PIBB – Bowling Tournament

Persatuan Ibu Bapa BB

Kalau kat sekolah kebangsaan, dipanggil PIBG, tapi di Brainy Bunch, kami panggil PIBB. Ni kira pertama kali Ajue nak join aktiviti yang dianjurkan oleh PIBB. Bowling!!

Lamanya tak main, belasah jer laaa kan. bila lagi!!

Bertempat di Ampang Superbowl Summit USJ. Ajue dan Shari jer pergi. Ecah nak rehat, Afiq penat bola. So..

Birthday Iena 2019

One Serambi Cafe – Bukit Jelutong

Plan nak gather dah lama sangat.. Dekat setahun kut. Asyik tak jadi jer. Kalau ada jumpa pon, Ajue dengan Tuty jer la masa anak anak tournament Archery. Dengan Iena dan Kak Azie memang payah nya laaa nak jumpa.

Tapi kali ni, plan kami menjadi. So, here we go!!. thanks Tuty yang arrange location dekat One Serambi Cafe bukit jelutong. Semua dekat jer nak datang, kali ni untuk meraikan birthday Iena yang ke 44 😉

As usual, kami akan bertukar cerita dari zaman UUM, pastu anak anak, pastu pasal kerja masing masing, pastu pasal holiday kat mana.. last last 2 jam habis kejap jer terasa…

Hopefully this ikatan persahabatan kita akan terjalin kakal selamanya yer.. Luv u all girlsss

Afiq and Raisuri Warriors

Football Club – Raisuri Warriors

Afiq ni memang suka main bola. Sejak zaman sekolah SK24 lagi, dia dulu dalam club genPro sekali dengan Anis. Lepas tu pindah sekolah kat Taman Tun, dia join Red Dragon. Dengan RD n, sempat lah main Invitational Cup dekat Jakarta.

Skrang dengan BB pulak, since BB tak cukup player untuk U12, Afiq diserapkan masuk under RW. Now tengah Liga Air Asia Junior. All the best Afiq, kejar bola tu.. jangan slow slow.. kena push lagi dia nih… asyik terlepas jer .. haishhhh

Dalam club ni Raja Azlan pon ada sekali, hebat dia main..

Terima Kasih Coach Muz yang banyak bawak Afiq ke pertandingan macam ni, happy to see Afiq in this club dan jugak BBFA Official. 😉

FIS – LEGO Team Building

Ok, jom main LEGO!!

Thank you FIS organise this kind of event to us. Its really fun ! Creative thinking with your Right brain.

Transit Korea – Typhoon LingLing

Most flight cancelled and postponed due to Typhoon Ling Ling

Ajue dapat cabin Delta Main International. Macam Economy premium la gethu. OK lah, not bad seat dia. Besar jugak legroom boleh selesa flite hampir 13 jam ni. Yang best nya, ada Starbucks dalam flight. huhuhuhu. Boleh request lagi nak air apa. yeszaa

Seteleah merentasi Lautan Pasifik, dengan air turbulence sampai nak termuntahnya, akhirnay selamat tiba di Incheon airport Seoul. Kalau ikutkan, ni kali ke 5 dah Ajue sampai Seoul. So, dah boleh nampak nak kemana, stay mana, naik subway Line apa untuk commute. Kali ni transit 22 jam. So Ajue ambik satu bilik area Myengdong. Memang dah target nak stay area sini nak makan ikan bakar Busan Jib tu. hehe.

Sedih jugak sebenarnya, sebab Ecah dah tak de belajar sini lagi. Kalau tak, boleh jer jumpa dia kan. Tak perlah. ada hikmah disebaliknya.

Oh ya, citer pasal air turbulence tadi, Ajue tak sempat nak makan apa2 masa last meal dorang serve sebab perut tak selesa, nak termuntah. So, Ajue pack pisang dan muffin dalam handbag, ingat nak makan malam nanti kalau lapar. Tak pasal pasal kena tahan dekat immigration sebab bawak masuk fruit! Lol. Ajue explain la kenapa pisang tu ada dalam handbag. Sib baik dorang accept dan lepaskan Ajue tanpa fine satu sen pon. Syukur.

Ajue kali ni kalut sikit, sampai terlupa nak tukarkan duit Won sikit. Sekali masa nak naik Arex, kena pulak depost 500Won, hambekk kau! Dalam RM2 jer, tapi kalau dah takde tu, takde la jugak kann. Punyalah kalut, sampai tersalah naik train. aduhhhh sudah jatuh di timpa tangga. Dari kes pisang, takde deposit, now tersalah train. Puncanya, satu jer, tahan muntah punya pasal. Otak dah tak boleh brain …

Arex ni, express railway dari Incheon ke Seoul station. Kalau yang transit mau lebih 1 jam nak sampai, tapi Arex dalam 57 min jer rasanya. Ecah dah tolong ambikkan siap siap online. Sampai Incheon just scan bar code jer untuk dapatkan tiket ni. Ajue turun Seoul station, pastu baru boleh tukar semua foreign currency yang ada. Pound, Dollar dan sikit RM. Dapatlah beli periukkkkk!!!

Naik Line 4 turun Myengdong, exit 6. Terus keluar dekat Uniqlo. Jalan straight sampai jumpa kedai Apple. Belok kanan wallllaaaaa Busan Jib belah kanan yo!

Best nyer dapat jumpa nasi panas, ikan bakar , seaweed dan kimchi. Air coke ajue dah minum sebelum tu untuk hilangkan angin dalam badan tadi.

Lepas dinner, hujan turun selebatnya, kelam kabut masuk kedai. Orang masuk kedai nak beli payung, tapi Ajue masuk kedai cari air pisang haha!

Ajue terpaksa cancel nak jumpa dengan Khairyn sebab dia tak berani keluar. Ajue pon, risau gak, hujan ribut macam ni. Open air stalls semua dah tutup sebab tak leh menjual. Ajue masuk berredug dalam Laneige kejap, lagipon nak replenish Cream ajue yang dah habis tu.

Settle semua, baru nak check in. Hotel ni depan Uniqlo jer, senang kan. Dapat bilik upgrade lagi, Alhamdullilah. Yang bestnyer, toilet dia macam kat Jepun. Kalau taat tulisan jer, kompem hentam jer la button ntah apa apa.

Tengah mandi, dapat alert sms kat phone. Telco kat sini dah centrallize emeregency alert. Ajue tak faham, terpaksa suruh Ecah transalte. Katanya, ada ribut kuat. Semua kena stay indoor. ooo, pk lah, lagipon dah malam. Ajue nak rehat pon.

Esoknya, lepas subuh terus siap siap nak keluar Nandaemon bukak awal, 7 pagi dah ada yang berniaga. So, skip breakfast dulu, terus pi cari sudu garpu periuk belanga.. hahhaha

Subway sebelah hotel jer, satu stop dah sampai Nandaemon. Ambik exit 5, belok kanan jalan terusss jer sampai jumpa bangunan kaler oren. Bangunan ni kalau google nama dia Orange Building.. hehe sebenarnya kita translate jer 😉 jadi jangan confused yer lol

Dah jumpa sudip kayu, tokey pulak tak datang lagi. Tapi kedai dia dah bukak. aiseh.. terpkasa mintak tolong kedai depan wasap tokey cakap kita nak beli. hahha boleh gethu??

Nak hidup kan. terpaksa lah..

OTW balik, setelag agak agak 10kg hand varry dah penuh, kita lalu depan kedai kopi. Tapi tak bukak la pulak. awal sangat kut.. terus balik hotel jer la, lagipon awal lagi. Sempat breakfast. Sampai station Myengdong, otomatik kepala jadi alert kat tangga tu Sebabnya, Ajue pernah jatuh tersadong kat situ masa hantar Ecah belajar dulu. waduhhhh

Check out awal, entah apa angin Ajue nak pergi awal kat airport. Takut hujan lebat sebenarmya, kang trap dalam banjir ker apa ker, tak sampai pulak kat airport kang. Arex ni ada 2 Terminal. Macam ERL jugak la, tapi ERL terus turun KLIA, lepas tu kena ambik internal train nak gi KLIA2. Sehala dalam RM19 jer, murah kalau beli online. Beli jer dekat Klook. Ajue turun dekat T2 sebab terminal ni semua untuk Korean Airlines.

Sampai jer T2, terkejut tengok kat screen terminal tu, semua flight highligh kaler merah.. alamak.. macam kat Chicago kerrrr.

Ya ampun.. rupanya ada Taufan LingLing nak approach Seoul sekarang. Patutlah Ajue terdetik nak gerak awal, kalau tak sure Ajue tak sempat naik AREX. Alhamdullilah dah sampai airport. Belum jam 12 lagi Ajue dah sampai. Flight petang karang. ada 5 jam lagi kat sini.

T2 ni tak macam T1. Tapi yang bestnya, ada bilik solat. Alhamdullilah. Dah settle jamak semua, jom lah kita cari makan tengahari…

Tengah makan, bumbung airport macam nak tercabut, alamak… apakah… rupanya Taufan tu lalu betul2 kat Incheon.. padanlah semua flight takde yang landing satu pon dari tadi. aduhaiii… just standby jer laaa worse come sure delay nya..

OTW delay 4 jam sebab thunderstorm dekat Chicago, ni tak tahu laa bila bole fly balik KL.

Alhamdullilah dah sampai KL jam 1 pagi… sepatutnya 10 malam sebelumnya…

Road to Nebraska – Long journey back to KL

Lincoln — Minnesota — Korea — KL

Now its time to really say goodbye. Berat mata memandang, berat lagi kaki melangkah. Macam tak nak balik lagi.. kenapalah waktu cepat sangat berlalu. 3 minggu tak cukup bagi Ajue.

Kalau dulu masa nak tinggalkan ecah kat Korea, Ajue tak terasa sangat, sebab Korea anytime boleh pergi. Tiket AA pon dah murah sekarang. Tapi, nak datang US, bukan senang. Tikert sorang pon dah boleh cover 4 orang pergi Korea. Sempat jugak kami ber wasap call dengan Anis dan Ecah sebelum Ajue boarding.

Now, you are on your own, young boy.. Ingat pesanan ibu yer. This is thing that you want long time before. All your struggle, your hard work, and pain for the last 2 years lead you to here in this small town , Nebraska Town!

Ibu tahu this is not easy for you, but you have to make it through.. no rush, follow your own pace and you surely will get at the finishing line, just like Marathon run.

We will always love you and be by your side no matter what happen. Anytime you feel down, you know how to reach me, kay!

All the best Adlan, be strong, be good and have courage!


Bye Lincoln, Bye Minnesota, Bye Baby Boy!! 🙁

Well, masa transit dekat Minnesota, Ajue try cari merchandise Mighty Ducks, team ice hockey dulu dulu masa Ajue belajar kat UUM. Tapi takde la pulak. Yang ada Vikings dan lainlain team tak kenal. So tak beli laaa.

Flight selama 13 jam dari Minnesota. So, jom la kita tido dulu.. Esok sambung hello mentari di Korea!!

Road to Nebraska – Last Day before departure

Last shopping – Gateway Mall

Dah hari hari terakhir ni, baru lah tahu bahawasanya ada pass murah untuk naik bas. Lol!

Boleh beli online, dah expired in few hours. So, selagi tak expired, belasah jer la naik bas tu banyak kali ke mana mana jua sekalipon,, haaa kau!

Hari ni Ajue nak gi Gateway Mall, sajer jer dah Adlan kata besar macam Mid Valley. Nak la jugak tengok apa ada.

Baju , kasut murahnya ya ampun… sib baik duit tak bannyak kan kalu tak, ada lahh yang excess baggage nanti. Ada jojo siwa jugak, fav artis Anis. tapi tak beli pon, cuci mata jer la. Lepas tu pergi Target dan best buy lagi. Usha phone casing. Tapi sayangnya, takde yang kawan Ajue kirimkan. Dalam Target, Walmart dan Gateway Mall ni, mesti ada outlet UNL merchandise. So, tak semestinya boleh beli di Union saja. Kat mana mana pon boleh.

Actually bas kat sini siap boleh bawak naik basikal lagi, see tengoklah.. ada dalam salah satu gambar kat bawah ni.

Hari ni Adlan tidur homestay Ajue, sebab esok kelas dia kol 2 petang. So sempatlah dia hantar Ajue ke airport pastu terus masuk kelas. Nanti Ajue booking Lyft siap siap masuk campus.

Haa, bas skolah dia ala ala flinston punya kan. Macam dalam citer Capten Marvel pon ada. Teringin Ajue nak bawak Ecah, Anis dan Afiq datang sini. Tengok keadaan tempat dimana abang dia menuntut ilmu. InsyaAllah, suatu hari nanti. aamiin

Road to Nebraska – Labour Day

2 September , Labour Day in States

So, hari ni public holiday kat US. Adlan dan housemate takde kelas. Dorang tengah kemas rumah. Ni last day nak angkut semua barang Adlan ke apartment. Dan Ajue nak passkan balance bahan mentah yang tak sempat Ajue habiskan dah. Bagi jer la kat dorang kan.

Adlan ajak makan dekat Lan House. Sedappp. Fish black pepper dia terangkatttt.

Summer sini masih lagi kut, sebab panas yang amat. Bunga bunga pon masih segar lagi. Cantik pulak tu. Ajue teringin nak belanjer housemate Adlan makan sekali sebelum Ajue berangkat balik lusa. Tapi, Redza kerja dan Rahim tak nak keluar cuaca panas sangat. Teringat pulak dekat anak anak gegurls kat Korea dulu. Setiap hari Ajue bawak makan sama sama.

Agaknya Redza dan Rahim segan jugak kut, maklumlah dorang dah Senior dari Adlan. Its ok, harapan Ajue agar dorang dapat tengokkan Adlan dan bagi tunjuk ajar. Anggaplah macam adik sendiri..

Road to Manila

WSC – World Scholar Cup Challenge

Sorry Anis, ibu tak dapat bersama sama Anis untuk hantar Anis KLIA ke Manila. All the best to KYS Team and bring back more and more Alpacas!!!

Kalah atau menang bukan ukuran. Yang penting, pengalaman yang Anis akan kutip sepanjang pertandingan di sana. Ada rezeki dapat pergi ToC di Yale, USA.

Terima kasih tak terhingga kepada Tok dan semua yang sanggup turun awal pagi untuk pastikan Anis selamat berangkat. Thanks jugak kepada mummies KYS yang tolong tengokkan Anis juga. Ajue masih lagi di sini. Flight balik lagi 3 hari.

MasayAllah, dia angkut semua anak anak dia sekali. Sampai dua beg. haishh budak ni laaa. Semoga dipermudahkan segalanya KYS delegasi ke Manila untuk Global Round WSC 2019 ! All the best kids.

Ajue sempat bewasap group call dengan Adlan dari sini.

Life must go on

Foundation in Business, Route to Actuarial Science

Tomorrow is the day!. After struggling, fighting and negotiating seems not going anywhere, we don’t want to talk about it anymore. Life must go on and somehow Ecah has to move on. She took some times to recover from deep depression and stress, with all the heartbroken and lost hope, finally she has made her decision to further her studies here in Herriot Watt International University Malaysia campus.

This is not the end, this is just the beginning. There is nothing to lose anyway. Your precious time in Korea definitely value added experience in your life.

So, here we go, all the best and never give up! Straighten your crown and REMEMBER who you are 😉

Edinburgh definitely my next long vacation leave in 2 years time