Sekadar Peringatan untuk diri sendiri

Sepanjang minggu lepas dalam kesibukan menyiapkan urusan pejabat serta mengatur stratergi kumpulan, Ajue dikejutkan dengan berita kematian sepupu sebelah husband. Masa tu baru jer selesai demo dan fitting customer kat Putrajaya. Setelah selesai, balik rumah untuk solat Asar, terus bergegas ke Tanah Perkuburan Selayang kerana arwah akan dikebumikan selepas asar pada petang itu juga. Padahal masa tu telah set kan 2 appointment untuk potential rakan kongsi. Dengan berat hati Ajue terpaksa membatalkan semua urusan pada hari itu.

Setibanya di Selayang, arwah telah selamat disemadikan dan tiba-tiba hati terasa sayu dan pilu melihat kubur yang baru sahaja disempurnakan. Terlintas di fikiran, apakah tiba masa Ajue nanti ramai orang akan datang mengiringi jenazah hingga ke kubur? Atau semua orang sibuk dengan urusan dunia sehinggakan langsung tidak pedulikan Ajue? Tanpa disangka airmata bercucuran dan hati berdebar-debar serta perasaan bercelaru hinggakan mulut tak terkata apa-apa… hanya beristighfar banyak-banyak kepada Allah atas segala kelalaian yang dilakukan samada sengaja mahupun tidak.  
Alhamdullilah Allah masih sayangkan Ajue dengan kesedaran ini. Jika dulu terpaksa kerja siang malam, selalu pergi outstation tinggalkan anak-anak kat pembantu, semata-mata kerana mencari rezeki, kini Ajue lebih nekad dan bersemangat untuk mencapai impian dan matlamat menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak selepas ini. Dan impian paling besar sekali ialah untuk pencen awal by age 40 demi keluarga. InsyaAllah…

Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang…kesana 

Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kanangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *