Dugaan dan cabaran seorang usahawan

Siapa yang tak pernah diduga dengan tohmahan dan lemparan kata-kata kesat dalam berniaga? Maka beruntunglah orang itu. Kerana bagi Ajue, itu semua asam garam dan adat orang berniaga. Kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan namun, sejauh manakah ketahanan mental kita mampu untuk mengatasinya?



Ajue baru saja selesai urusan kemasukan anak sulung ke asrama tahfiz Al-Quran As-Sofa. Macam-macam fikian dan perasaan bermain di minda, ok tak dia, penat tak dia, boleh ke dia, mampu kah dia.. lebih-lebih lagi dapat panggilan dari Adlan sambil nangis-nangis cakap jadual terlalu ketat sampai dia tak sempat nak buat apa-apa dan macam-macam keluhan didengar sayup di telefon… Sayu hati seorang ibu mengenangkan anaknya yang jauh di mata. Namun Ajue yakin keputusan yang dibuat adalah tepat cuma ia memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan kerana terlalu selesa dengan apa yang di’hidangkan’ di rumah selama ini. Ajue kuatkan semangat kerana jika Ajue turut menangis, takut nanti Adlan akan terus bersedih dan mungkin berpaling hati untuk tidak teruskan pelajarannya. 


Dan pada masa yang sama, Ajue turut terkena lontaran kata-kata serta sindiran yang sedikit sebanyak menggugat keteguhan hati untuk berniaga.. Namun, Tuhan itu Maha Adil, diujinya Ajue dengan sindiran, diberikan Ajue pula dengan keluhan Adlan. Apakah maksudnya itu? Jadi Ajue take it positive, untuk Adlan , Ajue kena kuatkan semangat dia, berikan dia kata-kata nasihat dan perangsang untuk tidak berputus asa, doakan Adlan dengan segala Rahmat Allah agar diperliharakan maruahnya dan dipermudahkan segala urusannya. Secara tak langsung Ajue telah lakukan untuk diri Ajue sendiri! Yes! Ajue berjaya motivasikan Adlan, dan dalam ertikata sebenarnya Ajue telah berjaya motivatekan diri Ajue sendiri!. Mungkin ini secara tidak sengaja dilakukan namun ia telah memberi kesan yang mendalam bagi diri Ajue. Alhamdullilah…


Secara tak langsung, ujian dan dugaan Allah inilah membuatkan Ajue meneruskan perjuangan ini walau apa jua keadaan sekalipon kerana “bekerja keraslah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok harinya

Petikan dari rakan seperjuangan dalam facebooknya: 

Nature biz yg i ceburi sekarang memerlukan KETAHANAN mental & emosi yang kuat; juga KESABARAN yg sgt tinggi. Kalau org gelakkan sikit dah MALU, kalau org cemuh sikit dah MELENTING & org tegur sikit nak BERKECIL HATI, memang akan mudah sgt MENGALAH lalu TERSUNGKUR di pintu KEJAYAAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *