut A&E KPJ Damansara.

Nak jadikan citer, semua ward dah full. Sebab Afiq tak boleh bilik berkarpet. Ajue pon terus contact cousin Ajue, salah sorang department manager kat situ. Terus dapat bilik 😉 Thanks Awer !!

So, terus wasap coach bola dia, dan Afiq dikeluarkan dari MSSD yang dijadualkan minggu depan 🙁 At least 2 minggu kena recover back to normal. Seminggu jugak la dia warded kat situ. Sebab ada infection lain pulak dalam perut dia 🙁

Dengan masalah Visa adlan nya, Ecah nya lagi.. Ajue agak tertekan jugak lah masa tu. Tapi sabar dan tetap bersabar. Dugaan ni ada hikmahnya…

Lepas 2 minggu Afiq dah fully recovered, dah start pergi sekolah. Ahamdullilah. Week 5,6,7 Julai Ajue ke Korea sepertimana yang Ajue citerkan dalam entry sebeum ni.

8 Julai, KYS call, Anis demam !! Haish.. pecut Ajue malam malam tu jugak ambik Anis bawak balik. Nasib baik klinik ni bukak 24 jam.

Dia dah flat, tapi suhu tak lah setinggi Afiq. Maybe Influenza A ni lain kut symptom dia. Haduhh takkan nak kena warded lagi.. tapi apakan daya, Influeza A ni H1N1, dia lagi bahaya dari Influenza B.

Peliknya, Anis tak flat macam Afiq, dia ok jer. Selsema pon kurang, so Ajue decide nak monitor dia kat rumah jer kut.Dan.. maybe bukan rezeki anak anak untuk MSSD kali ni, Anis pon terlepas untuk acara Archery nya :-(( Takper lah Anis, kesihatan lagi utama yer.. insyaAllah ada rezeki Anis tahun depan, mana tahu kan..

1 minggu Anis dah recovered, dah boleh balik KYS balik. So, this is my turn pulak… 🙁

Seminggu terlantar atas katil jer.. sakit semua urat badan, lenguh2 sendi. Oh ya, Adlan, Ecah dan Afiq sempat ambik injection. Cuma Anis yang Ajue tak sempat nak bawak. hasihhh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *