Anis back to KYS 2020

She still survive.. she will survive till the end

Dah plan lepas hantar Anis, bawak dia makan jap, pastu nak balik terus. Maka jadilah kami antara yang terawal register di KYs 2020 ni. huhuhu Chaiyokkkk

Anis dapat Dorm H2-8, Top floor ok!!

Mula2 register, pastu buat clearance payment. Lepas tu bayar rumah Rahman. Dan beli buku tulis. Tapi buku tulis dapat esok. Anis tak ambik personal laundry, masa ni tak tahu lagi yang dorm dia laundry kat ground floor, dan Anis kena turun naik nak basuh baju 🙁

Settle buku teks, terus gerak ke Blok H. 3 kali trip jugak laaa nak angkut barang2 dia. Sib baik ada Apiq dan shahril. boleh lah beg beg besar dorang angkat. Ajue dan Ech dah tak mampu dah.. Kami tolong kemas jer boleh la.. (sambil membebel). symptom mask mak sangat kannn . nasib lah anakkk.

Dah settle semua, nak bawak Anis kuar sebab dia lupa nak bawak padlock. Nasib kami tak berapa baik, kereta Exora batery kong la pulakkkk. Nasib baik masih dalam kawasan KYS, boleh la kami rehat kat cafe minum air kejap.

Baik hati sungguh mak guard kat situ, dia tolong carikan van KYS untuk bawak kami pergi tukar batery kat area Ayer Keroh. Dah panggil AIG, tapi punyalahhh lambat dia sampai. dua jam kut kami tunggu. Ecah sampai tertido.

Bila check dan jumper, batery kong rupanya. So, tak matikan enjin, terus gerak ikut van KYS cari kedai batery. Alhamdullilah settle semua, kena RM320 untuk batery.

Kami makan kat area MITC dan terus pergi Mydin. Ecah dan Anis pergi cari barang barang Anis. Yang lain balik hotel , solat jamak dan check out. Sib baik hotel bagi late checkout.

Balik KYs hantar Anis dan tolong dia pasang alas locker,dan as usual, drama perpisahan berpisah tiada… sedihnya nak tinggalkan dia :-((

Sebulan lebih kut bersama, Afiq a yang paling sedih, selalu dia lah yang kaki gaduh. tapi kali ni bajyak kali dia cium kakak dia. Baru dia tahu apa erti rindu!

Anis dapat bilik H2-8. Katil Anis no 10. Trpi dinding, alhamdullilah. paling kanan sekali. Locker baju dia pon depan katil jer, Alhamdullilah. Toilet pon dekat. Cuma seksanya laundry room la tingkat bawah sekali.. haishhh jenuh laa

Anis dapat satu dorm dengan Jasmine, Faleesha dan Nurin, alhamdullilah. Ada geng 2 Gigih. Parents pon semua baik baik. Dorm Leader dia Kak Aina. Archer KYS. Senang lah Anis nak turun training dengan kak Aina nanti. Harap harap kali ni Anis dapat lah wakil Melaka MSSM nanti. Tahun lepas dah terlepas sebab Influenza A.

Orait Anis, jaga diri baik baik yer. Nak gi mana mana make sure ada teman. Kita tak biasa lagi tempat baru. Lagipon bilik dah terbiar sebulan lebih tu. Kena rajin ngaji yer. InsyaAllah. Esok dah start sekolah. All the best my princess!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *