My colourful of LIFE in 2012

Pejam celik pejam celik 2012 dah pon nak menutup tirai. Ajue percaya semua orang mempunya banyak kenangan pahit manis yang akan ditinggalkan sepanjang tahun ini kan. Ada hitam, ada putih , kelabu pon ada. Tapi lagi best kalau ianya berwarna warni, betul tak!

So, Ajue pon melalui satu perubahan yang ketara sepangjang tahun 2012 ini. Bermulalah dengan family sendiri, pekerjaan yang selama 14 tahun Ajue berjuang, vacation trip samada dengan keluarga mahupon bisnes sehinggalah kepada kesihatan. Semuanya ada ups and downs, ada hitam putih dan warna warni, ada senang ada sukar. Namun semuanya dilalui dengan tenang dan sabar. Life must goes on, setuju tak?

So, bermula dengan family.

First time rasa anak masuk asrama. Tak lain tak bukan, anak sulong Ajue. Sedih, bangga, pilu, gembira, rindu. Semua lah perasaan ada. Jadi tak hairan lah kalau every week Ajue ulang alik Shah Alam – Rembau semata mata untuk jenguk dia. Bayangkan, selama setahu. Tak pernah miss walaupon sekali.

Diikuti pulak dengan anak kedua punya cerita. UPSR tahun nih. Dan Alhamdullilah ikut jejak abang dia dapat 5A. Tahniah Ecah!

Anis pulak, dah graduate tadika 6 tahun. Suka sangat dengan drama pentas. Dan tak kekok bila on stage. Dah besar princess sorang nih..

Apiq? hmmmm apiq tunggguuu.. Story dia kat bawah sekali.. Hehehe

Orait coming to dunia pekerjaan pulak. Setelah 14 tahun Ajue didalam dunia pekerjaan sebagai IT Consultant, akhirnya Ajue mengambil keputusan untuk resign dan menumpukan sepenuh masa Ajue dengan dunia bisnes. Dan dah ada company sendiri iaitu AjueRashid Enterprise. So, bermula dengan April 2012 Ajue bergelar Fulltime Business Woman. InsyaAllah akan meneruskan matlamat serta impian Ajue untuk Freedom Time dan Freedom Money by age of 40 nanti. Ameen…

Takkan bisness jer memanjang, boring la jugak, kan. So, Ajue isikan dengan menjadi PIBG kat sekolah anak Ajue serta Komuniti IbuBapa untuk bantu anak anak menghadapi UPSR tahun ni. Barulah balance kan. Work and Life Balance!

And 2012 jugak paling mencabar Ajue sebagai full time ‘housewife’ kerana pembantu Ajue yang selama lenih kurang 6 tahun dengan Ajue telah balik ke Medan kerana ingin berumahtangga. Ida, banyak membantu Ajue. Malah kalau Ajue outstation, langsung tak risau kalau Ida ada. Tapi nak buat macamaner, dia pon ada life dia sendiri, kan. dan inilah merupakan perubahan yang besar dalam hidup Ajue, kerana semuanya kena buat sendiri daripada kemas rumah, laundry, masak, serta uruskan anak anak. Nasib baik kan buat bisnes sendiri, so TIME is MINE!

Orait, bercakap pasal Vacation pulak, Ajue dah qualified 3 trip perlancongan since buat bisnes nih. Dannnn semua ha adalah FREE!!! Lain tau kalau pergi free nih. Sebabnya semua orang aturkan u tuk kita. Beza dengan trip yang Ajuerashid Enterprise buat. Sebab Ajue adalah agent. So, kenalah pastikan semuanya berjalan lancar.
Dengan Hai O, Ajue dah pergi Veitnam dan Guangzhou. Untuk yang ketiga iaitu London dan Paris akan pergi bulan March tahun depan. Besttttttt!!!!

Dan dengan Ajuerashid Enterprise pulak, trip ke Zurich, Milan, Trento dan Venice via Oman Air.

Dari segi kesihatan pulak, agak kurang memberangsangkan. Tapi Ajue percaya ada hikmah disebaliknya, kan. Tuhan saja yang maha mengetahui. Bukan Ajue yang sakit, Tapi anak anak serta husband Ajue…. Sorang denggi, sorang demam panas dan sorang lagi terkena wap panas kereta..

Well, perjalanan bisnes Ajue turut menyaksikan perkembangan network serta keberanian menjelajah satu semenanjung dalam setiap bulan. Ajue mempunyai network di Perlis, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan KL, Negeri Sembilan, Johor, Melaka. Dan bakal mengembangkan lagi ke Pahang, Perak dan Sarawak insyaAllah…

Akhir sekali, pencapaian dalam bisnes. Ajue merasa syukur atas apa yang telah Ajue kecapi setakat ini. Dan sesekali tidak timbul rasa menyesal kerana memilih untuk melakukan perniagaan sendiri setelah 14 tahun dalam dunia corporat. Ini semua dilakukan demi anak anak serta masa depan keluarga.

Walau rintangan, walau dugaan, walau kesilapan sekalipon yang telah Ajue lakukan, Ajue tempuhi juga dengan hati yang tabah dan teruskan usaha Ajue.

Untuk semua pembaca blog Ajue, ini untuk anda…

Semalam adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan dan Esok adalah Harapan.

Selamat menyambut 2012!!!!