Road to Nebraska – Labour Day

2 September , Labour Day in States

So, hari ni public holiday kat US. Adlan dan housemate takde kelas. Dorang tengah kemas rumah. Ni last day nak angkut semua barang Adlan ke apartment. Dan Ajue nak passkan balance bahan mentah yang tak sempat Ajue habiskan dah. Bagi jer la kat dorang kan.

Adlan ajak makan dekat Lan House. Sedappp. Fish black pepper dia terangkatttt.

Summer sini masih lagi kut, sebab panas yang amat. Bunga bunga pon masih segar lagi. Cantik pulak tu. Ajue teringin nak belanjer housemate Adlan makan sekali sebelum Ajue berangkat balik lusa. Tapi, Redza kerja dan Rahim tak nak keluar cuaca panas sangat. Teringat pulak dekat anak anak gegurls kat Korea dulu. Setiap hari Ajue bawak makan sama sama.

Agaknya Redza dan Rahim segan jugak kut, maklumlah dorang dah Senior dari Adlan. Its ok, harapan Ajue agar dorang dapat tengokkan Adlan dan bagi tunjuk ajar. Anggaplah macam adik sendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *