Second Komuniti trip – Gambang Water Park

Salam cuti sekolah,

Wahh kejap jer kan, dah masuk bulan March tahun 2013 nih. Minggu depan pejam celik dah bulan April. So apa plan anda semua cuti sekolah nih?

Nak pergi sendiri konpem dua tiga kali plan baru jadi, betul tak. Tapi bagi Ajue, syukur ada Komuniti yang kami tubuhkan tahun lepas. Actually komuniti nih untuk handle anak anak kami yang ambik UPSR. Tapi kami mahukan hubungan anak anak bersama ibubapa makin akrab dan biar mereka bersahabat hingga mereka besar nanti.

So, first trip kami dah buat tahun lepas ke satu resort kat Melaka. Malangnya masa tu Ajue tak dapat ikut sebab atas urusan bisnes. Then kami keep on buat gathering seperti makan makan pada malam tahun baru kat padang MBSA Shah Alam. Pastu Ajue jugak jemput semua masa birthday Anak Ajue baru baru nih.

Kali ni trip kedua kami rancang nak ke Gambang. Antara aktiviti kami termasuklah Mystery Drive, Sukaneka, BBQ, camping kat pantai, mandi manda kat Gambang Water Park dan jugak lawatan ke Pusat Pemuliharaan Gajah dan Deerland.

Kami mula berkumpul jam 7.30 pagi kat perkarangan sekolah untuk dengar taklimat berkenaan dengan Mystery Drive yang diketuai oleh Abang Sofi. Semuanya ada 7 family yang ikut kali ini, selalunya kami 12 family semuanya.

Sepanjang perjalanan kami kena jawab soalan yang disediakan berpandukan signboard serta papan tanda yang ada. Ala ala macam treasure hunt la jugak..

Kami sampai kat RnR Temerloh untuk breakfast. Mak ai banyak nyer kereta. Terpaksa lah kami bentang tikar jer makan kat atas rumput. Semuanya pot luck. Masing masing bawak makanan sendiri.

Kami sampai kat Homestay lebih kurang jam 3 petang. Terus checkin first rumah untuk lelaki. Then ke rumah lagi satu untuk kaum perempuan pulak. Tapi memandangkan homestay kedua nih jalan kaki jer ke pantai semua pakat lepak sini sementara menunggu untuk ke pantai.

Siap pergi kedai beli beras, telur, minyak dan lain lain. So, masak simple jer menu untuk petang tu sebelum acara seterusnya.

Orait, petang tu ada acara sukaneka untuk anak anak dan jugak parents. Habis acara terus penyampaian hadiah serta pemenang untuk mystery drive.

Acara diselitkan dengan berebut gula gula untuk makan sendiri haha

Kemudian acara slogan paling kreatif terhadap komuniti kami…

Dan pemenangnyer…

Parents pulak masuk acara bawak belon dengan perut dan kaki…

Ajue dapat tempat ketiga dan ini hadiahnyer…

Orait… Sambil tuh dah start pasang khemah sebab nanti lepas maghrib nak buat bbq pulak

Kami berhenti seketika untuk mandi dan solat jamak maghrib dan isyak kat homestay. Tapi ada kaum bapa yang stay kat pantai jaga peralatan serta barang barang kami. Mereka solat kat pantai berjemaah.

So, malam pulak kami order nasi goreng dan ayam serta air jer. Makan dengan bbq. Oh ya lupa nak cakap, bahan bahan bbq ada yang bawak dari rumah lagi. Ada jugak yang kami beli kat tempat nelayan naik kepantai. So ikan dan udang freshhhh sangat.

Dalam masa yang sama ada jugak yang sempat pergi memancing kat laut. Dapat ikan dua ekor lagi…. Ikan duri pulak tuh!

Okay, esoknya pulak aktiviti mandi di Gambang Water Park. Menu pagi tu nasi lemak, nasi kerabu dan milo panas. Kami order siap siap dengan orang sana sebelom pergi lagi. Besttttttt sangat masakan dia, highly reccomended.

Dah siap siap kami gerak ke Gambang pulak.

Nasib kami kurang baik sebab ada beberapa company buat family gathering kat sana. So orang teramat la ramainya dan kami tak sempat nak sewa cabana, iaitu pondok untuk letak barang barang. So, kami pon lepak jer kat kerusi yang disediakan kat situ.

Okay, GWP ni memang besttttt. Seronok kalau pergi ramai ramai. Tiket masuk sekali jer boleh main semua yang ada. Cuma top up diperlukan sekiranya untuk sewa pelampung, makanan dan minuman serta sewa cabana. Overall, memang direkomenkan sangat sangat! Cuma kena tahan panas jer laaa haha

So, enjoy the rest of pics kay!

Kami pulang dengan seribu kenangan di GWP. InsyaAllah ada rekezi datang lagi.

Ni gambar budak keletihan….