Intec Convocation Day for ADTP

Adlan big day today – ADTP graduated!

Finally, after his 2 miserable years and hard time he spent at Intec, from early decision to SACE program, then changed to A Level UK, then finally ADTP!!, he officially graduated 😉

We plan, but God’s plan much more better than us.

Ajue ingat lagi, masa lepas SPM dulu, Adlan nak sangat buat Maths-related course. Tapi Ajue awal awal lagi prep dia untuk Physics and Astrophysics. Offer letter dah pon dapat under Glasgow International College. Tapi, apakan daya, biasiswa yang dijanjikan oleh kerajaan terdahulu terhapus begitu sahaja lepas kekalahan dorang dalam PH lepas.

Lagipon, Adlan agak kureng untuk buat course ni. So, adalah hikmahnya kan.

4 May 2019, tarikh keramat bagi Adlan. Hari yang dia nanti nantikan lepas menyaksikan Ecah konvo last year. Ecah masa ni dah selamat sampai Korea bagi menyambung kursus bahasanya disana. Sedih tak dapat meraikan bersama sepertimana dia mearaikan hari Ecah dulu, tapi Ecah telah cover dengan surprise convo present dia beli online delivered kat Adlan. Menangis Adlan terima hadiah dari Ecah. Begitulah sayangnya dia kat Ecah…

So, mula mula kami Adlan decide taknak membazir beli blazer bagai, sebab dia nak pakai baju melayu hitam jer. Tapi masa Ajue ke rumah Alang untuk pinjam baju, Ki mencadangkan untuk pakai black suit Ayoh Jay. Kebetulan mereka sama saiz. Jadi Ajue pon pinjam lah. Sorry yer Adlan, ibu tak sempat nak sediakan untuk Adlan, sebab masa dah suntuk. Slack pants jer labuh sikit Ajue kena jahit sendiri.

Alhamdullilah, Adlan dan housemate dia, Yusry datang untuk majlis diorang ni, cuma Irfan jer yang tak dapat datang. Lagipon Intec buat lepas dah habis belajar, dalam cuti Final Sem. Yang duduk jauh, agak susah kut nak datang, kan.

Ajue nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Puan Hajjah Ruzela selaku CEO Intec yang banyak membantu Adlan dan Ecah semasa di Intec. Banyak memberi semangat ketika Adlan tengah down dan hampir putus asa dengan ADTP nya.

there is NO shortcut for hard work that leads to effectiveness. You must stay disciplined because most of the works is behind the scenes. Making mistakes OR fails, doesn’t mean thats the end of the world

Sentiasa jadikan diri sebagai idola kepada adik adik ya! See you in States soon!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *