48 hours!!

Adlan undergo minor surgery 48 hours right before his flight to US

Yes, exactly!

Masa kami pulang ke kampung untuk menyambut hari raya haji, Adlan mengadu sakit telinga. Ajue cuba suluh guna torch light, nampak macam something bernanah. Hati dah tak sedap masa tu. So, balik KL terus pergi check.

Dekat klinik biasa, doktor tak dapat pastikan apa, sebab tak boleh nampak dari luar. Kena refer pakar untuk further checkup. Dapat refer dekat doktor pakar Avisena Speciallist.

Bagai nak luruh jantung, doktor cakap Adlan kena surgery. Even dia minor, tapi Adlan dah dekat nak fly. Masa tu 14 August 2019. Dan flight Adlan 17 August 2019 jam 9.50 pagi :-((

Atas advice doktor, surgery kena buat ASAP, pagi esoknya supaya Adlan ada masa atleast more than 24 hours nak monitor condition dia. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. sesungguhnya Ajue sangat buntu masa tu. Tapi doktor pakar yakinkan Ajue, should be ok, dia akan bekalkan segalanya supaya Adlan tak kan menghadapi apa apa masalah dalam flight nanti yang akan memakan masa 3 hari untuk sampai Nebraska 🙁

Ajue mahukan keselesaan untuk Adlan, Alhamdullilah Avisena bagi Suite untuk Adlan. Malam tu Ajue temankan Adlan. Sebab pagi esoknya operation di jadualkan pada 7 pagi.

Actually Adlan dah lama mengadu hdung tersumbat. Dan Ajue dah macam macam cara ubati dia. Termasuklah habis beribu dekat klimik dr KO. Namun takde yang betul betul dapat memulihkan Resdung dia sepenuhnya. Sehinggalah lepas mendengar penerangan doktor pakar, barulah Ajue tahu, rupanya, hidung tersumbat Adlan selama ini bukan lah disebabkan oleh resdung. Tapi ada tulang terlebih tumbuh dalam hidungnya, dan tulang ini lah yang menghalang pengudaraan Adlan selama ini.

Boleh jer, Adlan tak perlu jalani operation, tapi dia akan kehilangan kualiti of life la tak lama lagi, dia akan terus block saluran pernafasan Adlan. Sebab, sehingga hari ini, dah tertutp 80% saluran udara sebenarnya.

Sepatutnya, Ajue buat doa selamat Adlan dua hari sebelum Adlan fly, tapi, kami tak dapat cari ustaz dan anak anak tahfiz untuk lead majlis. Ajue dah rasa tak sedap hati sebenarnya. Hati seorang ibu kan…

Ajue terus call mak Ajue mintak tolong dia usahakan solat hajat dari mana mana pusat thafiz di Terengganu. Alhamdullilah, terdapat 2 pusat yang dapat lakukan untuk Adlan. Satunya dibuat pada malam jumaat seramai 200 orang. Dan satu lagi pada Hari Arafah itu sendiri seramai 400 tahfiz. Sebab tu lah tahun ni Ajue balik Terengganu untuk beraya di sana.

ok, berbalik dengan citer Adlan. Lepas Subuh, nurse dah bawakkan baju operation untuk Adlan salin, lenih kurang jam 7 pagi, Adlan dah dibawa turun ke biik OT. Masa tu Ajue sorang sorang kat hospital. Terus Tok Alang dan Ki datang temankan Ajue di sini. Ecah kena standby ambik mak Ajue dekat subang airport.

Setelah 4 jam, akhirnya dah nampak kelibat doktor pakar Dr Kushairy. Rupanya, doktor tersebut 2 pupu Ajue.. itupon setelah Alang perasan dia, ya Allah, keciknya dunia. Alhamdullilah Adlan dah selamat dan dalam proses recovery. t.kasih semua yang mendoakan Adlan selamat menjaan minor surgery ini, semoga Adlan fast recovery sebab kurang dari 30 jam dari lepas operation Adlan nak fly. sektor pertama nanti dari KL ke London selama 13 jam ++.

Oh ya, Ajue ada membuat backup plan seteah berbincang dengan pakcik Ajue di kampung. Untuk postponekan trip Adlan, at least biarlah 5 hari Adlan di ward sepertimana yang dicadangkan oleh pakar bius. So, Ajue dah call American Airlines, dan dapat green lite. Hotel di London pon boleh hold seminggu lagi. Tetapi, F1 Adlan yang menjadi masalah kat sini. Sebab, Adlan kena tiba di Nebraska no later that 21 August 2019. Itu dah tertulis dalam Visa nya juga. Jadi kami tak boleh buat apa apa, melainkan memohon doa agar dipermudah perjalan kami sehingga ke Nebraska.

Adlan masih mamai masa keluar dari bilik OT sebab dia full bius. Darah banyak jugak dekat bedsheet dia, tangan, baju dan badan dia. Berdebar jugak Ajue masa tu.

Lepas zohor kut Adlan baru pulih sepenuhnya. Baru nak boleh bangun, Dan makan. Malam tu adik adik pakat tidur kat bilik Adlan sebab ni last nak sama sama dengan abang dia.

Esoknya Alhamdullilah Adlan dan fully recovered. Tunggu masa untuk discaj pulak, Petang tu ramai yang datang melawat Adlan. Rakan sekolah rendah, sekolah IQKL, rakan di Intec, Director serta Head Programme Intec pon datang. Roommate Adlan pon datang. Boyfren ecah pon datang melawat jugak.

15 jam sebelum fly, akhirnya baru Adlan boleh balik rumah. Bagus perhidmatan Avisena ni, terbaik.. Ajue sangat rekomen hospital ni.

Ammar dan Afiq datang tidur rumah sebab nak temankan Adlan dan bantu dia apa apa diperlukan. Ya Allah, terharunya Ajue tengok sahabat Adlan sanggup datang jauh jauh dari N9 untuk Adlan. Inilah namanya kawan sejati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *