Anugerah SM SSM Usahawan Hai-O

Pagi anak dapat anugerah, petang mak pulak. Alhamdullilah, setelah selesai Anugerah UPSR kat sekolah, Ajue bergegas pula ke Dewan PGRM Cheras untuk Anugerah SSM (Senior Sales Manager) dari Hai-O Marketing.

Actually Ajue dah terlambat sebenarnya sebab waktu pendaftaran tamat pada jam 2 petang. Mesyuarat PIBG habis 11 lebih tapi sebab Ajue salah seorang dari barisan PIBG yang baru tahun ini, maka kena laksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak sekolah.

Sebaik sahaja tamat PIBG, Ajue dijemput pula untuk menghadiri satu perjumpaan Komuniti Ibu Bapa Tahun 6 sesi 2012. Actually Ajue bukan lah AJK lagi untuk Komuniti tahun ini sebab semasa pemilihan ahli, Ajue tak dapat hadir kerana sesi pendaftaran Adlan kat STIAS. Namun, atas dasar kepercayaan Guru Besar serta harapan beliau supaya Ajue melibatkan diri dalam Komuniti tahun ini, maka Ajue sahut cabaran itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Malah dikuatkan lagi dengan SMS dari kakak Ajue, katanya ” think positive, mana tahu kita tolong sekolah, Allah akan tolong kita

Berlainan sedikit Komuniti kali ini kerana 2 kelas bergabung atas satu Komuniti. Kalau tahun lepas untuk 6Amanah sahaja tapi kali ini termasuk 6Bersih sekali. Dan tanggungjawab yang diberikan jugak agar besar bagi Ajue. InsyaAllah Ajue akan lakukan sebaik mungkin demi masa depan anak-anak yang akan mengahadapi UPSR September nanti.

OK, berbalik kepada cerita anugerah SSM pulak. Ajue sampai tepat jam 2.15 petang dan Alhamdullilah, Ajue masih sempat mendaftar untuk penerima anugerah. Syukur…

Ajue diletakkan didalam sesi kedua untuk SSM. Tak kisahlah kan mana-mana sesi sekalipon, janji dapat. hehe

Semangat berkobar-kobar pada hari tersebut untuk terus dan terus berusaha agar kejayaan besar bakal dikecapi suatu hari nanti, insyaAllah.

Kalau diikutkan rentetan kejayaan dalam business ini,

  • September – bermulanya langkah pertama dalam Hai-O , level SM
  • Oktober – bonus pertama serta mengembangkan business ke Doha
  • November – seorang lagi rakan kongsi
  • December – langkah kedua bila layak ke level SSM serta demo pertama PB
  • January – tersenarai dalam kelayakan ke Veitnam serta demo kedua PB
  • February – anugerah SSM

Alhamdullilah, bagi Ajue inilah yang terbaik Ajue telah lakukan dan insyaAllah akan melakukan yang lebih baik lagi untuk ke peringkat yang seterusnya.


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *