Anugerah UPSR 2011 oleh PIBG SK24

Pada hari Sabtu lepas, berlangsung mesyuarat PIBG kali pertama untuk tahun 2012. Dan juga anugerah kepada pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2011 oleh PIBG SK24 Shah Alam.

Alhamdullilah Adlan antara pelajar tersebut dapt menghadirkan diri dan dapat juga dia bertemu dengan kawan-kawan sekolah rendahnya. Cuma seorang pelajar tak dapat hadir iaitu Danish kerana MCKK akan mengadakan ujian bulanan pertama pada minggu tersebut.

Sekejap jer masa berlalu, perubahan wajah dan sikap jelas terpancar pada raut wajah anak-anak semuanya. Ajue serta ibu bapa Komuniti 6A tahun lepas amat rindukan saat-saat indah kami bersama-sama dalam menjalankan setiap aktiviti untuk anak-anak kami sehingga mencapai kejayaan yang amat membanggakan, Alhamdullilah. Hasil usaha kami selama ini dibuktikan dengan peningkatan melebihi 100% berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pengerusi Komuniti iaitu En Norhuzaimi yang menjadi tulang belakang kepada setiap aktiviti yang dianjurkan. Bak kata orang, kejayaan sesuatu kumpulan itu terletak kepada ketuanya, yup memang betul. Tak lupa juga kami ibu bapa yang sanggup turun padang setiap kali aktiviti dijalankan termasuklah bermalam di sekolah demi kejayaan anak-anak kami. Malah, tak kurang juga sokongan yang diberikan oleh Guru Besar SK24 serta cikgu-cikgu yang sanggup mengorbankan masa rehat dan masa lapang mereka demi anak-anak didik mereka yang dikasihi terutamanya kepada Sir Rosdi, guru Matematik SK24.

Setiap usaha yang ikhlas dan murni itu insyaAllah akan membuahkan hasil yang tak ternilai harganya.

Setelah selesai majlis Anugerah, maka pemilihan anggota PIBG pula berlangsung. Ajue telah dicalonkan oleh Guru Kelas 6A sebagai salah seorang barisan wakil dari kalangan Ibu Bapa untuk sesi 2012. Hati berdebar-debar sebab belum pernah memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan kat sekolah pon. Mungkin dengan rasa kepercayaan yang diberikan oleh Guru Besar atas hasil usaha yang telah dilakukan untuk Komuniti 6A tahun lepaslah Ajue telah dicalonkan pada mesyuarat hari itu.

Tiba waktu mengundi, Ajue ‘melarikan’ diri hehe bukan takut untuk bertanding tapi terasa diri belum berkemampuan untuk menyandang apa-apa dalam PIBG. Alangkah terkejutnya bila hanya seorang sahaja wakil dari kalangan Ibu dan Ajue juga mendapat undian tertinggi untuk memegang jawatan YDB PIBG sesi tahun ini. Namun Ajue minta maaf banyak-banyak kepada Guru Besar dan juga para Ibu Bapa sekalian kerana Ajue tak mampu untuk mengendalikan PIBG kali ni. Masih belum cukup pengalaman serta cetek ilmu pengetahuan untuk mengendalikan satu persatuan yang agak besar bagi Ajue. Lantas Ajue terpaksa melepaskan jawatan YDP tersebut kepada orang lain dan Ajue menawarkan diri untuk menjadi AJK biasa saja. InsyaAllah jika diber peluang pada sesi lain mungkin Ajue menyahut cabaran itu.

Namun setelah berakhirnya mesyuarat, terlintas di fikiran Ajue, kenapa Ajue diberi cabaran sebegini, apakah ada kena mengena dengan business yang Ajue lakukan sekarang ini yang mana memerlukan kepinpinan Ajue untuk mengetuai sekumpulan usahawan Hai-O dalam mencari rezeki untuk mengubah kehidupan kami? Semua ini seolah-olah memberi petanda bahawa Ajue bakal memikul tanggungjawab yang besar dan situasi inilah yang sedang berlaku dalam hidup Ajue.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa dan Dia Maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku itu. Tuhan tidak akan menguji hambanya sekiranya Dia tahu bahawa hambaNya tidak mampu untuk menerima ujian tersebut.

Ajue hanya mampu berserah kepada Yang Maha Esa atas sesuatu itu dan yakin dengan keupayaan diri sendiri disamping menharapkan Rahmat Allah sentiasa. Mudah-mudahan diberi segala petunjuk dan hidayahNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *