F1 VISA approved

Finally.. !

OK, sepertimana yang dijanjikan dalam entry lepas, Ajue nak citer pasal F1 document dan Visa US Adlan ni.

Semua pelajar yang nak further study dekat States, wajib ada F1 Document. Dokumen ni sama important dengan Visa diorang. Visa untuk kemasukan ke US, tapi F1 document untuk melayakkan Adlan tinggal di US selama mana yang tercatat dalam document tu.

The challenge, untuk Uni dekat US, keluarkan F1 document ni, kami kena provide proof of fund sebanyak RM120k dalam bank account Adlan.

Dan inilah yang menjadi masalah bagi kami, mana nak cari RM120k tu. Walaupon Adlan mendapat tajaan dari Uni dia nak belajar, tapi tu tak termasuk dalam RM120k ni.

Selama beberapa bulan kami kumpul, pinjam sana sini, untuk cukupkan RM120k ni. Mencabar tau.. bukan main main, income kami mana cukup nak sediakan dalam masa yang singkat. Dah la refinance rumah tak lepas lepas lagi. Dah lari timeline kami sebenarnya.. patut duit refinance tu lah kami buat untuk pendidikan anak anak.

Kami dah plan, cash out dari refinance semata mata untuk 4 anak kami. Inilah saham kami yang kami laburkan sekarang. Alhamdullilah Adlan dapat tajaan untuk yuran pengajiannya, cuma kami perlu top up mana mana yang tak dicover sahaja. Sebab tu kami plan Adlan kena tinggal luar campus, sebab kos lagi murah compare dengan tinggal dalam campus.

Ecah pula, kami tak kan anggap RM50k yang habis dekat Korean Language menjadi lebur. InsyaAllah , kami yakin, ada kegunaannya nanti Korean Language ni. Cuma belum tiba masanya nanti.

Anis pula, saham untuk KYS selama 5 tahun yang paling banyak. Mudah mudahan Allah permudahkan dia untuk mendapat mana mana tajaan nanti untuk sambung ijazah.

Afiq pon sama, duit bukan ukuran, tapi masa serta kudrat kami ulang alik hantar dari Shah Alam ker Cyberjaya hari hari yang menjadi saham kami. Mudah mudahan Afiq berjaya di dunia dan akhirat serta mejadi seorang Tahfiz sepertimana Adlan juga suatu hari nanti.

Tapi, segalanya dipermudahkan Allah, Dia takkan menguji hambaNya jika hambaNya tak mampu untuk menghadapinya…

Dan kami yakin dengan itu. Akhirnya, RM120k berjaya dikumpul, lepas dapat F1 docuement, cepat cepat kami pulangkan balik duit yang kami pinjam sekejap tu. Lepas dapat F1 document, baru boleh apply untuk Visa US. Alhamdullilah tak sampai seminggu Adlan berjaya dalam interview Visa. Syukur Ya Allah…

Maafkan ibu, sebab tak dapat temankan Adlan masa interview, ibu terlalu flat akibat Influeza.

hanya Engkau sahaja yang mengetahui sesuatu yang tidak kami ketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *