Back to Back meeting

Malam ni Ajue ada meeting back to back, satu Komuniti Tahun 6 untuk mengadakan motivasi bagi kelas 6Amanah dan juga 6Bersih pada Ahad ni. Penceramah terkenal En Rosley pon telah memberikan kata persetujuan untuk motivasi ini.

Alhamdullilah sambutan dari kalangan parents agak memberangsangkan dan kami semua tak sabar-sabar untuk menjalankan aktiviti pertama kami nanti.

Lepas tu, Ajue bergegas pula ke TTDI untuk personal touch dengan mentor Ajue iaitu CDM Hanis Haizi dan CDM Raz. Banyak ilmu diperturunkan sepanjang personal touch kami. Jarang sekali leader akan turun berjumpa dengan business partner sehingga jam hampir sepertiga malam. Ajue kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Hanis dan juga Raz. Kami bukan sahaja berbincang tentang business malah bertukar-tukar cerita serta pengalaman tempat kerja yang mana menjadi pedoman dalam mengharungi perjalanan dalam berniaga ini.

Semangat terus berkobar-kobar untuk meneruskan perjalanan business tanpa toleh ke belakang lagi kerana CDM Raz cakap, andaikan kita dalam sesuatu perjalanan menuju ke sesuatu destinasi, tak perlu banyak stop kat RnR, baik terus jer perjalanan supaya cepat sampai ke destinasi. Sebab kita dah tahu matlamat dan arah tujuan yang kita nak pergi, jadi teruskanlah perjalanan itu.

Jadi, fikirkan BOLEH, YES! I can do it!!

Guangzhou Guangzhou Guangzhou AUUMMM!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *