Back To School

Tahun nih 4 anak anak Ajue sekolah lain lain.

Apiq masuk Tadika 6 tahun. Tapi belum daftar lagi budak kecik nih, sebab tak open lagi.

Anis pulak Tahun Satu. So uniform sekolah kebangsaan dan uniform sekolah agama. Dia mintak Beg skolah brand Disney Princess. Kasut pulak Barbie. Aduhhh cinderella sorang nih…

Untuk Aisyah Ajue belikan sikit dulu sebab rasa macam dia dapat MRSM nanti.. Hehehe

Ok, turn Adlan pulak. Makkk aiii kasut dah saiz 7!!!! Susah giler nak cari saiz. Few kedai dah masuk sumer takde saiz. Last last brand ni jer yang ada..

Then jubah serta serban pon nak kena beli baru sebabnya yang tahun lepas dah senteng… Cepat tul tinggi budak nih.

Orait, mood back to school diteruskan lagi…

Kali nih dengan gi kedai buku sekolah pulak. Jom shopping buku!!!

Lepas nih kita balut buku pulak kay..

So, settle bab buku buku skolah – tulis nama, balut, simpan dalam beg. Tunggu minggu orientasi pulak hari Isnin dan Selasa depan.

Ok, Ajue nak mintak maaf kat semua rakan kongsi kalau ada yang call atau SMS Ajue tapi tak berbalas. Bukan Ajue sengaja kay. Cuma sibuk menguruskan persiapan anak anak serta register masing masing kat sekolah baru. Tambahan pulak si Apiq nih, suatu malam tu dia menangis tak henti henti dari malam sampai lah pagi. Dia cakap nak kencing tapi sakit. Kami ingat dia ngigau. So, pagi tu bawak dia klinik then doktor cakap dia ‘phimosis’. So, terus kena refer kat KPJ Selangor untuk further checkup.

Terus Ajue blank kejap, sebabnya nak kena admitted dan buat operation! Alang alang nak operate kat bahagian tu, terus doktor nak sunat kan dia. Dah la kakak kakak dan abang dia nak start sekolah next week. Ajue risau tak dapat nak tumpukan semuanya dalam satu masa. Hubby pulak nak kena gi Canada almost sebulan soon. So… Sabar… Tarik nafas panjang panjang dan hembusss… Lega sikit rasa…

Ajue cuba slow talk dengan doktor pakar tuh, dia cakap tak kritikal lagi cuma kesian kat Apiq la sebab sakit nih boleh berulang lagi even sekarang Apiq makan ubat tahan sakit. Cuma Ajue mintak postpone operation dia lepas semua settle. Sambil berdoa kepada Allah janganlah Apiq kena lagi dalam masa terdekat nih. Walau camnerpon ‘operation’ tetap kena buat..

Doakan Apiq yer, to all my blog readers… Agar semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.