Perubahan sikap membawa kepada kecemerlangan dan kegemilangan

Alhamdullilah kelas pada hari ini banyak membuatkan Ajue memuhasabah diri sendiri atas apa yang telah Ajue lakukan sebelum ini. Ya lah, samada kita sedar ataupun tidak, kadang-kadang sikap kita mencorakkan apa yang kita dapati sekarang ini.

Business ini ibarat menanam pokok durian. Banyak yang perlu dijaga sejak ia kecil lagi supaya membuahkan hasil yang lumayan bila ia besar kelak. Dulu durian hanya mengikut musim, tetapi sekarang durian seolah-olah bermusim sepanjang tahun, betul tak? Begitu juga simboliknya dengan business yang Ajue lakukan ini, jika rajin menjaga, menyiram, meletakkan baja yang kualiti dan sebagainya, insyaAllah ia akan memberikan keuntungan yang lumayan sepanjang tahun kelak.

Percaya tak, 95% kegagalan kita adalah berpunca dari sikap negatif yang ada dalam diri kita. Oleh itu, Ajue perlulah membuang segala perasaan ego serta sedia berlapang dada untuk sedia untuk dibimbing oleh leaders. Kerana, bak kata perpatah :

Ubah sikap kita, kita akan ubah dunia…

Hasil yang terjadi merupakan tindakan apa yang kita fikirkan. Oleh itu sentiasalah berfikiran positif dan muhasabah diri kita kerana kita bukanlah belajar dari kejayaan, tapi kita belajar dari kegagalan.

Bayangkan kalau kita dah berada di level yang tinggi, kalau kita masih kekurangan ilmu dan masih berfikiran negatif, kita mungkin akan membawa satu kumpulan kita terikut-ikut dengan perangai kita. Sebab itu, setiap kali tangan kanan mengambil bonus, tangan kiri kita sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar terhadap kumpulan kita.

InsyaAllah, segala ilmu yang disampaikan oleh CDM Juliana dan CDM Hanis tadi akan dijadikan pedoman atas setiap tindakan yang bakal dilakukan. Terima kasih tak terhingga Ajue ucapkan kepada leaders serta rakan kongsi yang lain kerana sudi berkongsi pengalaman serta memberikan ilmu dalam perniagaan ini. Syukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan group B32 ini kerana kita ibarat satu keluarga yang besar saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Together Everyone Achieve More!

CDM HanisO-GroupTekun mendengar...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *